” Aku pernah jumpa maksu kau ni, haritu dekat kedai buku. Lepas tu, anak dia yang baju biru tu pun aku pernah jumpa dalam bas, setiap hari kut aku jumpa mamat tu ” Panjang lebar aku menerangkan. Ad hanya tergelak kecil.
” Macam ada jodoh je korang ni ”
” And to be worse, anak dia yang baju hitam tu aku baru jumpa harini, dia la yang perli aku cakap tomboy pun tahu halal haram ke? Buat panas je ” Aku mencebik. Ad hanya tergelak kecil.
” Safuan tu memang macam tu. Jangan di layan. Yang baju biru tu abang dia, Haikal. Haikal tu tua dua tahun dari kita. Sekarang dia kerja part time dekat McD sambil sambung master. Safuan tu pula, UiTM Shah Alam juga, jurusan fotografi ” Aku hanya mendengar sambil memerhati gelagat mereka dari dapur.
” Ad tolong hidangkan air nak ” Aku menoleh memandang Ad, eh mana Ad? Baru kejap tadi ada sebelah aku. Masak! Siapa nak hidang air ni? Aku? Err, aku mula kelam kabut. Mataku meliar mencari Ad, hampa. Aku cuba bertenang.
Fuhh, Boy it is just a drink, it’s not really hard. Macam kau tak biasa buat air sendiri. Aku mula membancuh air oren, mana air gula? Aku menyelongkar peti ais, ni apa? Macam air gula, ah biarlah. Terus aku menuang ke dalam air bancuhanku. Lalu ku capai talam. Ok lah ni kut. Aku menatang hingga ke hadapan. Semua yang sedang rancak berbual terdiam memandangku. Asal semua nak pandang ni? Segan pula rasa. Cool Boy, tak rock la segan-segan ni. Aku buat rileks. Setelah menghidangkan aku segera berlalu.
Tak lama selepas itu, Safuan datang bersama talam di tangan. Aik asal tak minum?
” Kau nak bagi orang mati ke? ” Safuan memandangku sinis.
” Oi, kau bahasa tak reti elok-elok ke? ” Panas betul hati aku dengan mamat senget ni.
” Kau cuba rasa sekarang ” Safuan menghulurkan air yang sudah berada di dalam gelas. Segeraku teguk. Tidak lama selepas itu aku meluahkan balik. Apa ni? Apasal rasa semacam. Takkan oren ni dah expired? Err, ke sebab tu.
Aku terpandangkan botol yang berwarna jernih itu, CUKA. Aku menepuk dahi. Macam mana aku tak perasan tu cuka? Patutlah mamat ni marah semacam.
” Sorry lah mana aku tahu, aku terbubuh cuka ” Safuan membeliakkan matanya. Cuka? Patutlah tadi sewaktu rasa dia sudah rasa semacam. Nasib baik dia pandai mengcover untuk minah ni. Terlalu manis, itu alasan yang di gunakan sewaktu di tanya semua orang kenapa mahu membawa minuman tersebut ke dapur.
” Kau ni, memang dasar tomboy, buat air pun tak reti ” Aku terkedu. Asal dengan mamat ni? Kenal pun tidak tapi suka menyakitkan hati aku. Aku menahan tangis. Kenapa aku mesti terasa dengan mamat ni. Aku ketap bibir menahan sendu. Ikmal dapat melihat perubahan pada wajahku. Namun di endahkan.
” Kalau kau nak sangat minum, kau buatlah sendiri ” Terus aku berlalu menuju bilik tidur Ad. Malas nak berlama di situ. Ad yang tiba-tiba muncul dari mana hairan melihat kami.
Share this novel