Bab 9

Romantic Comedy Completed 29346

” Aku yakin kau orang akan bahagia ” Ad berbisik ke telingaku. Aku jeling geram. Baju pengantin berwarna putih yang menghiasi tubuhku nampak padan di badanku yang ramping.

Puji diri sendiri, tak rock langsung! Rambutku yang sudah semakin panjang paras bahu, di ikat sanggul. Ni semua kerja mak andam la ni. Wajahku yang bersih dari segala alat makeup kini nampak berseri dengan bantuan mak andam.

” Cantik la kau Boy” Aku cebik.

” Tak rock langsung! ”

” Pengantin lelaki dah sampai! ” Terdengar jeritan dari tetamu yang datang. Aku mengintai dari tingkap bilik Ad. Mana mamat senget?

” Duduk diam-diam la Ad, ada pula intai pengantin lelaki ” Ad menegurku. Aku tayang gigi. Aku bergerak ke luar, lalu duduk bersimpuh di sebelah Ad. Ku lihat ramai yang berbisik-bisik antara sendiri. Ni mesti kutuk aku ni. Aku mencari-cari Safuanl.

Dan aku terpandangkan Safuan yang segak berpakaian sedondon denganku. Eh handsome pula anak maksu yang seorang ni. Aku tahan gelak. Safuan merenungku dengan pandangan yang sukar ku tafsirkan. Aku buat muka selamba.

**

Berdebar pula rasanya duduk seorang diri dalam bilik Safuan, first time dalam hidup aku duduk dalam bilik lelaki.

Ku lihat di setiap pelusuk biliknya. Kemas. Aku bergerak ke rak buku yang menghiasi biliknya. Banyaknya buku. Minat membaca rupanya mamat senget ni.

Ku capai satu buku, ‘ Aku, kau dan dia ‘. Tak sangka dia ada buku ni, desisku. Buku yang aku beli satu ketika dahulu.

Kedengaran ketukan dari luar, segera aku letak kembali buku tersebut dan bergerak ke pintu untuk membukanya. Kelihatan Ikmal dengan wajah letihnya.

Laju dia menuju ke katil, mahu tidur mungkin. Aku membiarkan, tak tahu nak bual apa. Banyak persoalan yang mahu ku utarakan tapi tidak terluah.

Nanti-nantilah. Lalu aku baring di sebelahnya melelapkan diri.

” Kau siapa! ” Aku menendang makhluk yang berani mengambil kesempatan terhadapku. Aku sedang lena tidur, terganggu apabila ada tangan yang memelukku. Segera aku bangun terkejut.

Siapa pula yang menyelinap masuk bilik, err bilik siapa ni? Lampu terang benderang. Ku lihat Safuan sedang mengaduh sakit di kakinya.

” Asal kau ni? Ganas yang betult ” Aku mendiamkan diri sambil berfikir.Safuan, aku? Kami? Kahwin. Oh ya, dia suamiku. Ya Allah macam mana aku boleh lupa? Aku tayang gigi.

” Sorry, aku tak sengaja ” Aku mendekatinya. Kesian pula.

” Aku nak kau berubah mulai saat ni! Tukar-tukar! ” Aku mengerutkan dahi.

” Kau ni kenapa? Kau nak suruh aku tukar jadi apa? Ultraman? ” Loyar buruk punya budak.

” Tukar jadi perempuan sejati! Aku nak hantar kau dekat rumah mak. Kau duduk sana seminggu. This is an order! ”

” Aku ada kelas gilat. Macam mana pula aku nak duduk rumah maksu seminggu ”

” Mak la bukan maksu lagi ” Safuan membetulkan dengan nada tegas. Aku cebik.

” Mak mak mak mak mak. Puas hati? ”

” Tak ” Aku ketap gigi.

” Lagi satu, rambut kau ni ”

” Kenapa dengan rambut aku ni? ”

” Biarkan panjang. Manis sikit aku tengok. Kalau tak dah macam member-member laki aku je ” Aku muncung.

” Kalau tak nak? ”

” Dosa tak ikut cakap suami kau ni ”

Lambat baru aku mengangguk, bersama muncungan tanda tidak puas hati.

” Ada lagi? ”

Lama Safuan berfikir.

” Kau kena belajar masak, kemas rumah lagi kau kena .. ”

” Cop-cop, baik kau cari bibik je, tak nak aku ”

” Tu tugas isteri ”

” Habis tu tugas suami pula apa? ” Aku mencebik tidak puas hati.

” Mendidik, menyayangi, memberi nafkah zahir dan .. ” Safuan memandangku dengan pandangan gatal.

” Apa? Sekeh nak? Percuma je dapat karang ” Ikmal sengih.

” Pokoknya, mulai sekarang kau kena berubah tahu. Belajar jadi wanita yang mendengar cakap suami ” Aku mengangguk laju. Tu memang aku tahu.

” Dah jom tidur. Aku ngantuk ” Aku segera baring di sebelahnya sambil melelapkan mata. Safuan memerhatikanku lantas baring di sebelahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience