” Assalammualaikum ” Aku menguap. Siapa pula yang datang time aku tengah tidur ni. Tak boleh tengok orang senang langsung. Aku melangkah perlahan, pintu ku buka. Mulutku melopong melihat Safuanl. Apa pula mamat senget ni buat kat sini?
” Apa kau nak? ” Laju aku bertanya tanpa menjawab soalannya. Safuan memandang sinis.
” Kalau ye pun, jawablah salam tu dulu ”
” Waalaikumussalam, dah, sekarang aku tanya apa kau buat kat sini bro? ”
” Ni semua kerja mak aku, kau asal tak nak datang rumah aku, sekarang mak aku dah suruh aku ambil kau, kau ingat kau cinderella ke? ”
” Aah memang aku cinderella, kiranya kau kereta labu la kan ” Aku gelak besar. Safuan ketap gigi. Loyar buruk punya budak.
” Dah pergi siap cepat ” Aku buat tak tahu. Pintu ku buka seluas mungkin, kemudian aku duduk di satu sudut, pura-pura membaca buku. Ikmal yang melihat dari luar bertambah geram.
Nasib baik ada grill, kalau tak minah ni memang nak kena sekeh dengan aku.
” Tomboy cepat la siap! ” Safuan jerit dari luar. Masih tiada balasan. Aku menahan ketawaku. Padan muka.
‘’Nour Zahra Binti Bukharee!’’ Aku tersentak. How did he know? Aku memandangnya. Kami saling berpandangan.
” Ma-macam mana kau tahu nama aku? ”
” Itu tak penting, yang penting cepat siap, nanti mak aku bising ” Dalam keterpaksaan aku bangun untuk menyiapkan diri.
Ni mesti kerja Ad bagitahu ni. Tak macho dah! Aku mendengus.
**
Laju aku menekan punat on, suasana sunyi di dalam kereta membuatkanku bosan.
Safuan hanya membiarkan. Sarah Bairelles ‘ I Choose You ‘ membuatkanku tersenyum lebar. Favourite!
” Lagu apa ni? Tukarlah ” Laju Safuan menukar siaran. Aku menjelingnya geram.
” Biarlah! ” Ku tukar balik.
‘’ Tell the world that we finally got it all right, I choose you, I will become yours and you will become mine, I choose you!’’ Ku nyanyi sekuat hati.
” Oi tomboy, kau ni memang tak ada adab kan, tak malu ke perempuan macam kau terjerit-jerit dalam kereta aku ni ” Safuan ketap gigi. Aku sengih.
” Mesti awek kau hari tu, tak pernah buat macam ni kan? ” Aku mengekek. Rambutku yang berjuntai di dahi ku kuak. Dah panjang pula rambut ni.
” Memang pun. Kau sorang je buat macam tu ” Aku buat tak tahu.
” Ish, rambut ni menyemak pula, kau ada sepit rambut tak ” Safuan tergelak.
” Kau ingat aku perempuan ke nak ada sepit rambut. Lagipun biarlah rambut kau tu, cantik apa macam tu ” Aku cebik. Perli lah tu.
” Esok lah potong ”
” Kau jangan lah potong. Ok dah tu. Baru nampak macam perempuan sikit. Baru sesuai dengan baju kurung kau pakai ni ” Safuan melihat aku dari atas ke bawah.
Baju kurung bunga-bunga kecil itu memang nampak manis pada pandangannya. Tapi perangai hanya tuhan yang tahu.
Sampai sahaja di rumah maksu Ad, aku terus laju menyalaminya. Maksu Ad hanya tersenyum manis. Cun wa cakap lu! Sumpah tak tipu. Patut anak-anak dia handsome. Kecuali mamat senget, kau tak handsome! Haikal di sebelah hanya tersenyum manis. See, memang handsome lah abang Haikal ni!
” Hai abang ”
” Hai, comel Boy harini. Manis je pakai baju kurung ” Aku sengih. Kalau abang Haikal yang puji terasa ikhlas. Safuan di sebelah hanya mencebik. Ku jelir lidah ke arah Ikmal.
” Abang jom masuk dalam ” Ku tarik tangan abang Haikal , terasa seperti sudah mempunyai abang sendiri.
Bestnya! Sebaik sahaja memasuki rumah, kelihatan Ad sedang menghidangkan makanan. Sedapnya bau!
” Kau masak ke Ad? ” Ad hanya tersenyum kecil.
” Mestilah tak, ni semua maksu masak ” Aku memandang maksu Ad yang tersenyum memandang kami. Teringat buku masakan yang banyak di beli oleh maksu Ad. Patutlah terror. Hobi dia kut.
” Ad pun ada tolong juga ”
” Boy je tak tolong kan ” Aku sengih.
” Kau reti ke nak tolong? ” Safuan memerli. Senget punya mamat! Tahulah aku tak reti. Kau tunggu lah aku belajar dari mak kau nanti, siap buat menantu wa cakap lu!
” Kau ni sudah-sudah la mengusik Boy tu, sian dia ” Abang HHaikal cuba backup aku. Yes, ada geng! Safuan buat tak dengar.
” Dah jom makan ” Maksu Ad menghentikan perbalahan antara kami. Aku tayang gigi. Kami semua menjamu selera. Rasa maksud Ad masak tahap 5 star punya masakan. Boleh bungkus Chef Wan macam ni. Aku sengih.
” Hoi suruh makan, bukan suruh kau sengih macam kerang busuk ” Aku jeling Safuan. Jealous la tu!
Selesai menjamu selera, abang Haikal menunjukkan bakatnya, main gitar. Favourite! Safuan dan Ad di sebelah hanya mendengar. Petikan lagu ‘ Kau Ilhamku ‘ menarik perhatianku. Sedap! Pandainya abang Haikal ni. Untunglah awek abang Haikal.
” Now, turn Ikmal pula ” Aku menoleh memandang Ikmal. Gelengannya buatku cebik.
” Dia tak nak, abang Haikal je la nyanyi lagi ” Aku senyum lebar. Safuanl segera merampas gitar di tangan abangnya. Minah tomboy ni saja nak cabar aku. Ingat aku tak boleh main lagi bagus dari abang aku ke. Petikan gitar lagu ‘ Tinggal kenangan ‘ oleh Ikmal mendebarkanku.
Eh, asal aku rasa macam ni? Abang Haikal main lagi best dari Safuan tapi kenapa aku rasa macam ni? Aku tutup mata, cuba menghayati. Terasa something menyelinap di dalam hatiku. Suaranya yang lembut menyapa gegendangku. Sayu.
Share this novel