Ni gambarku!
Gambar pertama, sawah padi yang indah terbentang. Ni kampung Ad!
Gambar kedua, kelihatan seseorang sedang berada di dalam gambar itu. Eh itu aku. Ni gambar waktu aku datang kampung Ad!
Gambar ketiga lebih fokus kepadaku. Aku sedang tersenyum sambil mendepakan tangan. Time tengah feeling ni.
Macam mana aku boleh tak perasan Safuan? Patutlah time aku jatuh, dia tiba-tiba ada.
Rupanya dia memang memerhatikanku dari jauh.
Gambar keempat, aku sedang terduduk, mukaku mengerang kesakitan sempat di tangkap oleh Ikmal. Aduh malu! Tak rock langsung.
Gambar seterusnya masih berkisarkan aku. Setiap gambar tersebut adaku.
Gambar aku buat air, gambar air oren plus cuka yang ku buat, gambar aku sedang tidur, gambar aku sedang main di sawah padi. Aku kaget, air mataku jatuh. Satu perasaan halus menyelinap di hatiku. Terharu.
” Ehem ” Aku menoleh memandang Safuan yang sudah siap lengkap berbaju itu. Dah habis mandi kut.
” Kau tengok gambar tanpa izin eh? ” Safuan duduk di sebelahku. Di ambilnya gambar-gambar di tanganku. Dia tersenyum apabila melihat gambarku. Dari pelbagai sudut.
” Gambar ni, the first time I saw you, manis orangnya ” Dia menunjukkan gambar aku mendepakan tangan. Gambar feeling lebih tu.
” Orangnya ceria, tidak mudah mengalah dan bersikap keanak-anakan ” Dia meneruskan, aku hanya diam mendengar.
” Gambar ni pula, time dia tengah kelam kabut nak buat air. Nampak sangat first time buat untuk tetamu ” Safuan tergelak kecil. Muka aku yang kelam kabut itu masih di ingatinya. Aku tayang gigi mengiyakannya.
” And this, gambar yang buat abang yakin Boy jodoh abang ” luah Safuan.
Abang? Abang celah mana ni?
Panggilan abang mengejutkanku. Aku memandangnya yang hanya tersenyum kecil.
Aku pandang gambar yang di pegangnya. Gambar aku sedang tersenyum sambil memandang keindahan ciptaan tuhan.
”Gambar ni ikhlas. Abang yakin Boy bukan tomboy. Maafkan abang sebab layan Boy kasar sebelum ni. Abang cuma nak Boy berubah, menjadi macam sekarang ni ” Dia mencubit pipiku.
” Mana abang tahu? ” Makin lebar senyumannya mendengar aku memanggilnya abang. Biarlah, tak luak pun panggil suami sendiri dengan panggilan abang kan?
” I can see through you dear. Abang pun tak perasan bila abang suka Boy, tengok-tengok dah banyak gambar Boy dalam kamera abang ” Aku tersenyum.
” Oh ya, abang ada benda nak bagi kat Boy ”
” Apa? ” Safuan memberiku sesuatu. Sepit rambut!
” Sekarang dah boleh sepit rambut tu kan, guna sepit ni selalu tahu ” Aku hanya sengih.
Teringat dulu aku pernah memintanya sepit rambut. Segera ku meletakkanya di rambutku. Rambutku sudah semakin panjang, niatku dulu untuk memotong rambut tidak menjadi.
Semua kerana dia. Aku tersenyum. Ya, dia jodohku. Dia, suamiku, yang akan membimbing aku. Aku yakin sekarang.
” Abang ” Safuan memandangku.
” Maafkan Boy sebab berkasar dengan abang selama ni, dan terima kasih sebab menerima Bie dalam hidup abang. Boy akan cuba jadi isteri mithali ” Aku sengih.
It takes time, dari tomboy nak jadi ayu.
Tapi aku rasa sekarang pun aku dah ayu sikit. Rambut dah panjang. Pakaian pun dah tak macam dulu, sekarang pakai baju kurung sudah selesa bagiku. Ni semua hasil tunjuk ajar Ad, thanks Ad!
‘’Dan… Mulai hari ni abang akan panggil sayang dengan nama Zahra, sesekalilah, abang akan panggil sayang, Zahra dan Boy. Well semua ikut mood,’’ Ujar Safuan sambil mengusap lembut daguku
‘’Tak payahlah nak panggi Boy lagi kalau tak suka,’’ Boy membalas.
‘’Mana boleh tak suka, abang suka panggil sayang dengan nama Boy, rasa cool dan seksi, I like!’’
‘’Ishhh abang ni gatal!’’
Safuan tersenyum bahagia memandangku. Aku membalas senyumannya.
Jalan menuju kebahagiaan masih panjang bagi kami, namun dengan adanya suamiku yang bernama Safuan, hidupku insyallah akan sentiasa bahagia.
END
Share this novel