Prolog

Romance Completed 785472

GADIS itu menangis tertiarap pada dada katil. Tangannya mencengkam kuat sisi tilam putih, melepaskan segala kekusutan hati yang merawani beribu rasa sesalnya.

Jijik dengan diri sendiri, keperawanan yang sudah terjaga selama 22 tahun lamanya, kini terenggut hanya dalam sekelip mata sahaja. Jiwa bahkan bertambah sakit ketika pandangan kaburnya menjalari tompokan darah merah yang sudah mencemari keputihan bersih permukaan tilam itu. Dalam keadaan sakit seperti itu, bagaimana mungkin untuk dia dapat mendepani keluarga terutama orang tua yang sudah memberi seribu harapan dan kepercayaan terhadapnya. Tidak tahu harus menyalahkan siapa, semuanya sudah hancur. Hancur!

Bummm!

Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi pintu utama terhempas dengan sangat kuat dan saat itu juga, muncul wajah syaitan seorang lelaki yang berkemeja biru, berseluar panjang hitam. Keadaan rambutnya yang terkusut-masai seakan-akan dipedulikan langsung. Tubuh gadis itu semakin menggigil ketakutan saat lelaki itu sudah kian mendekat.

"Kau yang perangkap aku kan?! Semua ni plan jahat kau kan, betul tak?! Kau mabukkan aku,
kau bawa aku datang sini, lepas tu kau buat macam aku yang rosakkan kau, betul tak?!"

Lelaki syaitan itu menengking lalu meramas kuat rambut panjang si gadis, dan tanpa berdaya gadis itu pula hanya mampu menangis, meringis kesakitan tanpa mampu untuk mempertahankan dirinya. Biar mati juga tidak mengapa, daripada hidup tetapi tidak bermaruah.

"Kau tahu tak, mama aku masuk hospital sebab ternampak gambar yang kau dah bagi pada dia! Apa niat kau sebenarnya? Kau nak duit?Perempuan miskin macam kau memang sanggup jual maruah semata-mata untuk senang kan?!Kau tahu tak, kau ni lebih murah daripada perempuan lorong kat luar tu!" cengkamannya dilepaskan, kepala gadis itu dihentak kuat, mujur hanya di atas permukaan tilam. "Kau dengar sini, kalau jadi apa-apa dengan mama aku, aku akan bunuh kau! Buat sementara waktu ni, aku tak nak kau keluar dari bilik ni. Kau stay, tunggu sampai aku datang! Kalau kau berani keluar dari sini, kau mati! Faham?" herdik lelaki syaitan itu lantang bersama beribu-ribu rasa kebencian.

Selimut tebal itu diselak kasar, tubuh lemah gadis itu diheret masuk ke dalam bilik mandi. Gadis yang sudah tidak berdaya itu hanya mampu menurut, membiarkan tubuh putihnya yang terbuka penuh menjadi tatapan mata yang haram buatnya.

"Kau mandi, bersihkan diri kau! Aku tak nak air mani aku melekat pada tubuh kotor kau tu! Tunggu sampai aku datang, faham?!"

Terangguk-angguk wanita bodoh itu lantaran merasa ketakutan yang teramat. Namun akhirnya, dia mampu juga menarik nafas sedikit lega sebaik sahaja lelaki syaitan tadi menghilang pergi.

Tangan yang menggigil, sedaya upaya dikuatkan untuk menyapu buih sabun pada tubuh kotornya. Pancuran air yang terbuka pula, dibiarkan juga mengalir pada tubuh jijiknya. Andai sahaja air hangat itu mampu mengembalikan semula harga dirinya, andai juga air hangat itu mampu menghilangkan segala dosanya, namun gadis itu sedar, semua itu tidak akan mungkin menjadi nyata. Tubuh yang terlalu lelah, akhirnya terduduk lena di bawah aliran air hangat itu.

Bummm!

Kali ini, bukan sahaja pintu utama yang menjadi mangsa, malah, pintu kamar mandi itu turut dihempas kuat. Terpacul semula wajah bengis lelaki syaitan tadi, dan bertambah bengis tatkala melihat gadis jijik itu sedang asyik terlelap.

"Hoi, bangun!" tempiknya kuat. Air hangat yang masih mengalir itu, segera dimatikan. Gadis itu lantas mencelikkan mata, sekaligus kembali mendatangi alam dukanya yang nyata. "Aku suruh kau mandi, bukan tidur!"

Tangan gadis itu direntap kuat sebelum tubuhnya ditarik keluar dari ruangan basah itu. Sehelai tuala putih dicapai, lalu dilontarkan kasar tepat pada wajah gadis yang masih sahaja kelihatan kemamaian itu.

"Tu pakaian kau! Kau ingat, jangan keluar dari bilik ni! Jangan sampai orang lain tahu pasal semua ni. Kalau kau berani buka mulut, kau siap! Faham?!"

Laju gadis itu mengangguk tanpa berdaya untuk bersuara.

"Aku nak balik. Ingat, tu pun kalau kau tak nak mati!"

Sekali lagi gadis itu terangguk bodoh sehinggalah kelibat lelaki syaitan itu menghilang ke luar.

**********

Sudah tiga hari berkurung diri di kamar hotel itu, gadis itu hanya mampu menyepikan diri. Hanya televisyen sahaja yang menjadi peneman, namun malangnya, tiada satu pun rancangan yang menarik untuk ditonton.

Gadis itu memang sudah kosong benar; beg tangan bersama telefon bimbitnya juga telah dibawa pergi oleh lelaki syaitan itu kerana bimbang gadis itu akan melarikan diri.

Malam menjelang, gadis malang itu berusaha memejamkan mata agar dirinya dapat terlena biar hanya sekejap. Tubuhnya disisikan agar menghadap ke luar, malamnya ketika itu ditemani oleh titisan hujan yang kian lebat membasahi kaca jendela kamar hotel itu. Biar sudah kemalaman, cahaya lampu di luar masih sahaja cerah menerangi bandar besar Malaysia yang tidak pernah tidur itu.

Namun tidur yang belum lama berlangsung, tiba-tiba sahaja terganggu tatkala cuping telinganya menangkap suara tangisan jantan, juga kedengaran lemparan barang-barang yang terhempas kuat ke atas lantai ditambah juga dengan ngauman amukan lantang si suara garau.

Tidak sedikitpun hati gadis itu dijentik dengan rasa takut pada hantu jembalang, melainkan ketakutan yang teramat pada manusia yang bersikap seperti syaitan.

Namun, kerana rasa kemanusiaannya, perlahan-lahan gadis itu bangkit juga. Kakinya diturunkan dari atas katil sebelum melangkah untuk mendekati susuk lelaki yang sedang terduduk di atas lantai itu.

Tanpa suara, gadis itu hanya mampu memandang sayu, barangan yang sudah terhempas bertaburan di atas lantai juga tetap dibiarkan. Dia tidak tahu apa fungsinya di situ, sekadar memandang ataupun perlu memujuk?

"Mama aku...dah meninggal." lirih lelaki itu tiba-tiba. Sayu, dan perlahan nadanya. Gadis itu yang tadinya hanya menunduk tidak berperasaan terus mengangkat wajah. Muka lelaki syaitan itu dia pandang; simpati? Takut? Bersalah?
Ya, semuanya ada bahkan rasa itu semakin kuat bergaul menjadi satu!

"Mama aku meninggal disebabkan kau! Kau dengar tak?!"
Lelaki syaitan itu bangkit, kemudian mengheret tubuh gadis itu sebelum ditolak kuat ke atas katil. "Mama aku mati disebabkan kau! Aku akan buat kau jadi seorang perempuan jijik tak ada maruah!"

"Jangan, jangan tuan! To... tolong maafkan saya. Sumpah, saya tak buat semua tu. Sa... saya tak tahu!" akhirnya, suara getar gadis itu mula kedengaran setelah empat hari membisukan diri, suara rintihan pilu itu merayu-rayu agar dilepaskan. Tenaga lemahnya diguna sebaik mungkin untuk meloloskan diri namun kekuatan lelaki itu melebihi segalanya. Dia tidak mampu!

"Kau yang nak sangat jadi macam ni kan? Sekarang ni, mama aku dah meninggal! Puas hati kau?!"

"Tak...tak, tuan! To...tolong. Saya merayu, jangan buat saya macam ni! Sa...sakit!"

Pakaian yang menutupi tubuh putih gadis itu, terus dirobek kuat. Dengan kekasaran yang teramat, lelaki syaitan itu terus menanggalkan satu persatu pakaian yang tersarung pada tubuh gadis itu.

Tubuh gadis itu dikerjakan dengan kejam, berkali-kali tanpa henti , juga tanpa mahu mempedulikan lirihan esakannya.

'Mama, tolong mama! Sa...sakit! Sakit sangat!' Hanya hatinya sahaja yang mampu merintih sayu.

Malam itu tubuhnya dikerjakan tanpa belas kasihan. Cairan benih lelaki itu juga berkali-kali memasuki tubuhnya. Bukan sekali tubuhnya diratah pada malam itu, tetapi berkali-kali sehingga terasa setiap tubuhnya sudah hancur tidak lagi bertulang.

"Esok kau ikut aku ke sempadan. Aku akan ikat kau jadi isteri simpanan aku. Lepas tu, aku akan pergi dari sini. Semua ni balasan untuk apa yang kau dah buat! Kau hancurkan hidup aku, kau penyebab mama aku mati! Kau pembunuh! Sumpah, aku akan pastikan kau terikat dengan aku sampai kau mati!"

BBP belanja satu chapter dulu.Semoga setia menunggu bab yang seterusnya. Terima kasih dan salam sayang buat pembaca semua.

Share this novel

Syaza
2023-01-14 20:48:38 

boleh DPT duit kaa

IntanNa79
2022-10-05 17:24:29 

saya dah top up coins... tp sy tak faham untuk unlock... bl sy tekan continue. disuruh top up lagi... tak faham nak bukak chapter

Barra M Hafizhan
2022-09-13 14:49:27 

maaf saya nggak ngerti bahasa apa ini


NovelPlus Premium

The best ads free experience