Tiga Tahun Kemudian:
Grand Suites Hotel
Kreng! Kreng!
Bunyi hiruk-piruk yang terhasil dari arah belakang dapur menujah masuk ke dalam cuping telinga Fiza. Dengan wajah yang masam, dia masih sahaja merenung tajam ke arah sahabatnya yang berdiri tidak jauh dari situ, berkali-kali juga matanya mengerling ke arah jam tangannya. Rasa lapar yang sejak tadi menyerbu tanpa belas benar-benar membuatkan emosi kemarahannya ingin meledak.
"Iz, cepatlah! Aku dah lapar dah ni kau tahu tak?" Fiza mula membebel. Tidak betah lagi dia mahu menunggu lebih lama.
Menyedari riak masam Fiza, Izara pula semakin sahaja sengaja memperlahankan pergerakannya.
"Cepatlah Iz! Kang aku masak kau dalam kawah besar tu baru padan muka!" Fiza semakin gagal menahan geram. Terkekeh sahaja Izara mendengar.
"Amboi Fiz, mulut kau ni kan...mengalahkan parit tersumbat kat belakang tu! Kalau muka aku ni hodoh, tak adanya mamat-mamat yang tanpa asal usul tu hari-hari bagi bunga kat aku, tau!" Izara membela diri sambil menayang wajah bangga.
Lengan Fiza kemudiannya ditarik untuk dibawa menuju ke arah hadapan sedang wanita itu pula, langsung sahaja menjadi terpinga-pinga tatkala mendengar kata-kata Izara tadi.
Ah, tidak mungkin seorang janda itu masih menerima kiriman bunga daripada para peminat misterinya. Yang menghairankan, bukan seorang dua sahaja. Tetapi tidak hairanlah juga, kerana Izara selalu sahaja dikelaskan sebagai seorang janda yang paling laku di situ. Biar berkali-kali dipandang, pasti tiada yang menyangka wanita itu adalah seorang janda anak satu. Potongan tubuh mengalahkan anak dara biarpun setiap hari hanya bergaya dengan uniform putih sahaja. Wajahnya pula tidak perlu dipersoalkan; cantik, putih melepak. Selalu membuatkan para lelaki tidak tenang tidur malam.
"Eh, masih lagi ke? Bersungguh-sungguh erk buaya-buaya tu mengurat kau Iz, sedangkan aku yang dara single ni, tak ada pula orang yang nak, apatah lagi menegur." Fiza mencebik, berpura-pura sedih.
"Aku janda bukan sebarang janda tau? Aku janda yang ada kuasa penggoda. Jangan main-main!"
"Puii, geli aku! Penggoda konon! Goda yang single-mingle tak apa, jangan laki orang je sudah!" Fiza mengekeh. "Eh, mana pergi scandal kau tu, erk? Tak nampak-nampak pula dari tadi?"
"Siapa? Chef Is?" soal Izara, spontan mengerutkan dahi.
"Ye, dialah! Amboi kau Iz, mentang-mentanglah kau banyak sangat skandal kat hotel ni. Chef Is, Tuan Ridza, yang satu lagi tu...kerani baru. Err...siapa entah nama dia tu?" Fiza sempat menggaru kepala. "Haa, Sharnaz! Hari-hari dia tu bertanya pasal kau. Aku pula yang naik menyampah!Belum lagi guard-guard bangla depan gate tu. Hari-hari dok mengayat! Hesshhh, tak faham aku!" meleret panjang bebelan Fiza, sedang Izara pula masih menayang wajah bersahaja. Dia tidak minat tentang hal itu!
"Ah, malas aku nak melayan topik merapu kau ni, Fiz! Jomlah ambil makan. Kata lapar!"
Kedua-dua insan itu berjalan seiring menuju ke kawasan hidangan pelbagai jenis yang dipersembahkan melalui kaedah bufet. Setelah mengambil makanan, mereka kembali melabuhkan punggung tidak jauh dari situ.
"Iz, kau ada dengar gosip tak pasal C E 0 baru hotel ni?" bisik Fiza sambil mula menyuap makanannya ke dalam mulut.
"C E O baru? Tak, aku tak pernah pula dengar." Izara menggeleng sebelum mengerutkan dahi, sehingga matanya juga ikutan dikecilkan sekali. Tiga huruf itu sengaja ditekan dan disebut satu-persatu. .Wajah rakan sekerjanya itu juga ditelan dalam-dalam.
"Ye lah. Aku dengar orang tu pemegang share terbanyak kat hotel ni. So, automatiklah dia yang ambil alih. Tuan Hafeez kan dah nak letak jawatan dah." ujar Fiza bersungguh-sungguh. "Kau nak tahu, Tuan Hafeez sebenarnya tak ada share pun kat hotel ni."
"Apa? Habis tu... macam mana... "
"Dia dilantik menjadi C E O berdasarkan kebolehan dia tu je. Aku rasalah! Hehehe..." Fiza tertawa kecil. "Orang yang ganti dia tu mesti kaya giler kan? Takkanlah kau tak ada dengar langsung khabar angin pasal benda ni?"
"Manalah aku tahu, kerja aku kan hari-hari melalak, bermain dengan mixer oven besar tu je kat dapur. Lainlah macam kau, PA kesayangan Tuan Hafeez. Semua rahsia dia dalam handbag kau kan?" Izara memerli dengan maksud mahu mengusik.
"Kau gila? Didengar bini dia tu kang, mati aku kena belasah!" kedua-dua wanita itu tertawa serentak. Bukan mereka tidak tahu akan tahap kecemburuan Puan Aziah. Malah, wanita itu kadang kala sanggup menemani suaminya di pejabat sedari pagi sehingga ke petang.
"Aku memang tak kisah pun Iz dengan semua hal dalam-dalam tu. Janji gaji aku jalan, tidak kurang tapi kalau lebih aku lagi suka!" ujar Fiza selamba.
"Kau tu memang, bab duit nombor satu! Tak pernah nombor dua atau tiga!" Izara terus menjeling geram. Sikap mata duitan memang sudah sangat sebati dengan diri wanita itu. Bukan Izara tidak kenal; gaji lambat masuk sehari pun, dia akan mengamuk tidak tentu pasal sehingga Tuan Hafeez sendiri kadangkala naik gerun dengan kegarangan wanita galak itu.
Beberapa saat ke depan, Izara mula mengukir senyuman sinis ke arah Fiza, sedang matanya pula meliar enak pada tubuh wanita itu dari atas sehingga ke bawah.
"Apa? Kau lesbian erk? Pandang aku semacam je!" Fiza menengking bersama riak kegelian. Walaupun dia masih keseorangan, namun tidak pernah terlintas sekalipun dalam fikirannya untuk memiliki hubungan songsang.
Pappp!
Fiza spontan mengaduh saat satu pukulan kuat singgah pada tangannya.
"Kau gila? Janda-janda aku pun, aku tak terdesak sangatlah sampai nak berubah taste bagai!" Izara menjeling bengang. "Tak adalah, aku cuma rasa yang pertukaran C E O kita yang baru tu...macam ada kaitan dengan engkau!"
"Uhukk uhukkk!" Fiza yang sedang menelan kunyahan makanannya hampir sahaja tersedak.
"Kau lagilah gila buat statement mengarut kau tu! Apa kaitannya dengan aku pulak?" kali ini, wanita itu pula yang menjadi bengang, sebal dan geram.
"Hahaha!" Izara tertawa tanpa riak bersalah. Semakin sakit hati Fiza dibuatnya. "Jangan-jangan Tuan Hafeez takutkan kau, gerun dengan perangai singa kau! Ye lah, sebab kau je yang selalu mengamuk kalau gaji lambat masuk. Pendek kata, kau seorang je yang selalu buat hal pasal gaji-gaji ni." ujar Izara dengan yakin.
"Tak guna betul mulut kau ni, Iz! Benda tu langsung tak ada kena mengena tahu tak? Kalau betul pun, tak payah nak salahkan aku okey? Sepatutnya kau orang semua ni berterima kasih dengan perjuangan aku! Tanpa aku, setiap bulan gaji kita akan lambat masuk agaknya. Kau nak ke macam tu? Nanti kau nak bagi anak kau makan apa?Batu?"
"Elleh, banyaklah kau punya pengorbanan Fiza! Baiklah, kaulah yang terbaik; pekerja contoh!" Izara menjeling.
Fiza tersengih sehingga menayangkan gigi, namun tidak lama setelah itu, dia juga ikutan berkerut wajah.
"Tapi...takkan Tuan Ridza tak bagitahu kau langsung? Kau kan staf kegemaran dia. Aku tengok tiap-tiap hari dia dok mencari kau je kat belakang dapur tu."
"Kau ingat aku ni makanan nak digemar-gemarkan pulak? Kalau dia bagitahu, tak adalah aku terkejut. Sekarang ini, aku was-was pula. Siapa erk, bos baru kita tu nanti?"
"Aku dapat rasa yang... rupa C E O tu nanti... mesti hensem. Pakai kot hitam, badan sasa, tinggi, sombong, bongkak, tegas tapi akhirnya dia akan jatuh cinta dengan wanita berjawatan P A macam aku ni!" ujar Fiza penuh kegedikan.
"Hahahahaah! Kau ni, terlebih tengok drama tv ke apa ni? Ke... terjebak dengan cerita-cerita kat app NovelPlus kau tu? Ah, mengarut je lah! Dibuatnya laki orang, naya kau Fiza!"
"Ala, tu imaginasi aku je. Kalau betul, Alhamdulliah. Tapi...kalau salah, nasiblah."
"Tapi kan, kenapa bakal C E O tu baru muncul erk? Kenapa tak dari dulu? Sedangkan menurut engkau, dia tu salah seorang pemegang share yang terbanyak kan?"
"Sebab sebelum ni dia tinggal kat Singapore. Tu yang aku dengarlah." jawab Fiza tanpa berselindung. Memang seperti itulah yang diberitahu oleh Tuan Hafeez kepadanya.
Izara mengangguk faham.
"Oh, macam tu pula? Dahla, baik kita makan cepat. Aku dah lambat tahu tak? Nanti mengamuk pulak abang hensem aku tu." Izara sedikit menggesa setelah menolehi jam di dinding restoran itu.
"Abang hensem konon, mulut kata tak suka tapi puji hensem! Tapi tak apalah. Sesuai sangat dengan kau; seorang bujang terlajak, yang seorang ni pula, janda berhias!" Fiza tertawa nakal. Izara yang sudah malas mahu melayan, tetap diam. Lagi baik mengunyah makan daripada perlu berbalas usikan kasar dengan wanita itu.
Share this novel
A Z,, z