Tibalah hari yang sepatutnya saya bertolak pada jam 10 pagi kononnya padahal saya tak pergi. 4 jam berlalu dari jam 10, saya hubungi suami saya..
"Abang,sayang tak jadi pergi lah..Sayang terlepas flight..Tak pe lah bang, lagipun abang akan balik sini sebulan kan."
Which 5 bulan dari sekarang lah.. Lepas saya bagitahu dia yang saya tak jadi pergi, dia macam takde rasa kecewa. "ok" katanya ringkas. Saya punyalah sakit hati. Bayangkan je macam mana perasaan saya masa tu.
Sebulan dah berlalu, baru saya dapat kawal tekanan saya.. Suami saya masih tetap kirim duit kat saya.Masa tu duit simpanan bank saya dah RM200k lebih. Tiba-tiba saya terfikir nak buat sesuatu daripada bersedih dan buat-buat bodoh di sini.
Mulai hari tu saya cari pembantu rumah iaitu adik sepupu saya sendiri. Saya daftar ikut fitness, tiap minggu buat facial,makan supplement vitamin untuk dapatkan semula kecantikan saya yang hilang dulu. 4 bulan tu perubahan drastik pada diri saya.
Rambut panjang saya warnakan blonde, dressing pun meletop,begaya habis. Sepupu saya tahu isu saya dengan suami saya. Sekali dia buat perbandingan saya dengan perempuan tu, saya jauh lebih cantik dari dia. Badan saya yang macam gajah dapat balik shape lama. Kulit saya dari hitam pucat lesu berubah jadi putih melepak sampai nampak urat hijau. Muka saya yang kusam jadi pinkish glowing. Masa jalan-jalan tu,orang cakap saya macam model sebab tinggi saya 170cm. Saya tak tahu perubahan saya macam class model, banyak yang cuba nak ngorat saya masa tu tapi saya tak layan sebab masih berstatus bini orang.
Semua expenses saya untuk berubah jadi cantik adalah duit daripada suami saya kirim. Nak cecah RM40k juga habis untuk saya sampai ke tahap begini. Sebelum ni saya rasa sayang nak guna duit tu sebab nak kumpul sampai RM100k. Tapi bila tahu saya akan dibodoh-bodohkan dah lama saya cantikkan diri saya.
Sebulan sebelum suami saya balik Malaysia, dia hubungi saya yang dia tak dapat balik. Lepastu nak minta kirimkan gambar saya yang sekarang sebab rindu konon. Saya okey je dia tak dapat balik sebab saya ada plan yang lebih hebat lagi. Habis voice call, saya kirim gambar saya. Gambar lama saya kirim masa tu... Yang hitam,gemuk,hodoh saya kirim kat dia.. Baki simpanan saya plan nak buka butik..
Semua yang saya buat ni suami saya tak tahu.Dalam masa setahun, suami saya hanya voice call saja. Kalau dia nak video call, saya mengelak dan dia pun tak lah mendesak sangat. Dalam masa setahun tu juga saya plan perniagaan saya rapi-rapi dan teratur. Syukur kepada Tuhan, sampai sekarang perniagaan butik saya dah ada 4 cawangan dalam Malaysia.Tapi masa tu butik saya baru 1 saya buka.Perniagaan berjalan dengan lancar dan saya pun dah boleh earn money sendiri. Setahun lebih juga saya usaha nak jadi cantik dan besarkan perniagaan saya. Bila semua dah maintain, barulah plan sebenar saya berjalan.
Share this novel