BAB 10

True Story Completed 2967

"Sayang.. Abang janji sayang.. Bagi abang peluang kedua sayang..Tolong jangan begini.. Tolong tarik balik apa yang sayang cakap tadi.. Please sayang,ingat anak-anak kita sayangg..."

Dia menangis teresak-esak.. Saya yang dah tak berupaya memandang Hairi yang sedang melutut itu, juga ikut menangis.. Mengeluarkan semua kesedihan yang selama ini saya simpan. Masa tu terimbas lah kembali segala kenangan-kenangan saya dan dia di waktu mula-mula kenal,macam mana baiknya dia dulu, gelak ketawa bersama dia ,macam mana kami mula-mula jatuh cinta..Nangis dan menangis kami berdua.

Selesai menangis, saya terus masuk pergi ke dalam kereta Aznil. Saya suruh Aznil hantar saya balik hotel. Sampai hotel pada jam 8.30 pagi, saya sambung nangis dan tertidur dalam tangisan..dan terbangun pada jam 4 petang.. Waktu tu bagi saya semua dah selesai. Saya balik Malaysia jumpa anak-anak, peluk diorang sambil menangis.

Hairi pun balik Malaysia dengan niat nak pujuk saya. Dia bawa banyak hadiah untuk anak-anak. Bawa semua barang-barang milik dia dari sana.. Dia balik rumah di mana tempat kitorang tinggal dulu.. Masa tu saya sedang packing barang nak keluar dari rumah tu. Terduduk dia nampak saya. Anak-anak berlari menghampiri ayah mereka. Anak-anak pun masih tak faham situasi kitorang masa tu.

Saya yang dah tak tahan tengok anak-anak, masuk ke dalam bilik mandi untuk cuci muka lalu menangis. Masa tu dia pujuk saya tapi saya dah tak ada hati dekat dia langsung walaupun saya sebak tengok anak-anak gembira dengan kepulangan ayah mereka.

Saya ringkaskan cerita, nak urus cerai pun masa tu banyak halangan. Banyak-banyak dia buat untuk pujuk saya. Tapi kalau orang dah mati rasa, dah takde makna pujukkan dia. Akhirnya kes cerai kitorang pun selesai. Dia tak pernah nak tuntut apa-apa dari saya selepas bercerai.Apa yang saya tahu dia tinggal dan bekerja di Malaysia. Tiap minggu dia datang untuk jenguk anak-anak.. Kami masih tinggal di rumah dia.. Dia cari rumah lain sebab saya tak nak tinggal dengan dia.

Sampai sekarang pun dia masih panggil saya dengan panggilan sayang. Saya masih trauma dan belum buka hati nak mulakan hubungan baru buat masa sekarang. Kalaulah boleh putarkan masa balik, saya tak nak dia kerja kat luar negara. Perempuan tu pula saya dengar-dengar dah balik ke negara dia sendiri sebab dah takde yang nak tanggung dia kat sana.. But, who knows.. What goes arround come arround. Sekian cerita dari saya. Semoga anda terhibur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience