Masuk tahun ke 3 suami saya kerja kat sana, simpanan kami mencecah RM160k. Sejak kebelakangan ini, suami saya dah sibuk kerja,overtime. Kadang-kadang tu, seminggu sekali je dia akan call saya. Kadang-kadang saya kecil hati juga tapi saya positifkan diri je. Jadi saya biarkan je. Tapi semakin lama macam semakin 'sibuk' pula dia ni saya rasa. Dah masuk 6 bulan nampak perubahan sikap dia. Pernah juga sampai sebulan dia tak pernah nak hubungi saya sampailah saya tanya dengan kawan yang tinggal serumah dengan dia kat sana.
Kawan dia cuma cakap kat saya yang suami saya banyak overtime. Kawan suami saya ni pula pun dah kahwin. Tapi suami saya bagitahu yang dia ada perempuan lain kat sana. Siap tinggal serumah lagi. Jadi, itu yang buat saya risau kalau-kalau dia pun ikut-ikut dengan perangai kawannya tu.
Suatu hari, saya bagitahu lah kat suami saya yang saya nak pergi sana untuk bercuti,makan angin. Lepas tu, nada suara dia tiba-tiba berubah...
"Ohh ye ke.. Bila sayang nak datang? Abang takut pula kalau-kalau masa tu abang busy. Risau pula tak dapat luangkan masa dengan sayang nanti."
Saya pun merajuklah dengan dia, kata yang dia dah tak sayang saya lah,rindu saya lah... Macam-macam saya cakap kat dia. Akhirnya dia bagitahu saya yang..
"Okey.. Bulan depan sayang datang sini nanti abang jemput kat airport."
Punyalah saya happy masa tu... Selama sebulan tu, hari-hari dia call saya tanya tarikh berapa saya akan pergi sana. Saya pun tergelak geli hati. Rindu sangat ke dia dengan saya ni sampai hari-hari dia nak call. Tapi saya pelik juga 6 bulan sebelum ni dia tak pernah call saya hari-hari. Saya pun tak lah bersangka buruk. Lagipun saya kenal suami saya tu macam mana.
Saya book flight pada 25hb dan bagitahu dia yang saya akan terbang pada 28hb konon-konon nak bagi kejutan. Tibalah 25hb dan saya pun bertolak seawal 10 pagi. Anak-anak semua saya tinggalkan pada ibu kejap sebab nak pergi bulan madu dengan suami.
Sampailah di airport, saya terus naik teksi minta hantar pada alamat rumah yang suami saya tinggal. Alamat tu saya tahu sebab dulu dia pernah bagitahu saya. Mengambil masa 2 jam juga saya dalam teksi tu. Rasa tak sabar sangat nak surprise kan suami saya. Selama 2 jam dalam teksi tu ada lah juga saya ambil gambar,tengok-tengok bangunan.
Sampailah di satu apartment tu, teksi berhenti dan bagitahu dah sampai. Saya pun turunlah dari teksi,ambil barang-barang saya dan terus naik lift ke tingkat 3. Sampai sahaja saya di depan pintu,saya ketuk. Hati saya dah tak sabar nak surprise kan suami saya. Nak 3-4 kali juga saya ketuk pintu rumah tu baru pintu dibuka itupun bukan suami saya yang bukakan melainkan kawannya.
Share this novel