BAB 1

True Story Completed 2967

Sebelum berkahwin saya dah kenal suami saya dalam masa 3 tahun. Hubungan kami sampailah ke alam perkahwinan. Suami saya ni sangat baik,tak suka keluarkan kata-kata kasar,sangat sopan,lembut bila bercakap,hormat orang tua,rajin pula tu..Yang baik-baik semua lah ada kat dia. Dalam perkahwinan ni, kami dikurniakan 3 orang anak. 2 perempuan(kembar) dan sorang lelaki. Rumah tangga kami sangat bahagia. Tak pernah bergaduh besar.

Suatu hari tu,suami saya balik rumah dengan muka ketat. Saya tanyalah kenapa, ada masalah ke..Dia diam je sambil peluk,cium dahi saya dan terus masuk mandi. Besoknya pun dia buat muka yang sama.. Saya ni dahlah jenis yang curious. Selagi tak dapat jawaban selagi tu saya akan bertanya. Saya desak dia sampai dia bagitahu saya.

Akhirnya tu, dia bagitahu saya yang kewangan kami dah makin merosot. Saya ni kalau bab kewangan saya serahkan 100% pada suami saya. Tiap bulan dia bagi saya nafkah RM300 dan itupun saya dah sangat bersyukur. Suami saya ni kerja tak seberapa. Gaji pun RM2k saja.

Sebulan dah pun berlalu, suami saya nyatakan hasrat dia untuk bekerja di Australia untuk membayar hutang dan juga untuk menyara keluarga kami sekaligus kumpul modal untuk membuka bisnes kelak. Saya tak banyak cakap. Saya cuma menangis dan peluk dia. Rasa terharu sampai begitu sekali pengorbanannya untuk keluarga. Saya mengangguk tanda bersetuju.

Tibalah hari di mana dia dah nak terbang pergi ke Australia, perasaan saya masa tu bercampur baur. Mahu menangis pun ada. Tapi dia cakap kat saya...

"Jangan sedih sayang, abang kerja sementara je ni."

Suami saya peluk saya dan anak-anak and saying temporary goodbye... Masa tu umur saya baru 22 tahun dan suami saya 26 tahun. Jodoh kitorang bertemu awal.

Setibanya suami saya tiba kat Australia, dia terus videocall saya. Rindu dengan kami semua kat sini,Malaysia. Saya sebagai isteri ni bagi lah dia sokongan supaya tak terlalu stress kat sana. Macam-macam kerja suami saya buat kat sana. Dari petik buah, kerja kilang dan sampailah dia dapat kerja di bandar Melbourne sebagai waiter di sebuah bar. Kalau boleh, suami saya ni nak hari-hari call saya, tanya khabar kami kat sini.

Selepas setahun bekerja kat sana, dia pun balik lah Malaysia. Ambil cuti sebulan untuk luangkan masa raya dengan kami. Punya lah gembira saya dan anak-anak masa tu.. Macam-macam hadiah suami saya beli. Selama suami saya di sini, saya peluk,cium tangan dia tanda sangat berterima kasih atas perjuangannya demi keluarga kami. Masa tu kewangan kami sangat stabil. Hutang-hutang pun selesai dibayar tinggallah fokuskan kumpul modal bisnes sahaja lagi.

Simpanan kami masa tu dah pun mencecah RM60k lebih tapi suami saya kata dia nak kumpul sampai RM100k. Saya pun setuju je apa yang dikatakan suami saya. Setelah cutinya habis, dia balik semula ke Australia. Terasa sangat sunyi setelah ketiadaan suami yang tercinta di sisi saya tapi saya cekalkan hati untuk bertahan. Rutin harian pun berjalan seperti biasa, hantar anak ke sekolah,masak,calling dengan suami tiap malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience