IMBAS SEMULA
Jam di dindiing sudah menunjukkan jam 12 malam. Aku berniat ingin mengunjungi rumah kekasihku di Bangsar apatah lagi hari ini adalah hari lahirnya. Aku ingin memberikan kejutan pada dia dengan menghadiahkan cincin ini kerana aku berniat untuk melamarnya menjadi tunang aku.
Aku berjalan penuh lagak yakin di hadapan rumahnya. Setibanya di depan pintu rumah, aku berkali-kali menekan loceng pintu rumahnya namun tiada sebarang sahutan dan pintu masih belum dibuka. Aku menekan-nekan lagi namun masih belum ada jawapan sehinggalah tiba-tiba pintu rumahnya dibuka oleh seorang lelaki bertubuh sasa yang hanya memakai tuala dan lelaki itu adalah bapaku sendiri! Dan buat aku lagi terkejut bila orang yang aku cintai sedang berdiri di sebelah bapa sambil tangannya lembut memanggil bapa dengan panggilan sayang.
Sumpah, hari itu juga aku telah mengutuk dan berasa kecewa dengan perbuatan bapa serta kekasihku. Aku merasa kecewa kerana bapa sanggup mengkhianati aku, anaknya serta ibu yang setia di rumah. Apa yang lebih mengecewakan adalah bapa curang dan bersekedudukan dengan orang yang aku cintai. Aku akhirnya tewas pada amarah yang marah menyala membakar segenap rasa sayangku.
Aku nekad memutuskan hubungan aku dengan kekasihku saat itu juga dan bapa hari itu bukan lagi bapaku. Saat itu aku telah bersumpah pada dunia ini dan atas nama Tuhan bahawa aku berasa jijik dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan maksiat mereka itu.
Sejak dari hari itu aku berubah secara total, aku menjadi seorang pendiam, pemurung dan sering menangis. Aku takkan bersedih andai ekkasih aku itu curang dengan lelaki, lantak dialah. Pergi mati saja! Tapi ini dengan bapa aku sendiri. Saat itu jugalah aku nekad membenci makhluk bernama perempuan dan aku mulai membenci penampilanku yang maskulin ini.
Lama-kelamaan aku berubah menjadi lembut. Aku sering menghabiskan masaku berada di spa atau pusat kecantikan dan hasilnya kulit ku tampak cantik dan rambutku nampak sihat. AKu akhirnya memutuskan untuk membela rambut sedikit panjang agar tampak lebih feminine. Sedar tak sedar aku seperti bermetamorforsis menjadi seekor rama-rama nan indah berbanding menjadi seekor kumbang yang tangguh. Aku merasa selesa dengan penampilan ku sekarang ini walaupun tubuhku penuh dengan otot jantan yang kekar.
Share this novel