BAB 2

Romance Completed 3222

“Sejak bila kamu jadi macam ni Sal oi?” ujar ibu dengan nada suara yang seperti mahu menangis. Hairan betul ibu ni, si anak mahu berubah jadi anggun, cantik bergaya tapi diberi kata bebelan dan ngomelan pula. Aku tak ada masa untuk mendengar ceramah dan kritikan dari ibu jadi sudahnya aku terus saja beredar pergi selepas mengambil wang saku harian yang diletak di atas meja makan.

Terdengar teriakkan dari emak…

“Kenapa kamu berubah macam tu Sal oi?” Aku cuma diam dan hanya meneruskan perjalanan dengan langkah catwalk peris model Victoria Secret. Namun lama-kelamaan terdengar tangisan ibu yang semakin lama semakin kuat. Aku tak hiraukan. Eh pelik betul aku dengan ibu ni. Anak dah lawa macam Izara Aishah tapi tak happy pula siap suruh tukar pakaian, eh aneh betul ibu.

Ya ini adalah kampus baru aku. Fasa baru dan cerita baru dalam kehidupanku. Aku akan melupakan masa silam aku yang berani-beraninya buat aku patah hati dan berantakan. Sekarang adalah payback time! Aku asalah si cantik Sally dari lembah Unicore, semua akan menatap aku dengan padangan terpegun dan terpukau. Aku yakin 100% bahawa ramai yang memuji kecantikan ku saat ini, bayangkan saja Izara Aishah sudah, ya itulah aku – mirip Izara Aishah.

Aku pun melangkah menuju papan tanda melihat di mana kelas berada. Yeap dah jumpa, di tingkat dua untuk bidang penyiaran. Aku pun segera menghayun kaki ke kelas. Tak sabar untuk hadir kuliah.

Setibanya di kelas, benar bagai ramalanku, semua mata menatapku. Ada yang saling berbisik, ada yang melihat aku seakan tak percaya, tak kurang juga yang memuji aku cantik dan seperti biasa pasti ada yang mencaci aku. Lantaklah. Aku tak peduli.

Ada kerusi kosong, lebih baik aku duduk di situ, aku melabuhkan punggung ku di kerusi itu sambil menyelak-nyelak ke belakang rambutku yang sudah melekat ke kulit dadaku dek lencun terkena peluh tadi. Seketika kemudian hadir seorang pensyarah yang tela mencuri perhatian segenap mata yang ada di dalam kelas itu termasuk aku yang terpukau dek kecantikan persis puteri. Pensyarah yang menutup bentuk tubuhnya dengan kemeja longgar dan menutup rambutnya dengan sehelai hijab rona hijau. MasyaAllah, terpukau aku melihat kecantikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience