SEMINGGU KEMUDIAN…
“Sal!! Berang…Mari sini kau aku nakk !…!” Ibu tak sempat menghabiskan kata-katanya terus sahaja dia menatapku sedikit terjehut. Aku cuma menatap ibu semula dengan senyuman.
“Saya gerak dulu ya mak, Assalammualaikum,” ucapku sambil menyalam tangan ibu. Ibu termanggu dan sebak melihat pada perubahan ku ini
“Nah ni wang belanjanya Sal,” kata ibu sambil memasukkan not RM20 di saku baju ku.
“Eh tak perlulah mak, duit yang kemarin masih ada lagi,” jawabku sambil memulangkan semula wang pemberian ibu tadi. Ibu tersenyum lalu menekup mulutnya tanda tidak percaya, pastinya ibu merasa terharu saat ini.
Setibanya di kampus, sudah tiada lagi penampilan aneh dan mata yang menjengil memandangku aneh, kalau ada pun cuma seorang dua yang memandangku sekilas lalu senyum. Aku menghayun langkah masuk ke kelas dan aku melihat masih belum ramai yang hadir. Lalu aku terus membuka buku mata pelajaran pertama lalu membeleknya sekilas pandang cuba mengulang kaji ringkas. Sedang aku asyik mentelaah buku, aku tak sedar yang pensyarah sudah masuk dan kelas sudah dipadati dengan para pelajar. Seperti biasa aku kembali tersenyum saat melihat Miss Anggun yang sedang berdiri di hadapan kelas. Ya dia masih lagi pensyarah paling cantik dan manis pernah ada di kampus ini dan insan bertanggungjawab merubah ku dengan cara yang halus tapi unik.
Eh biar betul tak ada orang yang kenal aku di dalam kelas ini?Takkan sedrastik ini perubahan ku sampai aku terpaksa memperkenalkan diri sekali lagi di hadapan teman-teman. Siap ada yang aku bergurau padahal ini dah sah-sah aku.
Sesi pembelajaran hari ini sudahpu tamat dan ini saatnya aku memulangkan semula buku bacaan ilmiah yang sangat berguna ini kepada Miss Anggun. Setelah puas mencari keberadaan Miss Anggun, aku akhirnya bertemu dengannya. Dia seperti biasa tengah ligat mengetik-ngetik papan kekunci laptopnya. Aku pun mencuba mengetuk pintu pejabatnya dengan perlahan sambil mengucapkan salam.
Tak lama kemudia Miss Anggun menjawab salam ku seraya memberikan pandangan aneh kepadaku.
Share this novel