“Hingga akhirnya saya bertemu dengan Miss Anggun. Miss adalah orang yang telah mengajarkan saya tentang makna mengenal jati diri sendiri. Orang yang bertanggungjawab meneyedarkan saya tentang kebesaran Illahi. Orang yang membuat saya nampak bahawa hidup ini adalah tentang bagaimana kita mara ke depan dan meninggalkan masa lalu sebagai pengajaran hidup yang sangat berharga,” jelasku.
Miss Anggun menatap aku penuh dengan rasa terharu dan senyuman kesyukuran.
“Sama-sama, saya tak lakukan apa-apa, ini semua atas izin Allah SWT.” Balasnya lalu menepuk bahuku.
“Lalu bagaimana hubungan kamu dengan bapa kamu? Adakah suda berbaik?” tanya Miss Anggun lagi.
“Bapa sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu.”
“Innalillahiwainnaillahirajiun. Bapa kamu sakit?”
“Ya Miss, terkenan serangan jantung. Namun semasa hari-hari akhir hayatnya, bapa sudah banyak kali meminta maaf kepadaku atas perbuatannya. Saya sudah memaafkan kesalah bapa kepada saya. Namun jiwa wanita yang terperangkap dalam jiwa saya sudah menjadi darah yang sebati dengan diri saya hingga tak boleh saya ubah lagi. Dan perkara itu yang membuatkan bapa semakin merasa terpukul dan merasa bersalah hingga akhirnya dia diserang sakit jantung dan meninggal dunia,” ujarku dan tak semena-mena pecah juga kolam airmata yang sedari yadi bertakuk di tubir mata dan esak tangisku semakin kuat saya Miss Anggun menggosok lembut bahuku menghulurkan simpatinya padaku.
“Sudah… kamu jangan bersedih lagi. Sebagai seorang anak, adalah emnajdi tugas dan tanggungjawab kita untuk sentiasa mendoakan agar bapa kamu ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan diterima segala amal ibadah dan meraih kemapunan dari Allah SWT.” Nasihat Miss ANggun lagi kepadaku.
Share this novel