BAB 6

Adventure Completed 460

Setelah hampir sebelum meredah laluan bergunung-ganang menggunakan
kenderaan istimewa ‘pinjaman’ aku ini, akhirnya kami melepasi sempadan
Turki. Nampaknya, penjelajahan kami hampir sampai ke penghujungnya. Aku
melihat Iskra yang begitu asyik melihat permandangan sepanjang
perjalanan kami ini. Senyuman manisnya membahagiakan aku. Malah, aku
menerima hadiah daripada gadis itu. Pertama kali dalam sejarahku, aku
menerima sesuatu daripada seorang gadis.

“Khalil , apakah itu?”

Aku melayan pertanyaan Iskra tanpa jemu-jemu. Setiap saat bersama gadis
ini akan aku hargai sebaik-baiknya. Walaupun Istanbul sudah tidak jauh,
aku mengambil keputusan berhenti di kawasan peranginan berhampiran untuk
berehat di sana. Iskra tidak membantah, kontradiksinya bersetuju dengan
cadanganku. Malam itu aku menyediakan unggun api dan berkhemah di
kawasan khas. Biarpun lalang dan semak-samuk mula menguasai tapak itu,
kami tidak bimbang kerana tiada kehidupan lain yang akan muncul di sini.
Aku dan Iskra berbual panjang sebelum tewas dengan kantuk yang
menyerang kami.

Esoknya, aku memandu kereta ke arah lokasi yang ditunjukkan oleh Iskra .
Sampai sahaja di kawasan itu, Iskra terus sahaja menuju ke tempat
lapang lalu memulakan upacara menyelamatkan bumi. Sebaik sahaja simbol
aneh muncul di bawah kaki Iskra , dia memanggil aku.

“Khalil , awak kenaa mendekati saya....” Arah Iskra . Aku menurut sahaja.

“Begini?”

“Rapat lagi. Dekatkan dahi awak dengan saya, rapat-rapat...” Aku
merapati Iskra dan meletakkan dahiku pada dahi Iskra . Iskra
tersenyum, sangat manis membuatkan aku keseganan. Aku menyayangi gadis
ini, sepenuh hati.

“Khalil , saya mencintai awak juga....” Luahan Iskra itu mengejutkanku.

“Benarkah?” Aku gembira.

“Ya, Khalil . Tapi, maafkan saya kerana........”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience