BAB 5

Adventure Completed 460

Iskra pandai memasak. Menggunakan tepung dan bahan yang ada, Iskra
menyediakan hidangan seperti pasta, roti dan sup panas. Agak sukar untuk
kami mendapatkan sumber protien memandangkan tiada langsung haiwan yang
boleh diburu atau ditangkap. Mujurlah ada produk tenusu dan keju yang
dapat membekalkan keperluan kami. Tambah lagi, produk suplemen yang kami
ambil daripada farmasi yang ada dapat membekalkan nutrisi ini. Tiada
masalah bagi buah atau sayur kerana bahan ini boleh didapati di dusun
atau di kebun yang terbiar. Aku gembira dengan kehadiran Iskra , tetapi
sampai bila kami akan terus bersama. Selepas berakhirnya misinya itu,
mahukah dia hidup bersamaku?

“Iskra , boleh saya tanya sesuatu?” Soalku, tiba-tiba, semasa kami makan
malam bersama. Hari ini, makan malam kami berupa piza berintikan keju,
ketulan tuna (dalam tin) dan sayuran (diambil daripada kebun sayur
Presiden).

“Ya, Khalil ? Ada masalah?” Respon Iskra , yang sedang menjamah pizanya.

“Selepas tamat penjelajahan dan misi kita ini, mahukah Iskra terus
bersama saya?” Tanyaku dengan nada serius. Iskra meletakkan potongan
piza ditangannya dan menghabiskan kunyahan sebelum berkata;

“Maaf, perkara itu mustahil...”

“Mengapa? Mengapa mustahil? Iskra akan lenyap selepas menyelamatkan
bumi?” Soalku, agak terkilan dengan jawapan itu.

“Tidak. Saya masih wujud selepas ini. Tetapi Khalil , awak akan melupai
saya...”

“Mustahil, Iskra . Saya pasti bahawa Iskra akan saya ingati sampai
mati!” Aku menyangkal dakwaan Iskra , tetapi Iskra menggeleng kecil
seraya berkata;

“Terima kasih Khalil . Saya juga akan mengingati awak...” Iskra tersenyum.

“Saya cinta akan kamu, Iskra ...” Aku terus memeluk tubuh kecil gadis
itu. Gadis itu membalas pelukanku.

“Terima kasih Rasif....” Aku rasa ada kehangatan menyerang dadaku. Air
mata Iskra membasah dadaku. Aku tidak sedar bahawa Iskra tidak
membalas luahan cintaku. Hanya ucapan terima kasih, dan bisikan minta maaf.

Dua bulan kami berada di rumah itu, dan kami berdua bagai merpati dua
sejoli. Sekalipun tiada kata cinta daripada mulut Iskra , kami berdua
begitu rapat dan sering bersama sentiasa. Namun, hubungan kami masih
terbatas sekadar kawan baik sahaja. Aku tidak kisah begitu. Aku bahagia
bersama Iskra . Masa tidak menunggu sesiapa, dan musim sejuk di Moscow
akhirnya berlalu pergi. Menggunakan kenderaan istimewa Presiden, aku dan
Iskra meneruskan perjalanan ke Istanbul.

Sola-Ui ialah makhluk yang mampu rentasi dimensi. Mereka mampu menguasai
ilmu dan pengetahuan manusia untuk memudahkan pengadaptasian mereka
dalam masyarakat manusia ini. Sola-Ui akan bertindak sekiranya berlaku
gangguan dimensi seperti menimpa dunia Khalil . Dunia Khalil yang canggih
kerana kemajuan teknologinya itu, membuat kesilapan besar melalui kajian
‘Pandora Box’. Dengan membuka dimensi dunia, manusia dapat bergerak
tanpa memerlukan ‘daya’ sebaliknya perubahan ‘ruang’. Teknologi ini
melampaui kaedah ‘teleport’, memindah objek melalui pergerakan partikal
atau ‘warp’ yang menggunakan kelajuan cahaya untuk bergerak. Seperti
nama kajiannya, apabila ‘kotak’ itu terbuka, yang datang, hanyalah
malapetaka. Seluruh kehidupan yang bergerak hilang dalam dimensi menjadi
bumi kini dalam keadaan statik. Mengapa pula Khalil masih ada di dunia itu?

Khalil kebetulan sedang tidur dan apabila dia tidur, pergerakan dirinya
agak minimum hingga ada yang cuba mengejutnya menyangkakan Khalil sudah
meninggal dunia. Nasib Khalil baik dalam hal ini, kerana tabiat buruknya
itu, dia tidak terkesan dalam fenomena ini. Sola-Ui Iskra terpaksa
mencari makhluk yang masih wujud di dunia ini bagi menyelamatkan
keadaan, dan kemunculan Khalil menceriakannya.

Seorang Sola-Ui sukar menunjukkan ekspresi mereka. Iskra agak berbeza,
kerana dia sudah biasa berdampingan dengan manusia. Teman manusia Iskra semuanya menyayanginya kerana kecomelannya. Semua temannya melahirkan
perasaan sama seperti Khalil , iaitu ingin bersama biarpun bencana yang
dihadapi sudah berakhir. Sebaliknya, kesudahan mereka tetap sama, memori
mengenai Iskra terpadam dengan sendirinya. Iskra tidak memulihkan
dunia, sebaliknya memutarkan masa dunia sebelum bencana berlaku dan
menghalang bencana tersebut sebelum bermula. Mustahil memori mereka akan
kekal apabila ‘memori bersama Iskra ’ tidak pernah berlaku.

Iskra tidak kesah kerana yang pentingnya, dia pernah merasai kasih
sayang daripada ‘teman-teman’nya itu. Walau bagaimanapun, inilah kali
pertama Iskra menerima luahan cinta. Khalil begitu menyayanginya.
Pertama kali, dia merasakan perasaan aneh dalam hatinya. Sebagai
Sola-Ui, dia tidak faham. Bersama Khalil , dia bersama terlalu bahagia,
gembira dan sejahtera. Sebab itulah, sebelum mereka meneruskan
perjalanan ke Istanbul, Iskra telah menghadiahkan sesuatu kepada Khalil .

“Khalil , awak simpanlah benda ini...” Kata Iskra kepada Khalil .

“Buah rantai?” Soal Khalil , yang agak terkejut dengan hadiah tiba-tiba
itu, melihat ukiran buah rantai yang unik dan istimewa itu.

“Simpan hadiah saya itu, sebagaimana awak menyayangi saya...” Khalil
tersenyum dengan ujaran Iskra itu, dengan ceria berkata;

“Baiklah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience