Completed
5079
Maka saya berjalan dengan selamba dan duduk di sebelah mereka. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar. Masing-masing diam membatukan diri dan memandang laporan yang berada di tangan. Seakan-akan mereka sedang sibuk menguruskan sesuatu.
Melihat mereka membuat hal masing-masing, saya ke bilik rehat untuk menyegarkan diri. Mata sudah terasa mengantuk tapi kami tidak boleh tidur dan perlu berada dalam keadaan siap siaga sekiranya ada apa-apa yang berlaku di wad bersalin itu.
Dalam hati saya bersyukur kerana tugasan saya malam itu dipermudahkan. Tiada satu pun ibu mengandung yang akan melahirkan anak pada malam itu.
Ini bermakna saya boleh lega dan relakskan diri sementara menunggu giliran bertugas saya tamat.
Tudung saya buka dengan cermat dan mula membasuh muka. Ketka sedang mencuci muka, saya terdengar paip air di sinki dalam tandas dibuka.
Bunyi air jelas kedengaran. saya fikir ada jururawat lain yang masuk tetapi saya yakin tidak perasan pula ada terlihat kelibat jururawat lain selain saya.
"Ada sesiapa di dalam ke?" saya bersuara untuk mengetahui jika ada orang di dalam.
Namun tiada satu pun sahutan dari dalam. Bunyi air masih jelas kedengaran.
Tidak mahu terus melayan, saya kembali ke sinki untuk menyelesaikan mencuci muka yang sudah disaluti buih sabun. Tuala yang saya letak di sebelah tadi diambil dan dilapkan ke muka. Tudung pun saya pakai semula dengan kemas.
Namun bunyi air itu masih kedengaran. Say ajadi tidak puas hati dan tiba-tiba rasa ingin tahu itu menebal. Maka saya ambil keputusan untuk meyelak daun pintu bagi mengetahui siapa yang berada di dalam yang telah membuka paip air itu.
Belum sempat saya tolak daun pintunya, rakan jururawat lain masuk dan menegur. Dia kemudian menyelak daun pintu tandas tadi dan masuk ke dalam.
Ini bermakna tiada siapa di dalam! Saya fikir mungkin saya mengantuk dan beredar keluar.
Share this novel