Bab 6

Thriller Completed 5079

Banglo seram

Masih menjadi persoalan pada kami tentang kemunculan sebuah banglo lama yang selama ini kami tak pernah tau akan kemunculan bangunan lama itu yang begitu penuh dengan tanda tanya. Macam manalah baru sekarang boleh perasan ada rumah mcm tu kat Tg Malim ni ye...pelik!

Dari jauh rumah ni boleh dikatakan agak seram, tetapi bila kita pegi dekat-dekat amat menakutkan!

Lihatlah terdapat pokok besar yang tumbuh di belakang rumah itu dan banyak kesan-kesan pokok yang tak habis potong serta semak dan rumput panjang yang mengelilingi banglo tersebut.

Ini belum kira lagi apa yg ada kat dalam rumah tu, tumbuhan-tumbuhan yang hidup dalam rumah dan.... arghhhh tak boleh nak bayangkan lagi!!! Betul-betul macam rumah hantu!

Kami tertanya-tanya agaknya siapa punye rumah la ni dan kenapa baru sekarang rumah tu kami sedar, kenapa sebelum ni kami tak sedar kemunculannya?

Adakah sebab ada yang kena 'kacau' atau sengaja nak mendedahkan banglo ni? Tapi banglo tu ada hantu ke?

Kenapa dibiarkan je dahan-dahan yang tak habis dipotong tu? Kenapa tak bersihkan aje? Dan ada kedai makan beberapa meter je dari banglo lama tu… tak takut ke??

Menurut maklumat yang diperolehi, banglo ini tidak dapat dibersihkan kerana sewaktu usaha untuk memotong pokok dilakukan, banyak chainsaw yang rosak dan telah digantikan dengan baru namun menemui jalan buntu, tiada siapa yang mahu meneruskan usaha itu sebab itu dibiarkan sahaja dahan2 tersebut. Namun, tidak banyak sumber yang dapat kami perolehi kerana tiada siapa yang berani membuka mulut pasal rumah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience