Completed
5079
Beberapa hari kemudian, kami telah berpakat untuk memasuki kedalam banglo tersebut. pada mulanya aku berfikir kawan-kawan aku ni hanya bergurau. Pada malam itu, aku menjemput kawan-kawan aku yang lain seperti biasa.
Aku yang beranggapan pelawaan dorang yang seakan-akan bergurau tidak bersedia pun untuk pergi ke banglo itu.
Aku tengok kawan aku dah siap bawak lampu suloh yang besar.
"Oit! kau nak suluh orang berak ke nak suluh hantu ni??" kata aku sebaik saja lampu suluh besar itu dibawa masuk ke dalam kereta aku.
Sepanjang perjalanan menuju ke banglo lama itu, kami tak berhenti-henti bersembang dan bercerita pasal banglo yang kami nak pergi ini. Masing-masing begitu teruja untuk melalui suatu pengalaman yang bakal dilalui sebentar lagi.
Malam itu, lebih kurang jam 11 malam cuaca begitu tenang. Sunyi.
Burung-burung yang rancak berkicauan pada sebelah petang tidak lagi kedengaran. Pekan Tg Malim bukanlah seperti kuala Lumpur yang masih 'hidup' walau pada jam sebelas malam seperti itu. Hanya beberapa buah kenderaan saje yang masih berada di atas jalan raya.
Semakin dekat dengan tempat yang dituju, semakin sunyi keadaan dalam kereta yang dipandu.
Masing-masing terkunci mulut tidak berbicara. Aku terus bawak kereta ke tempat yang ingin dituju. Begitu cermat agaknya sampai langgar lopak air pun aku tak sedar. Di selekoh masjid, berhadapan dengan balai bomba, iaitu beberapa kilometer sebelum sampai di banglo lama tersebut.
Share this novel