Bab 4

Thriller Completed 5079

Dijemput Hantu.

Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di pada tahun 1960an semasa ibu saya masih remaja. Ini adalah cerita benar dan sama sekali bukan sebuah rekaan. Kejadian ini berlaku pada salah seorang saudara ibu saya. Namanya Nek Jah. Nek Jah adalah seorang penjual Nasi Lemak di salah sebuah sekolah di kampung itu.

Tiap-tiap hari Nek Siti akan menemani anak menantunya yang baru melahirkan. Jarak rumah Nek Jah dan rumah menantunya lebih kurang 500 meter. Jadi, tiap-tiap hari sebelum Maghrib, Nek Jah akan ke rumah menantunya untuk menjaga anak yang baru lahir.

Pada suatu hari, sebelum Nek Jah keluar untuk pergi ke rumah anak menantunya, dia berpesan pada suaminya, Tok Kiai.

"Bang jangan lupa nanti ambil saya pukul 5 pagi".

“Baiklah. Janganlah awak risau Jah. Saya jemputlah awaknanti macam biasa.”

“Saya pesan saja. Bimbang awak terlupa ke, terlajak tidur ke.”

“InshaAllah tak. Tak mungkin saya lupa nak ambil isteri saya.”

“Kalau tak lupa, saya suka.” Menyengih Mak Jah dengar.

“Hati-hati. Nanti saya datang jangan pula awak tak bangun-bangun.”

Mak Jah tersenyum dan berlalu meninggalkan Tok Kiai selepas menyalamai suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience