Bab 1

Drama Completed 434927

"Bos, mana order yang nak kena hantar kat kedai Shell tu?" soal Aiman sambil memandang wajah majikannya itu.

 "Bos, bos! Kau nampak ni?" balas Natasha sambil menghalakan penumbuknya ke arah Aiman.

 "Ampun bos! Oops! Ampun Sha." Aiman ketawa mengekek sambil melekapkan kedua-dua tapak tangannya ke paras dada.

  "Hah! Tau takut! Tu order yang nak kena hantar kat kedai Shell yang ada enam cup tu. Empat cup lagi tu, kau hantar ke kedai baju lorong 13 depan kedai buku," ujar Natasha sambil membancuh kopi untuk pelanggan yang sedang menunggu.

  "Okay, bos! Err, Sha," balas Aiman yang masih dengan sisa tawanya.

  Natasha hanya mampu menggeleng dengan tingkah Aiman yang suka bergurau itu. 

  "Tina, tolong hantarkan air ni ke meja hujung sana," arah Natasha kepada pekerja mudanya, Tina yang baru habis SPM dan sedang menunggu keputusan.

  "Okey kak," jawab Tina lalu mengangkat dulang tadi dan menghantarnya kepada pelanggan.

 Suasana di dalam kafe pada waktu ini agak riuh kerana ramai pelanggan. Kedainya menjadi tumpuan kerana keharuman kopinya yang segar dan baru dikisar. Dia juga menyediakan roti dan kek buatan sendiri untuk pelanggan yang berkunjung di situ selain menyediakan khidmat penghantaran.

  "Aiman, kau jaga kaunter. Aku nak ke dapur kejap," kata Natasha kepada Aiman yang baru sampai daripada menghantar pesanan lalu dia pun terus mengorak langkah menuju ke bahagian dapur untuk menguli tepung roti dibantu oleh Faizah iaitu pekerjanya yang bekerja di bahagian dapur sahaja.

- - - - - - - -

  Dia sampai di rumah pada waktu hampir pukul 8:00 malam. Dia sudah pun menunaikan solat di ruangan khas di kafenya tadi, jadi dia tidak perlu risau tentang waktu solat maghrib yang singkat itu.

  "Macam mana bisnes, Sha? Okay?" soal Anita setelah Natasha melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengannya.

  "Okay je, cuma sibuk sikit hari ni," jawab Natasha sambil membuka topi lalu membaringkan kepalanya di atas riba Anita.

  "Izzah belum balik lagi ke?" giliran Natasha menyoal.

  "Tak, dating kot," jawab Anita sambil mengunyah kuaci dan matanya fokus ke arah television.

 Rumah sewa dua tingkat itu dihuni oleh mereka bertiga. Natasha, Izzah dan Anita. Izzah bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat pembekal makanan sejuk beku, manakala Anita pula bekerja sebagai kerani di syarikat berbeza.

  Natasha mula tinggal bersama mereka sejak dua tahun lepas selepas mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membuka sebuah kafe dengan menggunakan wang hasil cagaran tanah bahagiannya dari harta wasiat arwah ayahnya.

  "Sha, esok kita keluar joging nak tak? Tengok ni lemak kat perut aku dah bertingkat-tingkat dah ni," kata Anita sambil memegang bahagian perutnya.

  "Hmm, okey juga tu. Aku masuk kafe lewat sikitlah. Lagipun Aiman, Faizah dan Tina tu dah boleh handle kafe kalau aku tak ada pun," jawab Natasha lalu bangkit daripada perbaringannya.

  "Cantik! Kita ajak Izzah sekali," balas Anita dengan sengihan lebar.

  "Ni apa aku dengar nama aku kena sebut ni?" soal Izzah yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

  "Hah, balik pun mak nenek. Dari mana? Dating lah tu," tukas Anita lalu ketawa.

  "Banyaklah kau punya dating! Boyfriend pun tak ada. Aku balik rumah mak akulah. Aku belikan barang sikit untuk diorang kat rumah," jawab Izzah lalu duduk di sebelah Natasha.

 Natasha tiba-tiba menundukkan kepalanya selepas mendengar kata-kata Izzah tadi.

  "Kau dah kenapa tiba-tiba moody ni Sha? period ke?" soal Izzah sambil menyiku lengan Natasha.

  "Aku jealous lah kau bila-bila boleh balik rumah family kau. Family aku jauh," balasnya lalu melepaskan satu keluhan.

  "Alah, bukannya jauh mana pun. Bukannya kau kena jalan kaki, naik kereta juga kan?" balas Izzah selamba.

 "Tapi ada cara express kalau kau nak balik kampung tau?" 

 "Apa dia?" soal Natasha sambil merenung wajah Izzah menanti jawapan.

 "Sebelum tidur kau doa je supaya kau mimpi balik kampung. Hah! lagi satu, kau balik guna niat. Satu saat je sampai, minyak pun jimat, express kan?" jawab Izzah lagi lalu ketawa mengekek.

  "Amboi! Loyar buruk kau eh! Nak kena sekeh ni, sini kau!" gertak Natasha lalu berdiri dan berjalan menuju ke arah Izzah yang sudah terlebih dahulu berdiri dan berlari menuju ke tangga.

  "Mak! Tolong!" jerit Izzah sambil berlari menaiki anak tangga menuju ke atas.

  Anita hanya menggeleng melihat tingkah kedua-dua teman serumahnya itu lalu kembali fokus menonton drama melayunya.

  "Nita, ada makanan tak? Aku laparlah," soal Natasha sambil memegang perutnya.

  "Ada magie je dalam rak kat dapur tu," jawab Anita tanpa memandang ke arahnya kerana fokus menonton television.

  "Laa, nak sihat tapi makan magie, apa barang?" perli Natasha.

  Anita hanya tergelak mendengar rungutan Natasha.

  "Aku mandi dan solat dulu lepas tu kita keluar pergi makan kat luar nak? Aku belanja," cadang Natasha.

  Laju sahaja Anita menoleh ke arah Natasha dan memandangnya dengan mata yang terbuka luas kerana teruja.

 "Nak, nak, nak!" balas Anita sambil mengangguk laju.

 "Kalau dengar pasal nak belanja, laju je kau!" kata Natasha lalu tersenyum.

 "Heii, rezeki jangan ditolak. Lagi pun aku belum gaji lah. Lainlah kau, tiap hari pegang duit," balas Anita.

  "Haa, ye lah ye lah. Aku naik dulu," kata Natasha lalu menaiki anak tangga menuju ke biliknya di tingkat atas. Anita memilih bilik di tingkat bawah kerana malas mahu naik turun tangga katanya.

  Selepas solat isyak, Natasha keluar dari biliknya lalu menuju ke depan pintu bilik Izzah. "Izzah, kau tak nak join kitorang keluar makan ke?" laung Natasha di depan pintu.

  "Tak! Aku dah makan kat rumah mak aku tadi. Korang pergilah!" balas Izzah dari dalam bilik.

  "Okey," kata Natasha sepatah lalu menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Anita sudah selesai bersiap dan sedang menunggunya di sofa ruang tamu.

 "Kau ni nak keluar makan ke nak dating?" soal Natasha sambil memandang Anita dari atas sampai ke bawah yang memakai dress muslimah dan tudung shawl corak bermanik.

  "Sambil menyelam sambil minum air. Manalah tahu kan bertemu jodoh kat restoran," jawab Anita sambil ketawa lalu memaut lengan Natasha dan mereka jalan beriringan menuju ke pintu utama.

  Mereka masuk ke dalam kereta proton Perdana hitam milik Natasha dan memulakan perjalanan.

 "Kita nak makan di mana ni?" soal Natasha sambil matanya melilau-lilau ke luar mencari restoran yang sesuai.

  "Kita makan sushi nak?" soal Anita.

 "Sushi? kenyang ke? Aku ni dahlah tengah kebulur sekarang ni," omel Natasha.

 "Kalau macam tu kita makan kat restoran tu lah," cadang Anita sambil menudingkan jari ke arah sebuah kedai makan tempatan yang ada menjual ikan bakar yang sedang dibakar di luar kedai makan itu.

  "Okey juga tu," balas Natasha lalu menyedut bau ikan bakar yang menerpa lubang hidungnya melalui tingkap yang dibukanya tadi.

  Dia memarkirkan keretanya tepat-tepat di depan kedai makan itu. Setelah Natasha menutup pintu keretanya, tiba-tiba ada seseorang melanggar tubuhnya dari arah belakang.

  "Hoi! Tak tengok orang nak lalu ke?! Lain kali guna mata tu!" marah satu suara.

 Natasha menoleh ke arah pemilik suara tadi dengan pandangan tidak berpuas hati.

 "Hoi, hoi. Apa hoi hoi?! Kau tu yang tak tengok-tengok! Aku yang kau langgar, kau pula yang marah? Kau dah nampak aku kat sini kan? Yang kau jalan juga tu kenapa?! Lain kali mata tu tengok depan!" marahnya sambil membetulkan topinya.

  "Apa yang kecoh-kecoh ni?" soal Anita yang tergesa-gesa menuju ke arah mereka.

  "Ni manusia sekor ni! Dia yang tak guna mata dia betul-betul, marahkan orang pula!" kata Natasha geram. Wajah lelaki itu direnung tajam.

  Lelaki itu memandang Natasha dari atas sampai ke bawah lalu tersenyum sinis. "Kau tu perempuan, so act like one. Sakit mata aku tengok spesies perempuan macam kau!" perli lelaki itu.

  "Kalau kau tak kenal aku, kau jangan pandai-pandai nak judge aku! Setakat muka macam kau, aku letak kat tapak kasut aku je kau tahu tak?" Natasha meninggikan suaranya sambil menuding ke arah tapak kasutnya.

  "Sudahlah! Jom masuk," ajak Anita lalu menarik lengan Natasha dan membawanya masuk ke dalam kedai makan di depan mereka.

   "Kau dah okey ke? Nah minum dulu," kata Anita lalu menolak gelas minuman yang baru dihantar oleh pelayan tadi ke dapan Natasha sambil tersengih-sengih.

 "Hah! Apa sengih-sengih? Kau pun nak kena marah juga?"

  "Rilek lah Sha, kau ni garang macam abang-abang pula," kata Anita lalu menghirup air minumannya menggunakan straw.

  "Eh! Mamat poyo tu tadi, dahlah dia yang langgar aku, tak minta maaf satu hal, boleh pula dia kutuk aku. Nasib kau tarik aku, kalau tak aku dah bagi dia makan tapak kasut aku ni tahu tak?"

  "Tapi handsome juga kan mamat tadi tu?" kata Anita sambil melakar senyuman nakal.

 "Macam tu kau cakap handsome? Wekk! Jadi orang-orang kat sawah mak aku halau burung lagi sesuai," balas Natasha lalu mencebikkan bibir.

 "Mulut tu kan!" kata Anita lalu ketawa sambil menggeleng-geleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience