BAB 1

Romance Completed 452204

AYUMI memeriksa jambangan bunga di laluan bilik yang menempatkan presidential suite. Memastikan tiada sebiji habuk yang hinggap pada bunga, pasu dan meja, sebelum merekodkannya ke dalam borang atas talian.

Telefon yang tiba-tiba berbunyi, membantutkannya yang masih menaip laporan pemeriksaan pada tablet. Cepat-cepat dia menggagau telefonnya di dalam saku blazer.

“Helo Encik Zairil.”

“…”

“Now?”

“…”

“Okey. I datang sekarang.”

Menyimpan semula telefonnya ke dalam saku blazer, dia segera menuju ke bilik Pengurus Residen

Sebaik sahaja melangkah masuk, dia melihat Front Office Manager, Housekeeping Manager, Room Service Manager dan Ketua Butler sudah ada di sana. Melihat tiga orang itu, dia yakin ada tetamu VIP yang akan bertandang ke hotel mereka.

“Duduk, Yumi,” ujar Zairil sambil menunjukkan sebuah kerusi kosong di depan mejanya.

“Thank you.”

“Macam ni...kita akan ada VIP guest hujung bulan depan. Husband and wife, sambut anniversary yang ke-16. The husband asked for fresh flowers other than roses sebab wife dia alergi dengan ros. So, Yumi ada cadangan?”

Semua mata tertumpu kepada Ayumi sebaik sahaja Zairil menujukan pertanyaan itu kepadanya.

“Kita boleh ganti dengan tulips, lilies or peonies. Tapi I kena contact suppliers dulu to check which flowers are available.”

“He asks for fresh flowers as well for table and bathroom decorations.".”

“No problem. Nanti I siapkan,” balas Ayumi.

“Good.”

Perhatian Zairil beralih kepada Front Desk Manager pula. “Make sure the staff on duty at the front desk are alert to the arrival of the guest.”

“Estimated time he will arrive?” tanya Hakim.

“Around 4 pm. Nanti I akan beri nama dan gambar guest.”

“Housekeeping department, make sure the presidential suite is in the best condition. ”

“Okey.” Salmi mengangguk

“Next is…the butler.As we know, those who stay in presidential suites will be provided with butler. So, Gerard…” Zairil memandang Gerard yang mengendalikan perkhidmatan butler untuk tetamu yang menginap di Presidential Suites dan Signature Suites. “…provide your best butler for the guest.”

“No problem.”

Mereka bersurai 30 minit kemudian selepas Zairil selesai memberi taklimat.

“Yumi boleh tunggu sekejap?” ujar Zairil ketika semua sudah bangun dan menuju ke pintu.

Yumi menghentikan langkah lalu menoleh. “Ada apa Encik Zairil?”

Tidak menjawab, sebaliknya Zairil mendekati Ayumi setelah yang lain keluar dari biliknya.

“Weekend ni free?”

“Tak.” Laju Ayumi menjawab tanpa berfikir.

“How about next weekend?”

“Macam sibuk jugak.”

Zairil nampak kecewa, namun dia tutupi dengan selarik senyuman di wajahnya. “Okey, tak apa. Maybe next time.”

“Saya keluar dulu.”

Zairil mengangguk. Keluhan dia lepaskan selepas tubuh Ayumi hilang dari biliknya. Susahnya nak melentur hati seorang Ayumi.

SETELAH waktu kerjanya tamat, Ayumi bergegas pulang. Lesen memandu dibatalkan selepas digantung tiga kali dalam tempoh lima tahun menyebabkan dia tidak memandu dan hanya menggunakan perkhidmatan LRT. Puas ayahnya menyuruh dia menghadiri kelas dan mengambil lesen semula, namun dia malas. Sesekali ada juga dia memandu dan dia bernasib baik kerana tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini.

“Yumi, nak balik dah?” Zairil menyapa ketika dia baru selesai mengetik kad perakam waktu.

Ayumi mengangguk.

“Nak I hantar?”

Ayumi menggeleng. “Tak apa. Saya naik LRT.”

“Tapi kan waktu ni selalu sesak.”

“I suka bersesak.”

Zairil terdiam sejenak. Mungkin memikirkan hujah untuk menjawab. Namun sesaat kemudian dia mengerti yang jawapan Ayumi itu sebenarnya penolakan secara halus. Mana ada manusia waras dalam dunia ini yang suka bersesak kecuali umat Kelantan yang merantau pulang beraya?

"Kalau macam tu, I balik dulu. Jumpa esok," ujar Zairil. Akur dan tidak mahu terlalu mendesak Ayumi, bimbang gadis itu rimas dan menjauhkan diri.

Ayumi mengangguk dengan senyum segaris.

“Kenapa kau sombong sangat? Sekali-sekala apa salahnya terima je pelawaan dia. Ambik hati, kata orang. Lagipun dia tu handsome apa. Ada jawatan, baik, budiman, berduit, walaupun masih muda. Ada wawasan, ada matlamat, visi dan misi dia jelas.” Bukan main lagi Safwa, yang entah bila muncul memuji-muji Zairil.

“Melambung puji. Apa kata kau cuba nasib?” balas Ayumi.

“Masalahnya dia tak minat aku. Dia minat kau. Kalau dia minat aku, memang tak tunggu lama. Terus aku sauk jadikan bakal suami. Boleh baiki keturunan.”

Ayumi tergelak. Toleh ke samping, ditilik sahabatnya itu dari atas ke bawah. “Banyak nak kena baiki ni. Cukup ke Zairil sorang?”

“Langsatlah kau. Aku cuma nak baiki hidung je. Pesek disebabkan mak aku rosakkan keturunan.”

Ayumi terbahak. “Bongoklah kau.”

“Yalah. Mak aku punya mancung hidung kalah Arab. Sepupu-sepupu aku, makcik pakcik aku, tok nenek aku, semua hidung mancung. Adik beradik aku je hidung pesek. Salah siapa kalau bukan bapak aku? Aku hairan tau. Apalah yang bagus sangat dengan bapak aku tu. Dahlah tak handsome, hidung pesek, hitam, rambut kerinting, panas baran, kaki pukul, tapi mak aku sayang gila dowh. Nasib baik dah mati si Mail tu. Aku kadang-kadang fikir mak aku ni takde pancaindera la.” Selamba Safwa bercerita mengutuk arwah ayahnya.

“Adalah tu ciri yang dia nampak, yang orang lain tak nampak,” balas Ayumi.

“Ciri apa? Cirit adalah. Menyampah. Aku kalau tengok cermin, aku memang cuba elak tau tengok tang hidung. Pesek, kembang, melopong, sebijik hidung Mail.”

Ayumi berdekah. “Mail tu dah mati, Wa. Kesian dia seksa dalam kubur, kau duk mengutuk dia tak sudah-sudah.”

“Ah, biar dia seksa. Masa hidup, kerja nak menyeksa orang je.”

“Kan bagus kalau orang yang dah mati tu boleh bangun balik cerita seksaan yang dia orang dapat dalam kubur. Kurang sikit manusia yang nak buat jahat dalam dunia ni,” ujar Ayumi.

“Kan…Kalau boleh, aku nak jemput arwah Mail tu datang bagi ceramah kat Forum Perdana Ehwal Islam.”

“Hahahahaha!” Bergema tawa mereka di ruang lobi sehingga menarik perhatian beberapa staf dan tetamu.

“Bengonglah kau.”

“Kau yang mula dulu.”

“Wa, kalau kau nak baiki keturunan kan, ada sorang guest ni aku rasa sesuai sangat dengan objektif kau tu.”

“Siapa?” Safwa nampak berminat.

“Guest Signature Suites tu. Murat Alwaleed.”

Safwa melekapkan tapak tangannya ke dada dengan mata bersinar. “Guest dari Doha tu?”

Ayumi mengangguk.

“Gila! Dah baiki keturunan, aku pulak yang total lost sebelum menopause.”

Lagi-lagi meledak tawa mereka berdua. Mujurlah mereka sudah berada di luar lobi dan tawa nyaring itu tidak menarik perhatian sesiapa.

Tawa Ayumi memudar apabila sebuah Bentley Flying Spur edisi terhad berwarna hitam berhenti di sebelah mereka.

“Okey Yumi, aku gerak dulu,” ujar Safwa. Tahu siapa pemilik kereta mewah itu.

Ayumi mengangguk sebelum memandang susuk lelaki di tempat duduk belakang melalui cermin yang diturunkan.

“Teman papa dinner,” ujar Nazarul.

BUNYI dentingan sudu dan pinggan mendominasi ruang makan persendirian di restoran mewah itu. Tiada sesiapa bersuara, baik Ayumi mahupun Nazarul. Sesekali Nazarul memandang anaknya itu yang santai menyuap makanan tanpa sebarang ekspresi pada wajahnya. Wajah datar dan kosong yang selalu Ayumi paparkan setiap kali bersemuka dengannya, sedangkan tadi dia sempat melihat Ayumi bergelak ketawa dengan temannya.

“Ada nak tambah apa-apa lagi?” Dia akhirnya membuka suara.

“Tak ada.” Ayumi menjawab singkat tanpa memandang papanya.

“Tadi kenapa jalan kaki?” Nazarul masih berusaha untuk memancing perbualan.

“Malas drive.”

“Dah ambik lesen semula?”

“Tak.”

“Kenapa? Tak cukup duit?”

“Malas.”

Nazarul membuang keluh. Tidak mahu merosakkan mood dan mematahkan selera Ayumi, dia tidak berkata apa-apa lagi. Ya, setidaknya sehingga anaknya itu selesai makan.

“Kenapa dah lama tak balik?” Nazarul bertanya selepas pelayan datang membawa hidangan pencuci mulut.

“Sibuk.” Masih tanpa memandang papanya, Ayumi menjawab lalu menyuap ais krim ke mulutnya.

Nazarul mengeluh. Ais krim di dalam mangkuk dikuis tanpa minat. Sejak ulang dari Jepun dan memulakan kerjaya sebagai Floral Designer di Imperial Hotel, Ayumi memilih untuk menyewa bersama rakannya. Dia keberatan, namun kerana tidak mahu hubungannya dengan Ayumi bertambah keruh, dia terpaksa akur.

“Weekend ni balik ya?”

“Tengoklah.”

“Baliklah…papa tunggu. Nanti papa mintak maid masak favourite food Yumi.”

Ayumi mahu menolak, namun melihat wajah papanya yang nampak mengharap, juga suaranya yang lembut memujuk, dia akhirnya mengangguk.

TENGKU AIDAN membelok masuk ke sebuah rumah teres setingkat yang terletak di pinggir ibu kota. Sudah belasan tahun dia menjadi satu-satunya pengunjung tetap penghuni rumah itu.

Pintu pagar automatik terbuka sebaik sahaja dia menekan hon. Kedatangannya disambut dengan tatapan kosong oleh seorang wanita yang lebih satu dekad hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda.

“Tolong basuhkan buah ni dan bawak ke sini,” ujarnya kepada pembantu yang dia upah untuk menjaga Rozana. Ya, Rozana. Bekas isteri kepada kliennya yang lumpuh separuh badan dan mengalami kemurungan selepas ditimpa kemalangan 15 tahun lalu. Rozana tidak bercakap, malah tidak bereaksi dengan apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya. Cuma seringkali dia melihat Rozana menangis. Namun hanya tangisan senyap yang kadang kala tiada sesiapa menyedarinya.

“Esok pakar fisio datang.” Dia berbicara walaupun setiap patah perkataannya tidak pernah mendapat balasan.

“Kalau puan nak jumpa Yumi, puan kena cepat sihat. Saya tak boleh janji bila kita akan jumpa dia, tapi saya takkan berhenti usaha. Puan pun kena berdoa supaya kita boleh jumpa dia.” Ayat yang sama saban kali, namun dia tidak pernah jemu mengungkapkannya. Dengan harapan, satu saat kata-kata itu mampu memberi sedikit dorongan dan semangat kepada Rozana untuk sembuh.

“Puan mesti tak nak dia tengok puan dalam keadaan macam ni kan? Puan mesti tak nak dia sedih dengan keadaan puan kan? Puan mesti tak nak tengok dia menangis kan?” Bukan pertanyaan, hanya berharap kata-kata itu bisa membuat Rozana berfikir dan bertekad untuk sembuh. Selagi Rozana tetap begitu, rasa bersalahnya terasa terus menghimpit.

“Takkan puan tak nak masak makanan kegemaran dia bila puan jumpa dia nanti? Takkan puan tak nak cium dia? Takkan puan tak nak sentuh dia?”

Tiada jawapan seperti selalunya. Namun setiap kali dia menyebut nama Ayumi, air mata akan bergenang di pelupuk mata Rozana.

“Jadi puan kena sihat. Puan kena kuat semangat demi Ayumi. Tahun ni umur dia dah 27 tahun. Macam mana rupa dia agaknya.”

Masih tiada respons, namun Tengku Aidan dapat melihat binar teruja dalam tatapan Rozana. Hal yang tidak gagal membuat dia tersenyum. Besar harapannya supaya wanita ini pulih dan dapat menjalani kehidupannya seperti dulu.

PULANG daripada menemui Rozana, Tengku Aidan segera menuju ke rumah. Bilik anak tunggalnya, Tengku Amalin dia tuju. Pintu anak daranya itu diketuk terlebih dahulu. Setelah mendengar Amalin menyuruhnya masuk, barulah dia memulas tombol pintu.

Amalin yang sedang duduk di meja belajar, menoleh lalu tersenyum. “Hai, daddy.”

“Hai. What are you doing?” tanya Tengku Aidan lalu melabuhkan duduk di birai katil anaknya.

“Study. IGCSE is around the corner,” jawab Amalin. Kembali fokus kepada buku di depannya, sambil wajah daddynya dilirik sekilas.

“You can do it,” ujar Tengku Aidan. Terbit rasa bangga dalam hati kerana Amalin tergolong dalam fast-learning student dan boleh mengambil peperiksaan setaraf SPM itu pada usia 15 tahun. Jika berjaya, anaknya itu akan menamatkan sekolah menengah pada usia 16 tahun.

“Mestilah.” Tengku Amalin membalas dengan nada bangga.

Tengku Aidan tersenyum. “Mommy dah balik?”

Tengku Amalin angkat bahu. Pulang dari sekolah, dia terus berkurung di dalam bilik. Tidak tahu ibunya sudah pulang atau belum.

“Where will you celebrate your wedding anniversary this year?” Tengku Amalin tiba-tiba teringat ulang tahun perkahwinan daddy dan mommynya tidak lama lagi. Selalunya mommy dan daddy akan menyambutnya di luar negara, di destinasi yang berbeza setiap tahun.

“Tahun ni dalam Malaysia je, because we don’t want to have fun abroad while you’re struggling for your exam.”

“No…I’m okay. You just go have fun.”

“Tak apa. Tahun ni je I sacrifice my wedding anniversary for my baby girl.”

Tengku Amalin tersenyum. “Thank you.”

“Anything for you. Okey, daddy keluar dulu. Tak nak ganggu awak.” Menghadiahkan satu kucupan pada puncak kepala Amalin, Tengku Aidan melangkah keluar. Tidak mahu mengganggu masa belajar anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience