Aku mula mempercayai kewujudan dan merasakan kehadiran 'mereka' apabila aku mula bekerja di tanah kelahiranku Bumi Kenyalang ni. Aku dapat pekerjaan di sebuah resort yang membuatkan aku mula tertarik di bidang perhotelan. Dari sana aku belajar selok belok perniagaan di industri ni. Aku korek dan simpan ilmu yang aku dapat dari senior-senior di tempat kerjaku itu. Sama ada ilmu yang berkaitan dengan pekerjaan maupun ilmu untuk menghadapi kehidupan, semuanya aku dengar betul-betul dan simpan ketat-ketat dalam bekas kedap udara. Hahaha...sampai begitu sekali.
Di resort ni lah juga aku mula dibukakan mata dan telinga untuk 'dunia' yang lain ni. Mulanya aku berpendapat bahawa aku terpengaruh dengan cerita-cerita orang lama yang bekerja disitu. Tapi aku tak pernah endahkan pun sebenarnya.
Dijadikan cerita, disebabkan aku bekerja di level eksekutif, aku mula dilatih untuk mengambil peranan pengurus suatu hari nanti setelah setahun aku bekerja di sana. Antara tugasan yang harus aku lakukan adalah menjadi 'Manager on Duty' iaitu memainkan peran sebagai pengurus selepas waktu bekerja sehingga 'outlet' yang beroperasi berakhir. Dalam senarai tugasku itu, aku harus memeriksa premis hotel termasuk 3 bilik hotel yang telah ditetapkan secara rawak oleh 'Front Office Manager'. Buat pengetahuan semua, bilik-bilik hotel di resort ni terbahagi kepada dua 'wing': timur dan barat, yang bergantung kepada pemandangan yang dapat dilihat dari lokasi bilik berkenaan. Memang agak letih berjalan sekiranya bilik-bilik yang dibagi untuk diperiksa tu berjauhan dan di wing yang berbeza apalagi sekiranya hendak berjalan ke setiap penjuru resort tersebut. Kebetulan nasib tidak menyebelahi aku sewaktu aku bertugas. Di kejadian itu berlaku adalah giliran kali ketiga aku menjalankan tanggungjawab dan tugasku sebagai Manager on Duty. Pada waktu itu aku diberikan dua buah bilik untuk diperiksa di wing barat dan sebuah bilik di wing timur. Bilik yang aku tempati pula di tingkat ke empat iaitu yang paling atas di wing timur.
Kejadian aneh pertama berlaku sewaktu aku memeriksa bilik di tingkat yang sama dengan lobi di wing barat. Sengaja aku mulakan di wing bertentangan dengan bilik yang aku tempati.
Rencanaku setelah selesai di wing barat tu, aku boleh langsung memeriksa kawasan-kawasan berdekatan iaitu kolam renang, bilik rekreasi, dan bar sebelum aku memeriksa dan makan malam di restoran. Selepas makan malam baru aku berenca singgap sekejap ke lobi untuk memeriksa sekiranya terdapat isu-isu ataupun aduan dari pelanggan. Sekiranya ada, aku harus cuba untuk memyelesaikannya malam itu juga atau harus aku bawa ke perbincangan pagi esoknya supaya tindakan lanjut boleh diambil. Ini penting bagi menjaha reputasi resort, dan untuk mengambil hati para pelanggan. Sekiranya tidak ada apa-apa yang perlu aku susuli, barulah aku memeriksa ke wing timur yang terdapat kawasan pejabat pentadbiran, lapangan tenis, kolam renang, dan beberapa buah chalet, termasuklah bilik yang sudah ditentukan untuk diperiksa sebelum aku pulang ke bilik dan mengakhirkan tugasku. Oleh kerana aku sudah pernah melakukan tugas Manager on Duty sebelum ini, aku sudah dapat mengagak bahawa aku akan selesai dengan tugas-tugasku dan tiba di bilik dalam sebelum tengah malam.
Nak dijadikan cerita, kejadian aneh menimpaku dari mula aku memeriksa bilik di tingkat lobi di wing barat ni lagi. Aku meronda memulakan tugasku dengan melapor diri di lobi bermula selepas selesai solat Maghrib lagi. Waktu aku tiba di bilik itu iaitu bilik 209, bilik kedua terakhir di hujung lantai wing barat berkenaan, langit baru saja berubah dari warna jingga ke biru gelap malam. Tiga kali aku cuba membuka bilik dengan kad kunci yang sudah disiapkan untukku oleh pekerja Asisten Front Office si Faizal tu, masih tak dapat. Kerana aku tak mahu berjalan ke lobi untuk memeriksa status kad kunci dan diganti dengan yang baru, aku baca basmallah sebelum aku mencuba sekali lagi. Alhamdulillah pintu bilik dapat dibuka. Anehnya TV sudah bernyala yang bagiku adalah mustahil kerana aliran elektrik diputuskan sekira kad kunci ada di slot yang disediakan di dinding. Dengan hairan dan kerana aku ingin cepat-cepat selesai dengan pemeriksaan di bilik itu, aku tidak mengesyaki apa-apa dan memasukkan kad kunci ke slotnya. TV tetap masih menyala aku mulakan dengan perkara pertama yang aku nak selesaikan iaitu TV. Kerana TV sudah menyala dari mula pintu bilik dibuka, aku mengesyaki TV dibiarkan menyala sewaktu petugas 'housekeeping' membersihkan bilik berkenaan. Sekiranya tidak, aku syaki ada masalah dengan palam TV atau mungkin juga suis di dinding. Mana tahu sekiranya memang ada kerosakan sebelum ini dan petugas penyelenggaraan pula yang membuat pintasan aliran elektrik di suis atau palam TV. Bila aku periksa keadaan suhu TV, aku dapati TV itu tidak panas. Ertinya TV tidak dibiarkan menyala dalam tempoh yang lama. Kemudian aku cuba alat kawalan jauh TV dengan menutup, membuka dan menukar siaran TV, dan aku dapati berfungsi dengan baik. Setelah itu sengaja aku matikan suis utama di dinding dan mencabut keluar palam TV. Alhamdulillah berfungsi dengan baik. Aku biarkan saja dan berpindah untuk memeriksa kebersihan bilik mandi pula. Aku amati kebersihan dan kecelaan yang aku temukan aku catat di notaku supaya boleh aku masukkan ke dalam laporanku nanti. Sewaktu aku di bilik mandi ni tiba-tiba saja TV menyala semula. Mulanya aku ingatkan tetamu di bilik sebelah. Tapi tak kedengaran pula pintu bilik sebelah dibuka tutup dan bunyi orang keluar masuk bilik. Siaran TV muka bertukar-tukar. Seingatku tadi sudah aku cabut keluar palam TV dari suis dinding. Ya Allah, serta-merta bergemuruh darahku dan menggeletar tanganku. Kukuatkan hati keluar dari bilik mandi dan memeriksa bilik. Aku ingat ada petugas lain yang masuk ke bilik sewaktu aku memeriksa bilik mandi tapi takkanlah mereka tak bagitahu sekiranya mereka disitu. Atau apakah aku salah diberikan bilik untuk diperiksa dan bilik itu diberikan pada tamu yang baru 'check-in'? Tak mungkin ujarku kerana malam tu malam minggu bekerja dan masih banyak bilik lain yang boleh diberikan sekiranya ada tamu 'walk-in'. Atau ada yang iri hati dan dengki kerana aku diberikan peranan Manager on Duty padahal masih banyak senior lain yang layak yang sudah lama disitu dan ambil kesempatan ni untuk kenakan aku? Ya Allahu Akbar.. Ternyata didepan mataku siaran TV ditukar-tukar dan berkahir di siaran ulangan permainan sepak bola. Hahahahaha.aku malah tertawa sendiri dan hampir keluar air mataku dengan kejadian.
"Assalamualaikum makhluk Allah. Maafkan aku terlupa memberikan salam ketika aku masuk tadi. Aku disini cuma menjalankan tugasku. Tidak berniat mengganggu. Sebagaimana aku tidak berniat mengganggumu, janganlah kau ganggu aku. Janganlah kau ganggu tetamu-tetamu kami juga." bisikku perlahan. Siaran TV tidak ditukar-tukar lagi.
Senyum-senyum sendirian aku setelah itu dan dalam masa yang sama kerana suasana memang sunyi, aku mula bercakap seorang diri. "Ler...nak suruh aku tengok bola ke? Aku tak minat tengok bola. Lagipun yang kau 'on' tu siaran ulangan dari pertandingan hari minggu lepas. Apa pun, kau buatlah apa kau nak asalkan kau tak kacau aku."
Aku beralih memeriksa kawasan katil dan beranda bilik. Setelah puas, aku mula hendak mengakhirkan pemeriksaan di bilik itu, aku tiba-tiba teringat untuk memeriksa pelayan yang ditugaskan mengambil pesanan makan minum dari bilik. Itu termasuk dalam senarai periksa yang aku harus lakukan. Ku angkat telefon yang terletak dialmari sisi yang terletak diantara dua katil bujang dan aku dail nombor pesanan bilik. Setelah deringan ketiga, ada yang menjawab panggilan tapi bunyi dalam telefon berdesir. Aku leyakkan yelefon itu kembali dan cuba menelefon untuk kali kedua. Panggilanku sekali lagi dijawab dalam dua deringan dan masih kedengaran desiran di telefon. Aku cuba untuk bercakap dengan menanyakan soalan-soalan standar. Bunyi yang bercakap membalas pertanyaanku berdesir dan tak dapat aku teka apa yang diperkatakan. Aku letakkan saja telefon dan mula mencatat sekiranya telefon itu berkemungkinan rosak. Belum sempat aku buat catatanku itu, telefon berdering dan aku jawab. Rupanya pelayan pesanan bilik itu menelefon ke bilik ini semula kerana katanya tadi dia sudah mengangkat telefon tapi tidak ada suara atau bunyi apa-apa. Kerana standar pelayanan adalah diharuskan mereka untuk menelefon semuka untuk memastikan sekiranya pelanggan mahukan apa-apa layanan, mereka telefonlah semula.
"Isk..masih nak kacau aku ke? Sudah-sudah lah tu.. Assalamualaikum. Aku keluar dulu." bisikku perlahan lagi sambil menuju keluar dari bilik 209.
Share this novel