BAB 1

Detective Completed 16432

Di dalam bilik gim...

"Aku nak buat latihan dumb bell. Rasa macam dah lama tak buat." Kata Farah.

"Kau ni urat tangan tu dah keluar dah tu, nak practise dumb bell juga? Cari latihan lainlah. Train kaki kau tu supaya kuat sikit berlari bila kejar orang nanti." Balasku.

"Biarlah. Bagi kuat sikit otot tangan ni. Kalau aku hayun penumbuk baru boleh dilabel sebagai dragon fist."

"Hahah. Iyelah sangat. Suka hati kau. Aku nak layan punching bag ni."

“Hiak...Hiakkk... Hiakkkk!" Aku tendang punch bag sekuat hati. Memang rutin aku berlatih sukan tomoi di situ sejak tiga tahun lepas.Dari tak tahu apa-apa fasal sukan lasak ni, sekarang akau bolehlah dilabel profesional. Semuanya kerana nak cari makan.

“Oit lepas geram ke tu?” Farah kawan baik aku yang tengah buat latihan dumb bell menegur aku.

Aku tersengih dengar teguran Farah. Lepas geram pun ya jugak. Latihan pun ya juga. JAdi dua-dualah! Pada masa yang sama telefon bimbit aku berbunyi tanda ada panggilan. Cepat-cepat aku angkat telefon. Terus aku tunjuk isyarat senyap pada Farah.

“Hello. Ye Tuan. Saya bercakap.”

“Datang pejabat saya sekarang. Ada tugas untuk awak.”

“Baik Tuan. Bagi saya 15 minit untuk ke sana.” Aku terus simpan telefon dalam poket seluar dan kemas barang apa yang patut.

“Ada apa bos call kau tu?” Farah berjalan menghampiri aku.

“Tuan Nizam telefon... ada tugasan untuk aku katanya tadi.” Aku terus kemas-kemas barang yang tinggal.Farah hanya mengangguk.

"Aku jalan dululah Farah. Apa-apa hal jumpa kau nan ti kat kedai mamak bawah rumah ya. Kalau aku terlambat atau tak dapat datang, aku akan text kau." Pesanku kepada Farah.Lepas ucap selamat tinggal aku terus tinggalkan Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience