BAB 3

Detective Completed 16432

ACP Dato Ghazali sambung lagi. “Saya dah serahkan tugasan ni pada empat orang anak buah saya malangnya setiap satu tak boleh pakai. Lingkup semuanya. Mana taknya Redza yang mengajar diorang macam-macam sampai terpengaruh budak-budak tu, akhir sekali kerja tak jadi enjoy yang lebih.” ACP Dato' Ghazali dah tarik muka ketat. Geram dengan anak buah sendiri.

“Tapi saya ni perempuan Dato'. Selalunya tugasan macam ni kan diberikan pada eksekutif lelaki?” Aku cakap lagi. Mana nak tahu dengan ayat ‘perempuan’ ni buat pintu hati mereka tak mahu aku ke...

“Sebab awak perempuan lah akan menjadikan kerja kami lebih mudah. Kalau dengan perempuan anak kami malu-malu, rasa segan dan dia tak mungkin dapat mempengaruhi awak.” Puan Sri Roziana pula menyampuk.

Aiseh! Sakit pulak kepala aku ni tiba-tiba.

“Kami akan sediakan segala kemudahan untuk awak... rumah, kereta, elaun dan duit gaji awak kami akan bayar tiga kali ganda dari biasa. Saya akan beri duit insentif, bonus dan pakej percutian untuk awak.”

Wow! Ini tawaran hebat. Pusat beli-belah pun tak mampu nak bagi tawaran begini punya hebat. Mata duitan betul aku nie. Cepat saja aku setuju.

“Ni surat perjanjian. Awak baca dan tandatangan.” Tuan Nizam serahkan untuk aku.

Peraturan-peraturan.

1. Tidak boleh bercinta, mencintai atau dicintai Redza.
2. Tidak boleh tergoda, mengoda atau digoda oleh Redza.
3. Tidak boleh terpengaruh, mempengaruhi atau dipengaruhi oleh Redza.
4. Sentiasa berada disisi Redza.
5. Tidak boleh mendedahkan identiti anda sebagai penyiasat atau pengawal peribadi.
6. Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan segala keselamatan Redza terjamin.
7. Tidak boleh mengambil cuti.
8. Kontrak ini sah sehingga 31 Disember 2015.

Aku terus tandatangan kontrak perjanjian tersebut. Akhir bulan Disember maknanya aku hanya ada lebih kurang sebulan setengah sajalah lagi. Nasib baik tak lama. Tapi anak dia kacak sangat ke sampai tak boleh jatuh cinta? Peraturan semuanya back up anak lelaki dia. Hurm...

“Ini kunci rumah, kunci kereta, kunci pendua rumah Redza dan ini duit sara hidup Anis.” Aku sambut huluran beg kertas yang Puan Sri Roziana hulurkan kepada aku.

“Esok awak akan mula menjadi Senior Admin Executive dan awak akan dinamakan sebagai Maya.”

Maya? Nasib baik nama tu sedap. Kalau tak mahunya aku suruh Tan Sri dan Puan Sri tukar nama lain.

Tiba-tiba ACP Dato' Ghazali mencelah. “Dalam bilik awak, kami sudah sediakan CCTV di setiap inci rumah Redza dan awak akan dapat lihat melalui TV di bilik awak.”

"Baiklah Dato'. Saya faham."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience