BAB 10

Detective Completed 16432

“Alamak tayar pancit pulak.”

Aduh masalah betul. Ni mesti kerja diorang nie. Cepat-cepat aku capai telefon bimbit untuk maklumkan dekat ACP Dato' Ghazali mengenai situasi kami. Belum cepat aku nak dail number terasa hentakkan yang kuat di kepala aku.

Dalam samar-samar aku terasa ada empat individu yang aku tak kenali, Redza aku tak nampak pun. Dan gelap...

Sedar-sedar sahaja sakit kepala aku, berdenyut-denyut jadinya. Bila tangan nak picit kepala baru aku tersedar tangan dan kaki aku terikat. Rambut palsu dah terbang ke mana hala pun aku tak tahu.

“Redza...” aku panggil Redza. Keadaan aku sekarang ni tak penting, yang sangat penting adalah Redza. Kalau apa-apa jadi dekat dia aku takkan maafkan diri aku.

“Redza!” aku hentukkan kepala aku dekat belakang kepala dia.

“Wei sakitlah!” Haaa baru dengar suara dia. Ingatkan dah ke mana hala tadi perginya.

“Well.. well.well.. Anis Soraya.. berjumpa lagi kita nampaknya.” Aku panggung kepala ke atas.

Mat Gelap!

Siapa tak kenal mat Gelap? Sebelum nie aku dah berjaya gagalkan dua rancangan jahat dia. Mengugut anak-anak orang kaya dengan meminta aset. Akhirnya bertemu juga aku dengan dia.

“Siapa Anis Soraya dia Mayalah, pekerja aku. Kamu semua ni siapa haa..!” Suara Redza memecah hening seketika.

Aku telan air liur. Kalaulah Redza dapat tahu hal sebenar apa la yang dia akan fikir fasal aku?

“Kepala hotak kau! Perempuan yang cantik ni kau boleh cakap pekerja kau. Ini perempuan wa punya musuh ma. Dia ni penyiasat. Semua rancangan wa gagal sebab dia. Sekarang, ini perempuan kena mati... hahahhaha..” berdekah-dekah mat Gelap ni ketawa. Rasa nak terajang muka dia. Geram betul aku.

“Kalau kau nak dia pun apa kena mengena dengan aku haaa? Lepaskanlah aku..!” meronta-ronta Redza minta dilepaskan.

“Haish. Stress!” dia luku kepala Redza. “Sebab kaulah mangsa utama kami, apalah sengal sangat anak orang kaya ni. Sebabkan aku nak semua harta-harta kau jadi perempuan bajet jantan ni akan tawarkan diri dia untuk lindungi kau. Konon macam superherolah.. padahal ambil kesempatan. “

Anak-anak buah Mat Gelap menanggalkan tali ikatan di tangan dan kaki Redza. Cuma aku yang masih terikat. Redza di heret di hadapan aku. Mata kami bertentang seketika. Hilang cermin mata, hilang juga rambut palsu. Yang tinggal hanya uraian rambut panjang aku sahaja.

Dalam masa yang sama aku capai pisau lipat dari poket seluar belakang dan aku potong perlahan-lahan tali di tangan aku.Tiba-tiba Mat Gelap keluarkan satu kertas dari poket belakangnya.

“Peraturan-peraturan antara perempuan dia dengan keluarga kau.” Mat Gelap tersengih.

“Tidak boleh bercinta, mencintai atau dicintai Redza. Padahal kau dah cintakan Redza ni kan? Fall in love.” buk! Satu tendangan hinggap di muka Redza. Meraung dia kesakitan.

“Sentiasa berada di sisi Redza.” Satu tendangan di perut Redza pulak. Aku masih gagahkan diri untuk potong tali nie. Lagi lambat aku buat kerja silap-silap hari bulan mati Redza dikerjakannya.

“Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan segala keselamatan Redza terjamin. Memang tak terjaminlah kalau dah jumpa Mat Gelap.” Dia baling kertas itu, dan terus memukul Redza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience