BAB 9

Detective Completed 16432

Muka dia macam kecewa aje. “Okey last yang nie mesti awak tak boleh jawab punya.. saya yakin seratus peratus awak tak boleh jawab.”

Eleh yakin aje dia. “Okey teruskan.”

“Saya syampu ke tak harinie?”

Aku gelak kuat-kuat. “Yang itu aje? Itu aje?”

“Yelah habis itu? Itu yang paling susah saya rasa.”

“Kalau saya jawab betul... apa saya dapat?” aku jungkit-jungkit kening.

“Dapat kahwin dengan saya lah nak?” Nak! Aku mampu jawab nak dalam hati aje. Aku buang perasaan cinta jauh-jauh. Kondo yang menghadap KLCC ni betul-betul buat aku tenang sekejap.

“Apa lagi tu.. nak jawab ke tak nak?”

“Yelah saya jawab.. awak tak syampu kan?” padahal aku tahu hari-hari dia syampu rambut dia.

“Saya syampu lah.. awak nie kan dah salah tu. Tak nak kahwin dengan saya ke?” Apasal lah dia nie sweet tiba-tiba.

“Cantikkan jambatan KLCC malam nie?” sengaja aku nak tukar topik.

“Hai hari-hari tengok pun nak kata KLCC tu cantik..”

“Dahlah saya nak tidur... good night.” Aku terus masuk dalam rumah dan tutup pintu sliding door. Aku berjalan ke bilik CCTV. Memerhati setiap inci rumah Redza.

Tak sampai sepuluh minit Redza masuk ke biliknya. Membaca buku lepas itu tak sampai dua puluh minit tertidur. Kacak jugak dia ni bila tidur.. hehe.

**********

Semenjak dua menjak ni terasa ada orang yang memerhati dan mengekori kami dan dengan segera aku cepat maklumkan pada Tuan Nizam dan ACP Dato' Ghzali. Ketika aku dan Redza ke tempat parking kereta aku terasa ada orang mengekori kami. Kebetulan aku memang tumpang kereta Redza pun nak ke tempat kerja.

“Redza masuk dalam kereta cepat.” Cepat-cepat aku bagi arahan.

“Kenapa pulak nie? Macam tak senang duduk aje.”

“Sakit perutlah. Nak balik rumah cepat-cepat nie.” Aku berjalan laju-laju kalau boleh lari dah lama aku tarik Redza lari sekali. Jadi sebab tak nak nampak sangat dia dalam bahaya jadi terpaksa aku buat biasa-biasa sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience