Bab 2- Do you love me?

Romance Completed 1059476

Fakhrul angkat kening pandang Teja. Kenapa tak tidur lagi? Fikirkan apa? Isterinya hanya duduk di atas katil sambil mata memandang sayu padanya.

"Tak mengantuk lagi?"

"Abang sayang Teja tak?"

"Ya Allah Teja, dah keluar seketul itu takkan lah tak sayang lagi. Mestilah sayang. Dah .. jom tidur. Teja perlukan rehat yang cukup. Come here sayang. Meh abang peluk si kacang ketot abang seorang ini."

Teja hanya menurut bila dibawa baring dalam pelukan Fakhrul. Lama dia diam sebelum soalannya kemudian membuatkan mata Fakhrul yang sudah terpejam rapat kembali celik.

"Abang cinta Teja?"

Diam. Fakhrul terkejut ditanya begitu. Sepanjang perkahwinannya, ini kali pertama Teja menyoalnya begitu. Cinta? Liur ditelan.

"Do you love me as much as i do ?" Tanya Teja lagi. Mata dibawa mendongak, memandang tepat muka itu. Cuba mentafsir air muka si suami.

"Dah malam Teja. Why out of sudden, tanya abang soalan tentang perasaan? Teja rasa berkurang ke kasih sayang dan perhatian abang untuk Teja sejak kita ada anak? I think i have treat you good."

"Do you love me abang?" Teja masih berpaksi pada soalannya. Sedikit tidak terganggu dengan kata balas dari suami. Dia mahukan jawapan. Cinta atau tidak? Itu sahaja.

"Teja cintakan abang?" Fakhrul pula bertanya.

"Do you think I don't?"

Diam Fakhrul dengan soalan sarkastik Teja. Fakhrul tahu jawapannya. Tak perlu dia bertanya, dia tahu dan yakin bahawa cinta Teja sepenuhnya untuk dia. Sangat jelas. Di mata Teja, dia lah segala-galanya. Keluhan dilepaskan. Tak mahu terus memanjangkan isu , tubuh Teja makin dipeluk erat. Membiarkan wajah Teja terus menempel di dada bidangnya.

"Kalau ditakdirkan satu hari nanti Teja mati atau Teja pergi dari hidup abang, abang boleh hidup dengan bahagia?" Teja ingin terus bertanya.

"Abang tak ada jawapan. Hal kehadapan abang tak tahu. Mungkin abang boleh terus cipta bahagia, mungkin juga abang akan menderita. How about you? Would you be good if I'm not around?"

"Teja lah orang yang paling sedih jika abang tinggalkan atau khianati Teja." Jeda. Ya.. dia sedang bersedih sekarang. Fakhrul sahaja yang tidak nampak.

"Boleh abang janji akan terus setia dengan Teja?"

"Boleh abang janji takkan ada orang lain dalam hubungan kita? Boleh abang janji untuk sayang dan cintakan Teja sampai hujung nyawa abang?"

"I can't."

"Why? Abang ada sorokkan sesuatu dari Teja?"

"I just can't. Berjanji memang mudah Teja. Tapi abang takut andai tak dapat menunaikannya. Perkara yang di hadapan sungguh sulit untuk kita tebak. Hidup ini rahsia Tuhan Teja. Selagi bergelar suami pada Teja Aisyah, abang akan bertangunggujawab pada Teja. Hati sayang abang jaga, dan abang tatang sayang bagai minyak yang penuh. Tapi andai tiada lagi jodoh antara kita, abang harap Teja reda dan terima takdir kita."

"Tapi abang pernah janji akan sayang Teja untuk selamanya."

Fakhrul diam lagi. Tidak membalas.

"Kalau Teja curang, abang akan benci Teja?"

Fakhrul tersentak. Kelu seribu bahasa lagi. Hilang terus kosakatanya.

Melihat reaksi itu, Teja senyum dan menyusap pipi suaminya dengan lembut. Jom tidur. Ajaknya sambil membalas pelukan si suami yang masih kaku tak percaya soalan dari seorang Teja.

Kenapa hatinya rasa tak senang? Terkebil-kebil Fakhrul selepas itu. Dia tahu ke?

Adakah sebab aku tak temankan dia pergi klinik hari tu, membuatkan dia fikir yang bukan-bukan?

Fakhrul dilanda serabut. Ya.. mungkin juga perkara itu yang trigger naluri sang isteri. Sungguh Fakhrul sudah tersilap langkah.

Wajah redup Teja yang sudah dijemput lena dipandang lama. Dia tahu ke aku curang padanya?

Kepala digeleng. Tak mungkin. Teja hanya serkap jarang sahaja.

Mustahil. Jika Teja tahu, pasti isterinya itu akan mengamuk sakan. Tetapi Teja masih selamba dan lembut terhadapnya. Masih menjadi isteri yang mendamaikan hatinya seperti selalu.

Malas mahu terus kusutkan kepala. Fakhrul cium dahi Teja lama sebelum pejamkan mata menjemput lena. Dia sedapkan hati sendiri bahwa episod esok masih akan seperti episod sebelumnya. Teja akan tetap menjadi isteri yang taat dan sayang padanya. Dia yakin akan hal itu. Yakin sekali.

*****

Jam sudah menunjukkan angka tiga pagi.

Sebaik mendengar dengkuran halus sang suami, mata kembali celik.

Teja pandang wajah Fakhrul. Lama.

Sebak yang ditahan tadi tak mampu Teja pendam lagi.

Apa salah saya? Apa kurangnya saya? Kenapa cinta itu tak wujud untuk saya?

Tanya Teja sendiri. Semestinya dia terluka bila suami sendiri tak mampu mengungkapkan kata cinta buatnya. Juga tak mampu berjanji untuk setia selamanya.

Saya kah yang bersalah dalam hal ini Fakhrul? Saya kah yang lemah kerana tak dapat buat awak jatuh cinta pada saya?

Kenapa perlu ada orang ketiga?

Kita terlihat bahagia, tapi...

Salah saya ke kerana terima pilihan orang tua sebagai suami ?

Salah saya ke kerana mencintai awak yang halal untuk saya dengan sepenuh hati?
Menyantuni, mentaati serta menghormati awak seperti seorang raja.

Kenapa bila saya dah berusaha jadi yang terbaik pun masih lagi tak mampu membenihkan cinta di hati seorang suami?

Lena tidur awak. Sejak saya tahu saya akan bergelar janda, saya tak mampu untuk tidur. Otak saya sakit. Hati saya lebih sakit.

Ingin sekali soalan itu ditujukan pada si suami. Tetapi soalan itu kekal di benaknya sahaja. Biarlah dia berkata-kata sendiri. Biarlah.

Teja elus pipi suami. Aku cintakan kau.

Sebak. Dia turun dari katil. Langkah dibawa ke bilik air kemudian masuk ke bilik tetamu. Sejadah dihamparkan. Kepada siapa lagi nak diadu nasib kalau bukan kepada yang Maha membolak-balikkan sekeping hati.

Dua tahun bukan masa yang singkat . Banyak benda yang aku dah korbankan. Aku fikir kami bahagia sebab kami memang terlihat seperti pasangan yang mencintai dan menghargai satu sama lain.

Aku fikir Aaqib mampu menambah ceria di rumah kami. Tapi kenapa hanya aku yang syok seorang? Sedangkan dia tak hadap pun nak ada anak dengan aku.

Teja yakin, tamat sahaja tempoh berpantang selama 100 hari, pasti tiba lah masa penamat untuk mahligai rumahtangga yang dibina selama dua tahun itu.

Sengaja Teja minta untuk berpantang lama. Kalau ada pantang 200 hari, dia sanggup! Pantang dari bersama ke pantang makan ke, boleh aja. Tak sanggup rasanya nak terima lafaz talak dalam waktu terdekat. Dia belum bersedia.

Sumpah tak pernah terlintas langsung dalam benak Teja yang dia akan sandang status janda. Gila! Kami kawin atas restu mak bapak, pilihan keluarga lagi. Bukan main aci rembat kawin dekat siam.

Tapi ini lah takdirnya. Berpisah jua.

Musnah juga rumahtangga yang konon terlihat sempurna dan bahagia ini.

Bukan dimusnahkan oleh orang lain ,tetapi oleh suami yang tak mampu belajar untuk mencintai yang halal dan menghargai yang ada di hadapan mata.

Memang kami tak pernah bercinta. Perkahwinan kami diaturkan oleh pihak keluarga. Tapi cinta itu boleh dipupuk. Buktinya ? Aku.

Aku sebagai bukti. Aku mampu mencintai dia sebagai suami seikhlas hati. Aku mampu taat dan setia pada dia walaupun dia bukan lelaki pilihanku.

Allah.. Aku insan yang hina tanpa kasih sayang dan rahmat mu. Berilah aku kesabaran dan ketenangan menerima takdirmu yang perit. Kuatkan aku demi anak. Jangan jadikan aku hamba cinta manusia.

Teja merintih hebat. Setiap rasa sakit yang mencengkam jiwa, diceritakan pada sang pencipta. Sungguh hatinya sakit menanggung perlakuan curang si suami.

Kalau ikutkan hati yang mula berbisik jahat, nak sahaja ditekap muka pura-pura suci itu dengan bantal. Biar mati ketiduran dalam penipuan.

TEJA tersedar saat terdengar suara azan subuh berkumandang. Dia terlelap bersama airmata. Bingkas Teja bangun ke bilik air, mengambil wuduk dan segera ditunaikan solat subuh.

Teja pergi jenguk anak yang masih pulas tidur. Handsome! Tersenyum bangga. Kemudian Teja menapak mendapatkan Fakhrul pula. Suaminya itu dikejutkan dengan penuh lembut. Dalam sedih dan marah, Teja masih tak mahu berkasar. Biar lah aku kekal jadi yang baik di mata kau, sehingga tibanya burukku nanti kau tak akan bisa menelan waima menerimanya.

Sebaik sahaja mata Fakhrul tercelik, Teja hadiahkan senyuman manis untuk tatapannya. Pipi itu dicium kasih. Begitu lah rutin Teja. Fakhrul ikut senyum sambil menariknya dalam pelukan. Teja turut mengetatkan rangkulan. Memanfaatkan sisa masa yang ada. Dah tak lama dah.

"Happy anniversary yang kedua abang.. Teja love you.." sekali lagi Teja cium Fakhrul.

"Happy Anniversary juga sayangku..Abang sayang Teja." ubun-ubun Teja dicium lama.

Tipu! Teja ketap bibir. Kalau sayang, takkan ada yang kedua. Sayangku? Sayang cuma dibibir. Tapi tak dari hati, kan?

"Bangun lah. Dah subuh. Teja nak masakkan sarapan nasi lemak untuk abang. Abang suka nasi lemak yang Teja masak kan? Hari ni Teja siapkan bekal untuk abang ."

" Ok sayang.. Thank you.. Abang nak mandi dulu. Masak sedap-sedap tau. " Fakhrul bangun dari katil. Sempat dia mengusutkan rambut Teja. Sengaja menyakat. Teja terhibur.

Sebaik Fakhrul menghilang ke dalam bilik air, keluhan berat dilepaskan.

Why? Kita nampak macam bahagia. Macam pasangan yang diciptakan untuk melengkapi dan membahagiakan sesama kita. Tapi kenapa semuanya hanya dusta?

Awak layan saya dengan baik dan bagai tiada sengketa, semata-mata untuk tutup kecurangan awak ke? Teja tertanya sendiri. Jika benar, awak sangat kejam!

Langkah dibawa ke dapur. Hari ini hari terakhir kita bersama. Biar saya permudahkan urusan awak. Tak perlu tunggu 100 hari. Cukup lah 80 hari saya mental seorang. Biar saya cipta penamat untuk kisah tak realistik ini.

Seusai menjamu sarapan, Fakhrul ingin berangkat ke tempat kerja. Seperti biasa, Teja akan duduk bersila dibawah, memakaikan stoking dan kasut untuk Fakhrul. Lelaki itu sedang sibuk check telefonnya. Satu sengihan lebar terukir dibibir sambil berbalas pesanan whatsapp. Whatsapp skandal lah tu!

Teja di bawah hanya tersenyum pahit. Kesian kau Teja.. Kau dah jadi isteri yang baik untuk dia pun, dia masih pandang perempuan lain.

Apa je yang kau tak pernah buat untuk dia, Teja.. Kau dah buat sehabis baik kau. Kau dah buat segala-galanya untuk dia. Tapi tetap juga cinta itu bukan milik kau. Sedihkan Teja?

Teja ketap bibir. Kawal diri agar tidak beremosi.

"Teja.. Hei.. Termenung pulak. Abang pergi kerja dulu. Teja jaga diri dekat rumah. Kalau ada apa-apa, call abang." hidung Teja dicuit mesra.

Teja bangun dan menghantar Fakhrul hingga ke pintu kereta. Tubuh itu dipeluk, terasa tak mahu dilepaskan. Fakhrul layankan aje.

" Malam ni Teja masak special. Kita dinner sama-sama ye abang.." tangan Fakhrul disalam hormat. Fahkrul mengangguk faham. Dahi Teja dicium.

Teja pandang kereta Fakhrul pergi meninggalkan perkarangan rumah. Dia buang pandang lama ke luar sebelum melepas keluhan.

" Malam ini penamat episod cinta bodoh milik Teja Aisyah. Saya tak sanggup ditinggalkan. Biar saya pergi sebelum abang paksa saya turuti kemahuan abang yang kejam. Meninggalkan tak sama rasa sakitnya dengan ditinggalkan.

Biar saya nampak buruk, fitnah diri saya sendiri semata-mata tak mahu nampak kalah di mata abang. Hati yang robek ini perlukan penawar. Saya tak perlukan cinta palsu dari lelaki seperti awak. Maafkan saya kerana tak menginginkan syurga dari awak, abang.. Saya bukan perempuan baik yang bila dikhianati masih lagi setia. Saya juga punya ego. Dan ketahuilah bila hidup sudah berpandukan keegoan, tiada apa lagi yang boleh membuatkan saya rapuh."

Teja masuk ke dalam. Hatinya telah bulat. Apa nak jadi pun jadi lah. Dia tak peduli.

*****

enjoy reading everyone. Kita edit sikit dari yang sebelum ni tau.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2022-12-16 21:52:58 

betul buat apa merayu pada yg tak sudi. Sian awak Teja. I know someone like this. she treat her husband like king and her husband repay her by cheating

norsila
2022-10-13 23:47:56 

laa rombak ke? hehe..dah smpai 24 episot..lamo tggu tbaru..huu layan joo lah..cirta best tapi seksa mnunggunya..hehehe

jruuoy
2022-04-03 15:27:29 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience