Bab 4- Usah dirayu

Romance Completed 1059476

TEJA cium pipi Aaqib bertalu-talu. Geramnya! Comel sangat. Nasib baik ada awak, sayang.. Kalau tidak, sia-sia dua tahun ibu setia dengan suami munafik.

Ibu sayang awak, Aaqib Adwa..

Pipi anak yang sudah celik mata itu digomolnya geram. Comelnya anak aku!! Nasib baik ikut muka ibu. Kalau muka ayah, mesti buruk!

Teja ketawa jahat. Hakikatnya Fakhrul dikategorikan dalam kalangan lelaki kacak bergaya, tidak seperti yang dimomokkan pada si anak.

Biasalah.. Bila hati dah sakit, yang lawa pun nampak buruk. Cuba masa sayang, kentut pun sanggup dihidu.

"Teja.. Pss.. woiii, Teja.. Boleh angah masuk tak?" Zain bersuara dengan menjengul sedikit kepala di pintu bilik.

"Masuk je lah. Bukan ada orang lain pun dalam ni."

"Angah dah lama tak terjah masuk bilik kau sejak kau berlaki. Kekok pula rasanya." Zain tersengih kerang busuk sambil menapak masuk dan duduk di atas katil. Baby Aaqib diagah sekilas. Cikku Bwaaa!!

"Haa.. Nak siasat apa? Kalau soalan yang sama macam mama, sorry to say. No komen." pintas Teja cepat.

"Emmm..Apa yang Fakhrul dah buat pada Teja?"

Teja angkat kening. Soalan yang agak lain dari yang lain dan mampu mengukir sedikit senyuman senget di bibir Teja. Dari tadi asyik diasak dengan soalan 'apa yang Teja dah buat. Teja tahu tak itu.. Teja tahu tak ini..' bosan!

Si abang tanya apa yang dah pihak sana buat. Kan sedap sikit dengar soalan macam tu. Angah.. You're really my brother! Brotherhood till jannah. Tiberr..

Brother brother jugak. Tapi sorry abangku. Teja punya jawapan hanyalah.. Jeng jeng jeng...

"Nothing."

Zain senyum senang. This is my adik manja yang degil. Riak wajah Teja tadi meyakinkan firasat Zain. There must be something.

" Orang yang curang tu sebenarnya Fakhrul, kan Teja ? Kan? Am i right?"

Teja angkat bahu.

" I reserved my comment.." balas Teja sambil lewa.

"Angah kenal sangat perangai kau, Teja. Bukan sekali kau buat perangai macam ni. Orang lain kau boleh tipu. Tapi angah, kau tak boleh tipu. Semua perangai kau, ada dalam kocek angah ni." Zain tepuk poket kempisnya bersama aura kemenangan. Bukan susah pun nak tengok rentak budak ni. Sekali tengok pun dah tahu dah olah dia.

"Tambahan.. ada dalam kocek along jugak. Kau lupa ke siapa yang jadi babysitter kau selama ini kalau bukan kami berdua? Rahsia kau semua dalam genggaman tangan along."

Sampuk Zakwan dengan tiba-tiba. Pintu yang renggang tadi ditutup rapat. Dia turut menapak masuk ke bilik si adik yang dah lama tak dijejakkan kaki.

"Bestnya dapat lepak dalam bilik kau macam dulu-dulu, Teja.. Heaven rasa! Ada pulak si cinonet ni. Awesome gila!" Along pula ambil tempat menggomol Aaqib. Teja mendesis. Penyibuknya dua mangkuk ni..

"Citer je lah dekat kami apa masalah kau sebenarnya. Acah-acah simpan sendiri konon. Kau nak curang? Dengan baby comei ni? Dengan cita-cita kau dulu nak jadi isteri mithali apa bagai..Memang tak logik la dik.. Kami kenal sangat kau punya perangai. Cakap je la yang benar, Teja.. Benda dah lepas pun. Yang curang tu, Fakhrul kan? Kau sengaja sakitkan hati dia. Sebab tu kau balas benda yang sama. "

Teja angkat bahu lagi sambil buat muka. Pengakuan tanpa lisan yang biasa dia berikan pada si abang.

"Aku dah agak dah."

Zain dan Zakwan geleng kepala tengok riak santai si adik. Aku ingat dia dah tak buat perangai gila ni lagi dah. Dah kawin kot!

Rupanya mereka salah. Teja akan tetap menjadi Teja. Kau lukai dia, bersedialah merasai hal yang sama. Demi puaskan hati, dia tak pernah takut mencederakan dirinya sendiri termasuk hatinya. Nak kata saiko, memang Teja ada tanda-tanda minah gila.

Dulu Teja pernah terjun tasik tempat dia belajar semata-mata nak kenakan senior yang membulinya. Lakonan Teja memang first class. Tak pasal-pasal senior itu ditendang keluar dari asrama penuh.

Ambik nak sangat. Buli lagi Teja di asrama. Budak-budak asrama pun jadi saksi kes pembulian Teja.

Bila Teja buat cerita konon senior suruh dia lompat tasik pun pihak atasan percaya. Mana lah tahu minah acah lurus macam Teja sebenarnya 'syaiton nirrojim'. Budak form one takkan lah berani sebegitu. Tasik itu pula hitam, bukannya jernih. Memang orang takkan percaya kalau Teja sengaja terjun melainkan dipaksa.

Mereka sebagai abang terlopong mulut bila Teja cerita hal yang sebenar. Mereka nyaris-nyaris keluarkan Teja dari asrama bila tahu Teja dibuli seteruk itu, rupanya olah minah itu sendiri sebab sakit hati dengan senior yang selalu cari pasal suruh basuh baju, ambil makanan dan kemaskan katilnya.

Kena buli sikit je tapi yang dibalas Teja sangat extreme.

Tak payah flashback jauh. Cukup ingatkan kisah kereta kesayangan along dicuri pun dah cukup membuktikan semuanya. Hanya kerana Along enggan bawanya jalan-jalan dan lebih memilih untuk bawa Mawar, tak pasal-pasal kereta along dicuri.

Entah mat rempit peragut mana entah yang Teja deal untuk perdajalkan si abang. Siap bagi kunci spare dan location dating abangnya lagi! Lesap satu kereta hanya disebabkan sakit d ihati Teja. Sakai tak sakai?

Ambil masa seminggu juga baru mereka berbaik. Itu pun, along yang terpaksa mengalah dan pasrah dengan takdir. Nak harapkan Teja mengalah? Jangan harap. Dia buat muka tak reti dengan perangai bahu sejuknya pada Along. Dasar mencabar kesabaran. Nasib baik sayang. Kalau tak, dah lama kena tangan.

Teja bangun menapak ke balkoni bilik. Dia menghirup udara segar. Kedua abang yang sedang flashback kerja dan perangai gilanya satu masa dahulu sambil mengacah si Aaqib Adwa, langsung tak mampu membawa riang di jiwa Teja.

Dua orang manusia itu bahan ketawa tak ingat dengan kisah yang terbit di ingatan masing-masing. Hanya Teja yang masih berpaksi pada kenangan terakhir bersama Fakhrul.

Teja menyinis.

Tahu pula kau rasa marah dan kecewa. Dasar jantan!

Malam itu Teja menunggu Fakhrul pulang untuk dinner anniversary mereka, dengan pakaian cantik dan susun atur makanan yang dihias elok dan rapi di meja khas tepi kolam renang. Sudah tiga jam lelaki itu membiarkan dia kekal menunggu.

TEJA senyum manis bila pipinya dicium oleh seseorang yang baru muncul dari belakang. Tangan lelaki itu dicapai dan disalam hormat. Syurga sementara. Teja sembunyikan sinis.

"Sorry Teja. Client tadi buat hal sikit. Boleh abang duduk? Nampak sedap masakan Teja ni. Thanks sayang.." pegangan tangan Teja, tidak Fakhrul lepaskan. Dia ambil duduk sambil menyulam tangan lembut Teja. Satu ciuman hinggap di kekura itu.

"Abang nampak letih."

"Letih sangat sayang.. Nasib baik ada penenang hati abang di rumah ni. Balik rumah je, hilang stress abang. Abang sayang Teja tau. Thank you jadi isteri yang setia untuk abang selama dua tahun ni. Abang saayanggg sangat Teja Aisyah abang ni ." Senyuman manis terukir sentiasa di bibir itu. What a great actor..

Teja tak kata apa. Dia cuma balas dengan senyuman.

" Happy anniversary abang..Jom makan. Dah sejuk dah. Teja ada nak minta sesuatu dari abang selepas ni. "

" Teja nak minta apa? "

" Rahsia. "

" Jangan nak minta anak lagi sudah lah. Aaqib tu kecil lagi." Fakhrul cuba berseloroh. Tapi Teja terasa sentap.

Tak semena kata-kata Fakhrul pada Sofea tentang penyesalannya punya anak bersama Teja tempoh hari ,berlegar dalam fikiran Teja. Tangan digenggam kuat tanpa sedar.

Kepala menggeleng. Cukup lah satu. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Orang tak hendak, aku lagi lah tak teringin. Apa-apa pun, Teja tetap sulam senyum. Plastik.

Makan malam mereka santai dengan bunyi desiran angin malam dan bunyi kocakan air kolam yang tenang. Setelah selesai makan dan mereka bersedia dengan moment 'indah', Teja menghulurkan sebuah kotak hadiah kecil segi empat tepat pada Fakhrul. Lelaki itu nampak terkedu.

"Sayang sediakan abang hadiah? Sorry Teja.. Abang busy, tak sempat belikan apa-apa untuk Teja." Fakhrul serba salah.

Teja hanya senyum sahaja.

Bukan tak sempat Fakhrul. I'm not your priority anymore. When there is love, there will always time. Tapi masa kau bukan lagi untuk aku. Kau lebih sibuk nak memujuk lahanat tu kan? It's okey Fakhrul.. it's okey.. I'm good.

"Tak apa. Teja tak harapkan apa-apa balasan. Cuma Teja nak minta ampun dengan abang. Teja bukan isteri yang baik untuk abang." dalam karakter sangat.

"Kenapa Teja cakap macam tu? Teja kena tahu yang Teja isteri paling baik pernah abang jumpa kat dunia ini. Thank you sayang untuk hadiah ni. Susah-susah je. Abang buka ye.."

Teja angguk.

Fakhrul terkedu melihat isi pemberian Teja.

"Cincin? Ini bukan ke cincin kahwin Teja?" jari manis Teja dikerling. Kosong! Hatinya tak senang.

"Apa maknanya semua ni Teja?"

"Teja minta maaf. Teja dah tak sanggup tipu abang lagi."

"Tipu apa? Teja prank abang ke? Jangan main-main Teja. Abang tak suka."

"Abang suami yang baik. Abang terlalu baik untuk Teja. Teja minta ampun. Cukup lah dua tahun Teja tipu abang."

"Tipu apa?!!" tingkah Fakhrul dah lain. Dia mula gentar sendiri.

"Teja tak cintakan abang. Dalam hati Teja hanya ada satu nama. Dan nama itu bukan abang."

"Teja bergurau kan?"

Teja pandang bawah. Bermain dengan jari jemarinya yang kosong tanpa cincin tanda mereka. Perlahan dia menggeleng.

"Maafkan Teja. Teja tahu Teja kejam. Teja dah cuba cintakan abang. Tapi tak boleh!"

Jeda. Kedua-duanya terdiam. Fakhrul kelihatan sukar menerima apa yang baru didengarnya.

Teja sengaja sambung bicara. Sengaja dibakar rentung hati dan ego seorang suami. Rasakan. Terkejut bukan?

" Teja cintakan dia. Sangat cintakan dia. Abang.. tolong lepaskan Teja. Teja dah tak mahu seksa perasaan Teja lagi. Lepaskan Teja abang.."

"Diam Teja!" Fakhrul pegang kepala yang rasa nak pecah.

" Teja nak kahwin dengan dia."

"Aku kata diam Teja!!"

Teja tak peduli. Makin dicurah minyak ke bara api.

"Teja menyesal ada anak dengan abang."

Zappp! Fakhrul lebih tersentak. Teja nampak riak itu. Yes! Riaksi itu yang aku mahu.

Apa yang pernah meniti di bibir itu, kembali Teja laharkan biar Fakhrul rasa sakit yang sama.

" Tak mungkin Teja! Tak mungkin! Teja isteri yang baik. Tak mungkin Teja buat abang macam ni! " Fakhrul sukar terima. Kenapa hatinya kecewa?

" Teja tak baik! Teja cuma pura-pura je selama ini supaya abang tak nampak kecurangan Teja. Teja tak pernah ikhlas dengan perkahwinan ini. Teja terseksa menahan cinta pada lelaki lain."

" Aku tak percaya. Kau takkan buat aku macam tu Teja. Tak mungkin. Kau sayangkan aku. Kau cintakan aku. Kau setia dengan aku!." Fakhrul menggeleng menidakkan kata-kata isterinya.

Dia tak mahu percaya jika itulah kebenarannya .Wajah diraup kasar. Entah kenapa hatinya sangat sakit. Dia cuba tidak berkasar dengan Teja walau terasa amukan itu bila-bila masa boleh mengawal diri.

" Aaqib Adwa.. Bukan anak abang. "

Panggg!!

Jatuh tersungkur Teja saat itu bila ditampar kuat oleh Fakhrul.

" Kau tidur dengan jantan lain Teja?"

Teka tekup pipinya perit. Dalam tangisan, dia mengangguk perlahan. Bukan nak menafikan, malah dia mengaku pula. Gila si Teja. Sengaja membuat Fakhrul makin baran.

"Sejak bila?!" Tengking Fakhrul garang.

Teja diam. Fakhrul tarik Teja bangun. Rahang Teja dipegang kemas. Sejak bila?! Dia mahukan jawapan.

"Dah lama..."

Tubuh Teja ditolak kuat. Dia marah. Teja jatuh terjelopok.

"Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa kurangnya aku? Apa???!!!!!" Fakhrul tak dapat kawal perasaan marahnya.

"Kurangnya cuma cinta! Saya tak cintakan awak! Saya cintakan lelaki lain. Saya kawin dengan awak sebab keluarga kita. Hati saya ada pada lelaki lain. Saya tak cintakan awak" Teja berbicara dalam tangisan.

"Aku tak pernah berkasar dengan kau Teja. Aku tak pernah sakitkan kau. Segala kemahuan kau aku turutkan. Aku jadi suami yang baik untuk kau.

Kenapa? kenapa kau tak cintakan aku? Kenapa kau tak boleh setia dengan aku? Kau cakap, kau nak jadi bidadari syurga aku. Mana janji tu? Mana Teja, mana? Mana isteri aku yang baik? Mana? Aku tak percaya apa yang kau cakap. Sebab aku tahu isteri aku baik!! "

" Saya bohong.. Bukan syurga awak yang saya dambakan." kata Teja dalam takut-takut.

Teja punya lakonan, tip top. Sepatutnya dia pergi casting. Boleh jadi pelakon terkenal.

Prangg!! Bunyi kaca pecah pula. Habis pinggan kaca atas meja itu ditolak jatuh oleh Fakhrul. Meja itu pun ditendangnya kuat. Dia bercekak pinggang sebelum meraup muka kesal.

Kenapa semuanya jadi begini? Lama dia menenangkan diri. Lama. Teja pula giat fikir untuk memancing emosi lelaki itu lagi.

" Teja..Aku maafkan kau. Kita semua tak sempurna. Aku pun ada silap aku juga. Kita buka buku baru Teja. Tapi tolong lupakan jantan tu. Aku nak keluarga bahagia aku yang dulu. Kau, aku, Aaqib." Fakhrul mendapatkan Teja setelah cuba tenangkan diri. Matanya penuh mengharap. Tiba-tiba dia jadi lelaki terdesak yang tak mahukan wanita itu pergi dari hidupnya.

Teja menggeleng tak mahu.

"Saya takkan tinggalkan dia. Dia nyawa saya. Berpisah dengan dia ibarat membunuh diri saya. Saya cintakan dia." balas Teja nekad.

Fakhrul pandang Teja tak percaya.

"Kau memang kejam kan? Perlu ke kau hancurkam hati aku macam ni? Aku sayang kau lah Teja!!! Aku sayang kau! Kenapa pilih dia berbanding aku yang sayangkan kau ni! Dua tahun Teja.. Dua tahun! Kau tak nampak ke sayang aku pada kau?" bahu Teja dipegang kuat. Sakit juga Teja menahannya.

"Cinta tu buta abang.. Saya hanya nampak cinta dia."

"Teja!"

" Saya tak pernah ada rasa bila hidup dengan abang, melainkan rasa terpaksa semata-mata. Saya minta maaf kalau saya lukakan hati abang. Saya tak nak abang terus terluka mengharapkan cinta palsu dari saya.

Saya dah penat berpura-pura. Saya tak pernah bahagia dengan abang. Saya taknak terus-terusan tipu lagi. Abang berhak dapatkan bahagia yang sebenar. Dan bahagia itu bukan bersama saya. "

" Teja . Aku merayu .. jangan tinggalkan aku. Aku tak tahu macam mana hidup aku tanpa kau. Kalau dulu aku rasa aku boleh hidup tanpa kau, tapi hari ini Tuhan tunjuk pada aku. Aku tak mampu! Hati aku sakit bagai diracik-racik membayangkan kau dengan lelaki lain. " Jeda.

"Tolong Teja..Tolong lah jadi isteri aku yang baik. Teja cuma prank abang je kan? Teja cuma uji abang kan? " kata Fakhrul lemah. Dia gagal sembunyi air matanya.

Teja menggeleng .

Fakhrul rasa batu besar menghempap ke dirinya. Kenapa semuanya jadi berantakan begini? Bukankah perpisahan ini yang dinantikan? Bukankah dia sudah berjanji pada Sofea?

Kenapa saat wanita kebanggaannya ini melakukan onar, jiwanya pula yang terlalu disiat kecewa?

Adakah dia benar-benar sudah jatuh cinta pada isteri 'solehah' nya ini? Teja.. Adakah aku mula tamak? Aku tak ingin kehilangan kau.

" Tak pernah sehari pun saya ikhlas bila awak tuntut hak awak. Saya tak pernah rela disentuh awak, abang. Saya terseksa jalankan tanggungjawab saya pada awak. Dua tahun saya pendam rasa. Cukup lah dua tahun. Saya tahu saya banyak berdosa pada awak. Sebab tu saya minta maaf. Ampunkan saya.. Saya nak hentikan kepura-puraan ini. "

"Teja..." Fakhrul tak mampu menutur kata. Yang ada cuma air matanya sahaja. Tumpah dari empangan. Dia teresak macam anak kecil.

Adakah ini kifarah? Dia yang tak setia dan menduakan isteri yang baik. Kini Allah bolak-balikkan hati isterinya pula.

Ya Allah.. Aku menyesal..pulangkan semula kasih kami.. Pulangkan semula isteri baik aku. Pulangkan lah walau dia terus berpura-pura. Pulangkan bahagia aku.. Tolong lah.. Aku tak kuat kehilangan dia. Aku tak sedia.

Teja hanya membiarkan lelaki itu larut dengan rasa kecewanya. Sakitkan, Fakhrul.. ?

Macam tu lah sakitnya hati aku. Cinta itu akan lebih sakit kalau kita ditipu dan dikhianati. Sakit itu lebih dirasai bila dilukai oleh orang yang baik.

Dikhianati oleh orang yang kejam dan jahat, sakitnya tak terlalu perit. Sebab kita bersedia untuk melepaskan kenangan buruk itu demi menggapai bahagia di hadapan.

Tapi cinta yang dikhianati oleh orang yang baik, sempurna sepanjang bergelar pasangan adalah pengkhianatan yang sejati. Sakitnya hingga menghancur lumat sebuah keyakinan. Masihkah ada bahagia yang sama untuk hari esok?

Kau tahu kenapa aku buat semua ni? Sebab aku taknak berada dalam situasi kau. Sakit sangat bila dibuang dengan tiba-tiba. Sebelum kau tinggalkan aku demi perempuan lain.. Biar aku yang pergi dulu. Biar aku tak kecewa seteruk yang kau rasa sekarang.

Fakhrul..

Mengapa berbuat baik jika ingin melukakan?
Kenapa jadi yang terbaik jika ingin meninggalkan?

Hati takkan mudah lupa pada bahagia. Kenanglah saat bahagia kita untuk hari-hari kau yang mendatang kerana bahagia itu takkan mungkin kupersembahkan lagi untukmu, suamiku..

Rasakannya Fakhrul. Rasakan apa yang aku rasa.
Tuba dibalas tuba. Kecewa dibalas kecewa.

Orang yang ditinggalkan selamanya lebih sakit dari yang meninggalkan.

Semoga Sofea boleh layan kau lebih baik dari layananku untukmu.

Teja pandang langit gelap. Segelap masa depan rumahtangganya. Jangan dirayu pada hati yang dah mati.

******

Jangan pernah sesekali khianati cinta suci seorang isteri yang setia. Haa merasalah kamu Fakhrul.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2024-01-09 09:46:11 

di layan umpama raja tp d balas dgn duka

Aisyah Esya
2023-03-09 08:05:01 

kenapa mesti burukkan diri demi membalas perbuatan suami curang. jadilah terbaik selamanya. baru perasan cerita ni. TQ author

awer
2022-03-21 13:36:38 

best gile..teja mmg power..


NovelPlus Premium

The best ads free experience