Bab 1 - Kebenaran

Romance Completed 1059476

Teja pegang perutnya. Perit!

Sakit melahirkan belum lagi hilang namun pengkhianatan dari seorang lelaki yang bergelar suami, terpaksa Teja telan dengan penuh gelodak rasa dihati.

Air mata jatuh bagai empangan pecah. Tidak segan silu membasahi pipinya yang pucat.

Hampir tidak percaya Teja akan babak yang sedia terbentang di hadapan mata.

Dia memencilkan diri dengan hati bagai diracik, melihat Fakhrul sedang menenangkan seorang perempuan yang nyata membentak dan tidak berpuas hati dengan keputusan lelaki itu melengahkan 'janji' mereka,

Abang tipu Teja.

Bibir diketap kuat menahan esakan. Tidak mahu kehadirannya di situ disedari Fakhrul.

Hasrat hati mahu mengajak Fakhrul melawat dan menyusukan bayi mereka di wad baby terus terbantut. Tak sangka hari ini dia dihidangkan dengan sebuah kebenaran yang sangat menyakitkan. Fakhrul curang !


Kerasnya suara perempuan itu membentak membuatkan pandangan Teja makin berpusat pada mereka berdua. Walau hati sudah rawan,Teja masih mahu menjadi penonton tidak berbayar.

Biarlah semua pembohongan itu tersingkap hari ini. Tidak mahu terus ditipu dan diperbodohkan lagi.

"Kenapa masih belum ceraikan dia? Mana pergi janji you tu?!"

Tingkah Fakhrul yang diam buat Sofea makin dirasuk amarah.

"I can't wait anymore! You janji akan terus ceraikan dia sebaik sahaja budak tu lahir. Ini lah masanya.Tunaikan lah. You nak tunggu apa lagi?" bahu Fakhrul ditampar.

"Honey, please consider .I tak boleh ceraikan dia sekarang."

"Kenapa tak boleh pula? You dah jatuh sayang pada dia? Dah jatuh cinta sebab dia dah berkorban nyawa untuk lahirkan zuriat you? You must be kidding Fakhrul! I takkan biarkan itu terjadi. Langkah mayat I dulu!"

Fakhrul raup wajah. Mula terasa kusut dengan kehadiran Sofea. Dia tidak mahu tembelangnya pecah. Dia tak mahu keluarganya tuding jari menyalahkan dia. Tidak! Dia tak mahu namanya busuk.

"You balik dulu. Kita bincang kemudian."

"No!!! You jangan jadi munafik, Fakhrul. I dah lama bersabar. Berapa lama lagi you nak I tunggu? Dan berapa lama lagi you nak bodohkan dia? Mulut you sendiri yang kata dah tak nak pandang muka dia. Dah memang tak ada hati pada dia lagi. You muak dengan si lembik itu. So, Apa lagi yang you tunggu? Ceraikan je lah bini you tu. You bukan sayang dia pun!"

"Honey please..I tak boleh ceraikan dia. She is too fragile at this moment. I tak nak dia meroyan. I tak nak family kami salahkan i kalau ada apa-apa yang jadi pada dia. You faham tak? Bagi i masa sikit je lagi. It won't be long. "

Fakhrul pegang kedua bahu cinta hatinya. Berharap agar si buah hati mengerti situasinya saat ini.

"I promise honey. It won't be long."

"Alasan je kan. You sengaja tak nak ceraikan dia . You have fallen in love with her. Betul kan?! " Sofea inginkan kepastian. Dia enggan untuk berkompromi lagi. Sudah lama dia bersabar. Perlu tunggu sampai bila lagi? Usianya bukan makin muda!

Fakhrul geleng kepala. Menidakkan.

"Listen here, honey... i never love her. Cinta i hanya untuk you."

"Teja?"

"Teja..Dia cuma seorang isteri yang i kahwini kerana family i. Tak lebih dari itu. Apa yang i buat pada dia, cuma tanggungjawab i sebagai seorang suami."

Sofea mendecit.

"Tak cinta pun, you tetap ada anak dengan dia! " balas Sofea tak puas hati.

"Itu lah benda yang paling i kesalkan. Kalau boleh, i memang tak nak ada anak dengan dia. I did asked her to take the pills, tapi nak buat macam mana memang Allah nak bagi kami rezeki anak walaupun dah merancang." Fakhrul terus-terusan memujuk Sofea agar faham dengan situasi sekarang.

Allah!! Hancur hati Teja. Dia gagal tahan diri dari teresak hebat. Juga gagal untuk mengawal remuk di hati. Makin kuat dia menekup bahagian dadanya. Sakitnya Ya Allah..

" Ok fine! I bagi you masa sampai dia habis pantang. After that, kalau you masih tak nak lepaskan dia.. I sendiri yang keluar dari hidup you. Faham? "

"Thank you honey. Thank you. I will divorce her. Promise. I tak sanggup hilang you dalam hidup i. Hanya you satu - satunya perempuan yang i cinta. Thank you for being so understanding. I love you, honey.. I love you so much! " tubuh Sofea dibawa dalam pelukan. Dahi itu tanpa bersalah dikucup mesra.

Teja yang menyaksikan segala-galanya dengan hati yang retak seribu, bergerak perlahan meninggalkan merpati dua sejoli itu di belakang. Dengan langkah kecilnya, dia menapak ke bilik si anak.

Sungguh dia tak kuat. Tetapi di situ ada penawarnya. Jika bukan kerana 'nyawa'nya ada di bilik itu, mungkin hari ini juga tamatlah kisah hidup seorang Teja Aisyah.

Air mata walau cuba dihapuskan dari pipi, tetap juga mengalir tanpa dapat diseka lagi. Empangannya pecah sepecah-pecahnya dengan pengkhianatan sang suami.

Tanpa menghiraukan nurse yang menegur, Teja memangku si anak. Pipi mulus itu dicium dan tubuh itu dipeluk kemas. Dia meraung melepaskan rasa sakit dihati.

Suasana menjadi cemas. Beberapa nurse mendekati. Teja hanya diam bila ditanya. Dia hanyut melepaskan tangisan yang perit.

"Puan bawa bertenang puan. Jangan macam ni. Apa sahaja masalah yang puan hadapi, banyakkan istighfar..puan boleh ceritakan pada saya. Jangan terlalu ikut emosi. Bertenang puan."

Nurse bernama Fatimah itu cuba mengambil si kecil dari pegangan Teja. Takut jika sampai anak yang tidak mengerti apa-apa itu dicederakan oleh ibunya sendiri.

Makin kuat pelukan Teja pada si anak. Enggan dipisahkan.

Fatimah berjaga-jaga.

Lama, baru lah Teja ambil nafas paling dalam, cuba menenangkan diri. Wajah Fatimah dipandang dengan sayu.

"Saya hanya ada anak ini sebagai penguat." merintih bunyinya.

"Ya puan, puan perlu kuat demi anak ini. Mari puan, saya dodoikan anak puan." Fatimah berlembut mendapatkan bayi comel itu.

"Saya cuma nak peluk dan susukan anak saya. Kenapa nak ambil anak saya? Saya salah ke? Saya tak layak jadi ibu?"

"Layak puan..Puan tak ada salah. Tapi pelukan puan tadi boleh menyakitkan baby. Kesian baby lemas."

"Maaf.. Saya minta maaf." Wajah memerah Teja dan mata sayu Teja yang memandangnya dengan sebuah kedukaan membuatkan Fatimah terkaku.

"Maafkan ibu sayang .. ibu terlebih emosi." bicara Teja sebaik sahaja dia mampu mengumpul rasionalnya semula. Pipi mulus si anak dicium. Air mata kembali berjuraian. Fatimah sekadar memerhati.

"Saya temankan puan. Mari kita berehat dulu di ruangan sana." Teja didudukkan di atas kerusi roda dan tubuh lemah itu disorong ke tempat yang memberi sedikit kedamaian.

Jari Teja sedikit terketar saat menyusukan Aaqib. Si kecil itu rakus menikmati susunya. Teja hanya buang pandang memandang ruangan yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang melata. Ruang khas untuk mereka yang galau, perlukan ketenangan.

Pandangan Teja jauh menembusi kehijauan. Jiwa terasa kosong. Air mata yang tadinya berjaya disingkir, kini mengalir lagi bagai tidak mahu berhenti.

Fatimah di tepi hanya mampu melihat. Dia mengeluh panjang sambil melengkapkan laporan. Keadaan Teja tak boleh dipandang enteng. Tanda-tandanya cukup jelas.

Dia tahu benar Teja ada tanda-tanda post partum depression . Keluhan dilepaskan.

Apa lah agaknya yang mengganggu emosi wanita cantik itu sehingga menangis begitu teruk . Semoga Teja kuat.

Teja pandang wajah kecil anak dari rahimnya, darah dagingnya. Terketar tangannya menyentuh pundak si kecil.

Wahai Allah.. Anak ini nyawa aku. Jangan kau sakiti malaikat kecil ku ini seperti mana kau membiarkan ayahnya menyakiti hatiku. Bentangkanlah keindahan sahaja buat anakku.

Teja pejam mata. Membiarkan air matanya turun. Izinkan aku menangis. Aku terlalu terluka.

Sungguh pun Fakhrul tak mahukan anaknya, Teja tetap bersyukur dapat melahirkan si kecil. Tanda bukti setia dan sudinya dia mengorbankan diri melahirkan keturunan suami.

Ibu minta maaf. Ibu tak pernah jangka nasib awak akan jadi macam ni. Ibu bersalah pada awak. Sebab ibu tak pilih suami yang betul, anak ibu yang terpaksa merasai pincangnya sebuah kegagalan rumahtangga ibu.

Ibu minta maaf sebab jadi ibu yang gagal. Ibu tak pandai jaga suami. Suami ibu ada kekasih lain. Ibu minta maaf sayang.. Ibu minta maaf. Ibu dah cipta broken family untuk awak. Maafkan ibu.

Teja berbicara tanpa suara dengan si anak yang nyata tidak tahu apa.

"Ya Allah Teja.. Kenapa ni? Are you okey? Kenapa menangis? Teja sakit?" Fakhrul sentuh bahunya. Air mata di pipi Teja, lekas dilap dengan jemari. Kegusaran jelas terpeta di wajah Fakhrul.

Hati Teja makin sakit. Why? Kenapa tunjuk macam kisah sangat kalau saya tak ada langsung di hati awak? Sebab tanggungjawab sebagai suami semata-mata?

Bullshit! Stop pretending to be the nicest man when you're actually not. You're hurting me!
Teja bersuara dalam hati. Air mata makin laju. Kau penipu!

"Eh sayang.. Kenapa ni? Abang minta maaf tinggalkan Teja tadi. Abang ada urgent matter. Jangan menangis please. Not good for you and baby." pujuk Fakhrul lembut.

Urgent matter tengkorak dia.

Ya Tuhan, hebatnya lakonan dia. Kenapa lepas aku melahirkan anaknya baru kau tunjuk diri dia yang sebenar?

Hati aku ni, hancur.. Hancur sehancurnya. Kenapa kau tak tarik sahaja nyawa aku saat aku melahirkan puteraku? Kenapa mesti aku hadapi peritnya rasa dikianati ini?

Tuhan.. Aku tak kuat. Aku rapuh.. Kenapa ada juga manusia yang masih berlagak baik dan acah peduli sedangkan sudah ada niat dihati untuk menceraikan? Kenapa lelaki ini terlalu kejam? Sakit sangat Ya Allah.. Terlalu sakit.. kuatkan aku Allah.

"Teja..? What happen? Sayang okey tak ni?" sekali lagi Fakhrul bertanya. Pipi Teja dielus lembut.

Kau memang pelakon terhebat!

Teja sedaya upaya buang rasa hibanya. Perlahan senyuman dibibir diukir walaupun payah.

"Im okey.. Teja cuma terlalu happy." Bohong.

"Teja tak sangka Teja dah jadi seorang ibu." Jarinya yang digenggam si anak ditunjuk pada suami. Dia ukir senyum bersama wajah merah, sememeh dengan air mata. Berpura-pura seperti tiada apa sedangkan jiwanya dirobek hebat.

" Oh God.. Sayang ni buat abang cemas je. Jangan nangis macam ni.. Abang risau, takut Teja sakit dekat mana-mana. You should not cry when you are happy, sayang. Kami semua dah cemas tadi." Fakhrul menarik Teja ke dalam pelukan.

Dia memberikan isyarat usah khuatir kepada nurse yang berada di situ. Isterinya hanya dibawa emosi terlalu gembira, bukan sebaliknya. Semua tunjuk riak lega. Hanya Fatimah sahaja yang masih memerhati tanpa lepas. She is lying. Fatimah tahu.

Teja yang masih dalam pelukan suami mengetap bibir menahan esak. Kuatkan aku Allah. Kuatkan aku... Ratibnya dalam hati.

******

Share this novel

norsila
2022-10-12 21:29:56 

cerita ni di robak blk ke?

Arif Aiman
2022-07-26 18:13:12 

cerita ni makin besttt..pleasse update.. new chapter

Lisa Halik
2022-07-01 14:50:57 

ini cerita ni tak ada sambungan sudah ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience