Bab 3- Teja curang

Romance Completed 1059476

"Sorry Teja, abang terpaksa balik lambat hari ni. Abang kena dinner dengan client sekejap. I promise you, by nine abang dah terpacak dekat rumah untuk dinner dengan Teja."

"Its okey abang. Teja boleh tunggu."

Talian ditamatkan.

Teja merenung meja makan yang dah siap berhidang makanan. By nine konon. Ni dah pukul sepuluh. Batang hidung pun tak nampak lagi.

Sampainya hati buat isteri macam ni. Mentang-mentang aku dah jinak sekarang, seronok main pijak-pijak.

Teja raup muka. Again Teja.. Again! You are a great loser. Ini anniversary kau Teja. Tapi suami kau tetap dahulukan perempuan itu. Kau tetap jadi pilihan terakhir. How pathetic you are, Teja.

Keluhan paling berat dilepaskan. Dia hilang mood. Tak semena ingatannya tumpah pada kejadian yang membuatkan hatinya berdarah tanpa lelaki itu sedar.

Ini yang lelaki itu kata sudah layan Teja sehabis baik? Lelaki itu alpa. Dalam tak sedar, Teja sudah terluka bila si suami mendahulukan perempuan lain dari dia.

Hari itu, Teja cukup berkecil hati dengan Fakhrul. Sampai hati Fakhrul tinggalkan dia di bus stop sebaik mendapat panggilan dari seseorang. Penting katanya, sedangkan mereka dalam perjalanan untuk check up baby!

"Takkan abang nak tinggalkan Teja tepi jalan ni?"

"Abang ada hal mustahak. Teja ambil duit ni, naik teksi. Abang tak sempat nak hantar Teja ke klinik dulu. Abang urgent ."

"Takkan Teja nak kena tunggu tepi jalan dengan bawa baby? Please consider sikit, abang. Kerja atau anak lebih penting?"

Fakhrul diam. Kelihatan rahangnya bergerak menahan sesuatu. Marahkah lelaki itu?

"Abang.."

"Kerja lagi penting. Kalau saya tak kerja, saya nak bagi awak dan anak ni makan apa? So please, get out."

Teja tersentak. Hilang kosa kata. Tak pernah dalam perkahwinan mereka lelaki itu berkata begitu. Nadanya, bahasanya. Teja diam.

Telefon Fakhrul kembali berbunyi nyaring. Tanpa menunggu lama, terus disambutnya.

"Yes.. I on the way.." bila pandang ke tepi, Teja masih tak berganjak turun, Fakhrul segera turun dan membukakan pintu belah penumpang.

Teja yang nampak kesungguhan suaminya yang memang mahu dia turun di situ, tak terkata apa. Dia menurut dengan hati yang berat.

Sebaik Teja turun, pintu pantas ditutup kembali dan Fakhrul pergi tanpa rasa bersalah.

Sampai hati!

Duduklah Teja menunggu sambil pandang wajah anak yang masih merah. Dia cuba buang rasa sebak. Jangan menangis Teja. Ini memang dah bahagian kau. Pujuk hati sendiri. Muka dah mula memerah.

"Tadi tu siapa? Suami ke?" Tanya satu suara yang datang dari seorang lelaki yang memang sedia duduk di situ saat Teja diturunkan oleh Fakhrul tadi.

Teja tak membalas. Wajah itu pun tak dipandang. Dia bukan nak menyombong, tapi hati dan bibir tak mampu nak mengia atau menafikan soalan itu. Lalu dipilih untuk membiarkannya di angin lalu.

Fikir lah nak fikir apa pun. Teja tak berminat nak ambil tahu tentang tanggapan orang.

Pandangan Teja hanya tertumpu pada si anak, Aaqib Adwa. Kepala si anak diusap sedih. Kesian anak ibu.

Ayah awak lebih pilih perempuan tu dari kita!

Bukan Teja tak tahu siapa yang call. Sofea! Teja dah pernah check nombor itu. Sofea betina keji. Perempuan itulah yang merampas hati, cinta, perhatian dan tanggungjawab suaminya. Teja benci nak terima kenyataan yang dia kalah dengan orang luar. Aku ni isteri dia! Aku ibu pada anaknya! Kau siapa?? siapa kau Sofea?

Kenapa diri kau lebih penting di mata Fakhrul berbanding aku? Apa kurangnya kami anak- beranak berbanding kau, perampas!!

Keluhan kesal dilepaskan.

Tak apa Sofea.. Tak apa Fakhrul.. Enjoy lah dulu. Enjoy. Ada ubi ada batas, ini hari aku balas. Sikit je aku bagi. Lepas ni aku harap semuanya berantakan.

Teja bukan bidadari syurga. Dia cuma mahu bahagia. Tapi definisi bahagia itu seharusnya bukan dicipta dengan pembohongan. Itu dipanggil biadab!

*******

Tanpa gentar, Teja sedia hadap segala kepahitan untuk pertahankan sebuah prinsip. Jadi perempuan, jangan bodoh. Aku tak kisah kalau satu dunia nak padankan muka aku atas tindakan yang aku ambil hari ini, tapi aku lebih tak sanggup kalau diri aku sendiri berperang dengan perasaan tak puas hati dan memberontak. Ya.. Teja sedang memberontak secara terang-terangan. Dia tak peduli lagi.

Dia mahu atur hidupnya sendiri. Cukup lah segala kebodohannya mencintai dan setia pada lelaki yang tak sudi padanya.

Setia itu limited edition. Kalau tak boleh setia, Teja boleh angkat kaki, pergi dan tak menoleh lagi.

" Demi Allah Teja isteri yang baik, tapi kecurangan dia buat Fakhrul rasa terluka dan terhina. Maafkan Fakhrul papa, mama. Fakhrul dah tak boleh teruskannya lagi. Fakhrul ingat Teja ikhlas sayangkan rumahtangga kami. Rupanya semua itu palsu. Teja perlukan lelaki itu lebih dari saya. Mama, papa.. Maafkan saya..Saya lepaskan Teja dengan talak satu."

Teja mencebik. Tapi tiada yang melihat itu. Kerana fokus yang lain mestilah pada orang yang sedang menutur kata. Terkejut mungkin. Tiada angin tiada ribut, dia dipulangkan kembali pada keluarganya.

" Teja, abang tak nak seksa Teja lagi. Teja pergilah pada lelaki yang Teja sayang .Abang lepaskan Teja."

Mama ternganga. Fakhrul pergi bersama wajah keruh.

Hati Zahara sakit tengok wajah sedih si anak menantu. Sakit sangat. Dia nampak cinta yang dipersiakan oleh Teja. Kau ni memang
tak tahu diuntung! Marahnya pada si anak.

Teja masih diam bagai patung cendana. Sikit pun tak beri reaksi. Tak membantah tak juga mengiakan. Cakap lah nak cakap apa pun. Keputusannya takkan berganjak. Tuba dibalas tuba. Jangan harap kuberi madu.

"This is not funny ,Teja! Mama nak kamu putuskan hubungan kamu dengan jantan tak guna itu! Memalukan!"

Cukup terkejut dia sebentar tadi bila menantu kesayangan hantar Teja kembali ke pangkuan keluarga. Merah padam muka ini bila disampaikan sebab anak itu dilepaskan dari sebuah ikatan perkahwinan. Masih terngiang-ngiang ayat Fakhrul tadi.

Zain dan Zakwan yang kekal sebagai penonton hanya perhatikan riak acuh tak acuh si adik. Boleh tahan degil tu. Buat tak reti je dari tadi.

"Apa nak jadi dengan kamu, Teja? Mana rasa malu dalam diri tu? Kebal sangat ke kamu. Tak takut dosa??! " Marah mama masih susah dikawal.

"Tak cukup baik lagi ke Fakhrul tu jadi suami kamu, sampai kamu nak kena main cinta dengan jantan lain kat belakang dia? Kamu dah ada anak lah Teja! Tak sedar diri lagi ke? "

"Mama nak Teja putuskan hubungan skandal bodoh Teja tu, dan pujuk Fakhrul supaya terima Teja balik. Anak tu kecil lagi. Jangan nak ikutkan sedap sendiri je. Fikir pasal orang lain sama. Mama nak kamu rujuk semula dengan Fakhrul. Titik. Kalau tidak, jangan berani tayang muka kamu dekat sini! " putus Puan Zahara garang. Kecil besar kecil besar sahaja Teja di matanya.

"Teja Aisyahhh!!" jerit mama kuat. Sakit hati dengan perangai si anak. Dari tadi dia berleter, si anak hanya buat tak tahu. Macam apa yang dia buat tu tak salah langsung.

"Nak lagi ke Fakhrul tu dengan anak kita ni, Puan Zahara oiii?" sampuk papa yang hanya diam dari tadi. Thanks God akhirnya papa berfungsi. Teja tahu dia boleh lepaskan nafas lega. Dah sakit telinga dengar mama memekik dari tadi.

"Apa maksud abang?"

"Sudahlah.. Benda pun dah jadi. Anggap je lah mereka dah tak ada jodoh. Awak kena tahu satu perkara.. Bukan anak awak yang minta cerai. Anak awak diceraikan! Fakhrul tak akan gila nak terima Teja semula. Kes anak awak ni curang, bukan dia pergi main dam aji dekat warung.

Ini anak kita, kalau orang sana dah pulangkan pada kita.. Tak payah la kita nak terhegeh-hegeh suruh Teja merayu lagi pada yang dah tak sudi. Kita jaga je lah anak kita walaupum perangainya tak semengah." Baru terdengar panjang bicara seorang papa. Dari tadi senyap je. Mungkin papa dah bosan dengar mama membebel kot.

"Sekarang ni awak nak cakap apa, papa? Nak menangkan anak awak pula ke? Awak suka anak awak ni palit lumpur, conteng arang dekat muka kita? Saya tak kira, saya nak dia rujuk semula dengan Fakhrul!"

"saya sendiri tak suka apa yang dia buat.. Tapi benda dah jadi.. Nak buat apa lagi?" balas papa tak faham dengan perangai si isteri. Tahu lah Fakhrul tu menantu kesayangan tapi jaga lah perasaan anak tu sama.

"salah awaklah. Manjakan sangat anak! Dari dulu asyik nak ikut cakap dia je. Ni semua salah awak lah!"

"Masalahnya Teja dah ikutkan semua kehendak awak untuk terima dan kahwin dengan Fakhrul. Awak sendiri dah nampak dia usaha jadi isteri terbaik untuk menantu tu. Teja dah try her very best. Mungkin sampai sini lah hadnya. Cinta tu tak boleh dipaksa, "

"betul lah tu! Betul la dia memang jadi isteri yang baik.. Belakang suami, curang!! Baik sangat! "

"Awak ni.." papa dah naik geram bila isterinya ada sahaja nak menjawab.

Teja tekup telinga. Bingit! Bingit! Asyik nak dengar cakap mama je. Balik-balik anak sendiri yang disalahkan. Anak orang semua baik. Anak sendiri ni selalu je nampak buruk!

Kaki dibawa melangkah meninggalkan mama dan papa yang dah ada ura-ura nak bertekak.

"Teja! Kamu nak pergi mana tu? Mama belum habis cakap lagi!" tempik Puan Zahara tak puas hati tengok perangai si anak yang sangat biadab. Tak tahu malu betul! Kau dah dipulangkan ke rumah ini, masih berani buat lagak.

"Mama.. jangan la jerit- jerit.. Terjaga anak Teja nanti.." Teja yang baru menapak nak masuk ke bilik nak menjenguk si anak, dah matikan langkah. Bengang dengan si emak yang memekik kuat. Ingat dia mak tarzan ke? Asyik terjerit dari tadi. Langsung tak chill.

"kau datang duduk sini semula sebelum aku naik gila!" Puan Zahara cekak pinggang. Garang.

Dengan sedikit menghentak kaki, Teja mendekat. Duduk di sofa menghadap si serigala jadian.

"Sekarang ni mama nak tahu. Kenapa Teja buat semua ni? Tahu kan benda ni salah? Ini aib! "

"Tahu.. Tapi benda dah jadi kan.. Nak buat macam mana lagi.." jawabnya meleret. Nak tak nak je bagi jawapan.

"Teja sedar tak Teja dah diceraikan sekarang ni?"

" Sedar.. "

"Mama tak tahu lah, apa dosa mama melahirkan Teja sampai sanggup Teja malukan mama dengan papa macam ni. Apa yang Teja buat ni bukan benda kecil tau. Besar! Mana mama nak letak muka ni? Macam mana mama nak hadap keluarga Fakhrul?"

Hadap je lah macam biasa. Apa susahnya? Jawab Teja dalam hati.

"Fakhrul tu sebaik-baik lelaki pun kamu buat tahi dekat dia. Apa yang kamu nak sebenarnya Teja?"

"tak nak apa-apa.."

"Mama nak kamu pujuk Fakhrul. Mandatori."

Teja geleng kepala. Tidak mungkin! Never!

"Apa yang degil sangat? Kamu sedar tak kamu sedang melawan siapa ni? Sedar tak??"

Teja sedar dengan siapa dia bercakap sekarang. Teja pun sangat sedar akan apa yang dah dia buat. Dan ini adalah keputusan yang terbaik pernah Teja buat. Biar lah orang nak pandang serong padanya pun.

Yang penting hatinya puas tengok muka terkejut Fakhrul. Juga puas melihat amukan dan rayuan lelaki itu. Puas sangat-sangat. Seakan robek dihatinya saat ini terubat dengan sendiri. Silap orang lah nak main-mainkan hati aku. Ini Teja Aisyah lah..

"Siapa jantan tu? Cakap dengan mama, siapa lelaki tak guna yang dah buat kamu jadi perempuan jalang, perempuan tak bermaruah begini. Kamu tahu tak yang kamu tu isteri orang?! Dah ada anak pun perangai macam sundal. Cakap dengan mama, siapa jantan tu?!! "

Papa bengang. Muka mama dipandang tak puas hati. Mulut itu sedap je panggil anak dengan perkataan tak elok.

"Dia bukan sesiapa. Teja cintakan dia dan Teja akan terus cintakan dia sampai bila-bila." Jawab Teja berani.

"Aku takkan restu hubungan kau dengan dia. Tak akan, Teja! Tak akan!"

"Tak restu tak apa. Tak kawin pun tak apa. Yang pasti, cinta itu tetap ada dalam hati Teja."

"Aku kan... Budak ni memang nak kena lah! Kau jangan panggil aku mama, kalau aku tak ajar kau harini." Serasa ingin disiat-siat si anak. Dalam geram, Puan Zahara cuba menerkam Teja .

Mujur Zeidi cepat menghalang dengan memeluk tubuh Zahara dari menghentak anak bongsu mereka yang masih berdegil tak mahu buka mulut itu dan menjawab dengan wajah selamba. Mahu lunyai juga Teja dikerjakan nanti. Jangan main-main dengan Zahara kalau dia dah mengamuk. Naya oooo..

Zeidi mengeluh. Payah kalau mereka dua beranak ini bertelagah. Memang takkan ada penyudahan. Papa mengisyaratkan Teja untuk masuk ke bilik. Biar dia tenangkan Zahara. Bincang pun tak jadi apa kalau dua-dua keras kepala, keras hati.

Teja akur. Membuang pandang pada si emak yang cuba sehabis daya melepaskan diri dari pegangan papa. Sorry mama. Ini adalah keputusan yang paling baik untuk diri Teja. Teja dah penat main dengan air mata. Teja dah penat jadi isteri acah-acah solehah. Teja penat sangat!

Zakwan dan Zain kekal diam. Tahu sangat dengan perangai Teja. Degil. Kalau itu katanya, maka itu lah jadinya.

Tapi ada sedikit pelik disitu. Setahu mereka, Teja dah lama tak berperwatakan sebal begitu sejak mula membina istana bahagia bersama Fakhrul.

Bukankah cita-cita Teja untuk jadi isteri paling baik dan sempurna untuk suaminya? Memang lah kelakar bila mereka dengar impian Teja itu pada satu masa dahulu. Macam tak logik! Teruk Teja diketawakan bila hasrat itu disarakan.

Namun, seiring dengan cintanya pada suami, Teja berjaya sedikit demi sedikit berubah menjadi isteri mithali seperti yang diangankan. Dan mereka sebagai abang, kagum dengan perubahan positif Teja. Walaupun masing-masing ada merungut kerana rasa jauh sangat dengan si adik yang dah banyak berubah karakter. Dari gila-gila bahasa menjadi civilised person.

'Teja nak layan suami Teja macam raja dan Teja nak jadi isteri yang paling memahami suami supaya Teja dapat syurga dan laki Teja takkan sesekali duakan Teja.' Itu kata-kata Teja satu ketika dahulu.

Tapi kenapa sekarang kisahnya jadi lain? Apa yang merubah perangai dan tingkah laku Teja sampai kembali menjadi adik yang degil dan menjengkelkan? Perangai Teja harini, saling tak tumpah dengan perangai dia sebelum bergelar isteri orang. Sebijik! Mereka berani kerat jari. Memang dah masak sangat dah dengan perangai degil dan muka toya itu.

Teja takkan buat perangai kalau tak ada yang cari pasal atau menyakitkan hatinya.

Zakwan dan Zain berpandangan sesama sendiri. Kita kena siasat!

Teja bukan perempuan murah. Melainkan....

******

Mak mana yang tak mengamuk bila anak menyundal kan? Tapi hidup perlu chill, macam Teja. Ingat tau.. setia itu limited edition!

Share this novel

Lisa Halik
2022-02-12 21:27:26 

baguslh ada abg yg faham..cari tau apa sbnrnya yg terjadi

cikpuanelena
2021-08-24 23:56:51 

nasib ada abg yg memahami siadik


NovelPlus Premium

The best ads free experience