Get the app for full experience
"KENAPA kau lambat sangat? Kau melepak dengan si Khatijah tu ke?" Ibarat petir suara Mak Yan menanti Athifa dimuka pintu. Terpinga-pinga Athifa seketika. "Motor rosak," jawab Athifa ringkas. Dia tidak mahu beritahu apa yang telah berlaku. Bimbang lebih teruk dia dimarahi nanti. Mak Yan menggeleng. "Apa yang rosak?" Soalnya dengan suara yang mula mengendur. Dia merasa bersalah. Bukan dia tidak nampak anaknya itu menyorong motor semasa masuk ke halaman rumah tadi. Tetapi, dek kerana dia sudah tidak sabar lagi menunggu, terus disergah Athifa. Mak Yan turun dari anak tangga untuk melihat motor itu. "Nanti lepas Fa tolong ibu masak, Fa ...