Completed
17740
"Jawablah, Raff. Mana you ni?" berkali-kali Choa mendail nombor telefon bakal encik tunang, namun satu pun tidak berjawab.
"Takde jawapan lagi, dik?" soal ibu.
"Apa yang berlaku ni, adik? Kenapa Raff tak muncul lagi? Dah lama sangat tetamu tunggu kat bawah tu."
"Adik tak tahu, bu."
"Adik bergaduh dengan Raff ke?"
"Takde, bu."
"Err, adik, pernah tak Raff buat macam ni masa adik nak keluar 'dating' ke..." soal angah a.k.a Naqif Nazrul pula.
"Raf tak pernah buat macam ni, ngah. Tak pernah." Choa masih berusaha menghubungi Raff. Namun, usahanya berterusan gagal.
"Jadi, apa masalah dia sampai tak munculkan diri hari ni? Tetamu dah nampak gelisah sangat." celah alang a.k.a Naim Nazim.
"Nampaknya, terpaksalah adik cakap dengan babah yang majlis pertunangan hari ni terpaksa dibatalkan."
"Semudah itu, dik?"
"Dah tu, alang nak adik cakap apa lagi? Dah lebih sejam. Batang hidung si Raff tak kelihatan. Bayang-bayang dia tak muncul. Kotlah ada masalah lain. Call adik. Bagitahu ke apa! Ini tak! Menyusahkan betullah!" bentak Choa sebelum mencampak Iphone 17 pro ke tilam.
"Adik ada bertengkar ke dengan Raf sebelum ni?"
"Nak kata bertengkar besar tu, tidaklah. Tapi, ada sikit salah faham."
"Apa kes?" celah angah tidak puas hati.
"Raff suruh adik berhenti kerja."
"Berhenti kerja? Apa kes pulak nak suruh adik berhenti kerja?"
"Takde sebab, long. Dia tak nak adik kerja kat tempat tu. Alasan bodoh dia, tempat tu ramai sangat lelaki."
"Allahuakhbar! Apa ke bodohnya si Raff tu? Mana-mana kerja pun, ada pekerja lelaki kot. Kalau kau cemburu, kau cakap jelah yang kau cemburu tengok Choa kerja dengan lelaki. Itu pun susah ke nak cakap?" ujar angah yang memang terkenal dengan perangai barannya.
"Si Raff ni, inilah masalah dia yang adik memang tak suka dari awal berkawan. Dia suka memaksa. Adik dah hampir sepuluh tahun kerja kat syarikat tu. Ibu pun tahukan adik dah naik pangkat?" ibu mengangguk sebelum mengusap pipi Choa.
"Takkan sebab tu je, dik?"
"Adik tak fikir ada sebab lain, lang."
"Adik cakap dengan ibu betul-betul. Adik atau Raff ada orang ketiga ke?"
"Astaghfirullahalazim. Ibu ni. Agak-agaklah nak tuduh adik macam tu. Selama hari ni, adik nak keluar dengan siapa pun, Raff yang akan jemput adikkan? Bila masa pula adik ada orang ketiga?"
"Ke... Raff ni sendiri yang memang banyak masalah?" soal along.
"Adik tak tahulah, long. Geram pula dengan Raff ni. Kalau tak nak cakap, terus-terang. Nilah sebab kenapa adik tak nak bertunang cepat-cepat. Ibu tengoklah sendiri perangai jantan tak matang ni!" bentak Choa bersama air mata yang berjujuran.
"Dah tu. Tak cantik adik along menangis macam ni..."
"Adik bukan nangis pasal dia long. Tapi, adik geram dia buat keluarga kita macam ni. Dia ingat keluarga kita takde maruah ke?"
"Adik dah call mama, papa dia?"
"Dah, tapi tak berangkat langsung. Eee! Geramlah!" jerit Choa.
"Adik, sudah tu. Dengar dek tetamu suara adik nanti." tegur ibu. Keluhan berat Choa lepaskan.
"Along ada idea ke, long?"
"Idea? Ada."
"Apa idea along?"
"Pergi cari jantan bodoh tu, lepas tu belasah sampai dia mengaku apa punca dia buat macam ni."
"Kau ni, long. Agak-agaklah. Kau nak tidur kat lokap ke?"
"Dah kau tanya along ada idea ke tidak. Itulah idea along."
"Sudah tu. Kamu bertiga ni, asyik nak membelasah orang je. Suka sangat ke nak tidur dalam lokap?"
"Ish, ibu ni pun. Kami kalau belasah orang, takdelah sampai nak tinggalkan bukti, bu. Kami tahulah nak hapuskan bukti macamana. Ibu jangan risau."
"Sedap kamu cakap ya, ngah. Ibu ngan babah ni tak senang duduk bila dapat tahu anak si polan tu kena belasah." along, angah dan along bertukar pandangan sebelum tertawa kecil.
"Masalahnya bu, bukan semua orang kami buat macam tu, bu. Kami ajar pada yang betul-betul perlu diajar. Contohnya, budak Raff ni. Memang perlu diajar." tambah angah lagi.
"Jangan nak mengada, ngah. Ke dalam kamu nanti."
"Ibu janganlah doakan macam tu."
"Dah tu, takkan nak biarkan je kamu tu pukul anak orang?"
"Bukan nak pukul teruk pun. Nak kasi ajar je. Biar dia tahu, adik angah ni bukan boneka untuk dia permainkan. Nak, datang. Tak nak, campak." sempat angah kerling ke arah Choa yang masih menangis hiba.
"Dahlah, dik. Banyakkan bersabar. Istighfar. Doa yang baik-baik. Allah Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam hati setiap hambaNya." tegur ibu seraya mengusap belakang Choa.
"Adik kesal dengan perangai dia, bu. Kalau tak suka, cakap dari awal. Bukan adik tak pernah tanya dia sebelum ni. Adik tanya baik-baik, betul ke nak bertunang. Dia berkali-kali cakap yang dia nak ikat adik sebelum orang lain caras. Tapi, hari ni..." esakan Choa semakin kedengaran.
"Kenapa dia buat adik macam ni? Apa salah adik?" bergema tangisan Choa di dalam kamarnya. Ibu, along, angah dan alang hanya mampu mengusap lengan, belakang badan Choa bagi menenangkan Choa.
"Adik..." along menghampiri adik bongsunya sebelum merangkul bahu Choa. Kepala Choa melentuk elok di bahu along, atau nama sebenarnya, Naquidin Nabil.
"Kenapa dia buat adik macam ni, long? Apa salah adik?" lencun wajah Choa dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.
"Dengar cakap along. Mungkin tuhan tu nak tunjuk pada adik yang Asyraff Akiff ni memang tak layak untuk adik. Dia bukan lelaki yang selayaknya untuk adik along yang cantik jelita ni." dagu Choa dielus sebelum dahinya menjadi sasaran ciuman si along.
"Ish, along ni!" Choa berusaha menolak muka Naqui yang mahu menciumnya.
"Along! Gelilah! Janggut tu..." marah Choa seraya berusaha menolak muka Naqui yang berura-ura mahu menciumnya.
"Tahu geli. Gelilah best, dik." balas along. Choa tayang muka 'smirk'.
"Banyaklah along. Dahlah! Adik nak turun bawah. Nak jumpa babah." Choa terus berdiri sambil menanggalkan semua perhiasan yang dihias indah di rambut panjangnya.
"Adik, nanti." panggilan ibu mematikan langkah Choa.
"Apa, bu?" Choa menghampiri ibu yang berwajah sedih. Tangan ibu digapai dan digenggam.
"Ibu jangan risau. Adik okey je. Adik takkan rasa menyesal dengan apa yang berlaku ni. Adik tahu jaga diri adik. Ibu percayakan adikkan?"
"Anak ibu kuatkan?" pipi Choa dielus.
"In shaa Allah, bu." balas Choa sebelum mengucup kekura tangan ibu.
"Jom, ibu temankan adik turun jumpa babah."
"Thanks, bu. Adik sayang ibu."
"Ibu sayang adik juga." ibu dan anak beriringan menuju ke tingkat bawah rumah banglo tiga tingkat itu.
"Adik, betul ni keputusan yang adik buat ni?" soal babah usai semua tetamu pulang meninggalkan mereka anak-beranak di dalam rumah banglo mewah itu.
"Betul, babah. Cukuplah. Adik nak teruskan hidup adik tanpa perlu toleh ke belakang lagi. Bagi adik, lelaki bernama Asyraff Akiff dah mati."
"Adik nak teruskan kehidupan adik dengan jawatan yang adik sandang sekarang. Lepas tu, nak pergi travel keliling dunia. Kita pergi sama-sama ya ibu, babah?" ujar Choa penuh teruja.
"Alhamdulillah. Babah tahu anak bongsu babah ni seorang yang kuat, hati kental." bahu Choa dirangkul manja.
"Tapi, kekadang cengeng juga." celah ibu.
"Ibu..." rengek Choa sebelum memeluk babah dan ibu di kiri kanannya.
"Terima kasih sanggup terima keputusan adik ni. Kalaulah adik tak terima pinangan dia, kita takkan dianiaya sebegini dan kita takkan dimalukan sebab inikan?"
"Sudahlah tu. Babah tak peduli pasal tanggapan orang lain. Yang penting, anak babah bijak membuat keputusan untuk hidup dia sendiri."
"Thanks, babah. In shaa Allah, adik akan move on. Banyak lagi benda penting yang adik nak buat lepas ni."
"Kalau adik bertembung dengan dia?"
"Akan akan sebaik mungkin jauhi diri dari manusia tak tahu bersyukur tu."
"That's my girl..." satu kucupan dilabuhkan di dahi Choa.
"Adik, alang rasa, kita boleh saman si Raff dengan family dia."
"Perlu ke semua tu, lang?"
"We have too, dik. Ini demi menjaga air muka dan maruah keluarga kita yang dah tercalar."
"Betul apa yang alang katakan, dik. Kita bukan kisahkan wang ringgit. Tapi, maruah diri harus dipertahankan."
"Alang fikir, dalam hal berkaitan, kita kena ajar lelaki macam Raff ni, agar tidak sewenang-wenangnya mempermainkan hati dan perasaan orang lain. Dan kena faham, kita keluarga yang berkedudukan tinggi dan punya maruah." tegas alang.
"Alang, ini bukan mahkamah, lang." tegur babah membuatkan semua tertawa kecil.
"Sorry, babah. Terbiasa pula sampai terbawa kat rumah. Hihihi..." ujar alang sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Bagi babah, apa yang along dan alang katakan tu, ada betulnya." semua menumpukan perhatian pada babah.
"Babah bukan nak wang ringgit tu semua. Apa yang kita ada ni, dah cukup buat kita anak-beranak. Tak habis tujuh keturunan kekayaan yang kita ada ni."
"Cuma, babah tak nak orang lain tahu keluarga kita mudah diperdayakan. Suka-suka je orang nak malukan kita. Babah tak nak macam tu..." Choa menekur ke lantai sambil meramas-ramas tangannya sendiri.
"Angah setuju dengan babah. Angah takut lepas ni, ada lagi pihak yang cuba nak menangguk di air yang keruh. Dengan alasan, nak test market. Kot-kotlah, adik ni boleh dimain-mainkan."
"Sebab tu along cakap, kita kena pertahankan maruah keluarga kita. Babah dan ibu bukan sebarangan orang. Kita punya kedudukan dalam masyarakat. Apa yang kita buat ni sekadar nak mengajar manusia bernama Asyraff Aqiff agar jangan cuba menjolok sarang tebuan." tegas along.
"Adik, macamana? Semua dah setuju."
"Adik ikut je mana yang baik."
"Good to hear that." tambah alang.
"But, adik. Please make sure, jangan jawab panggilan dari jantan jahanam tu. Jangan balas wassup atau mesej dia. Biar dia meroyan sendiri." tegah along.
"Kali ni, kita ajar jantan bacul ni cukup-cukup! Biar dia rasa, keluarga kita bukan mudah untuk diperkotak-katikkan!" tegas angah bersama tangan yang dikepal.
Semua mata mencerlung tajam ke arah angah yang sememangnya tegas bila berbicara.
"Apa? Salah ke angah cakap?"
"Salah tu tidak. Angah tu beria sangat! Tahulah awak pun lawyer. Mengalahkan ahli politik pula." usik alang membuatkan semua tertawa kecil dengan gelagat angah.
Cuti tahunan yang diambil Choa sebelum majlis pertunangannya, digunakan sebaik mungkin untuk merehatkan minda yang bercelaru.
"Adik tak nak keluar berehat ke? Maksud ibu, berehat di tepi pantai ke?"
"Malaslah, bu. Adik lebih suka duduk rumah. Tak panas, tak peningkan kepala. Cukuplah adik dah pening kepala, tak nak adik tambahkan lagi sakit kepala ni." omel Choa.
"Mak oi. Anak dara ibu ni. Sikit je ibu tanya. Dia punya jawapan, dah boleh buat satu bab novel." usik ibu membuatkan Choa menayang wajah cemberut.
"Sorry, sayang ibu. Ibu bergurau je." Choa faham maksud ibu.
"Adik okey je, bu. Nak keluar tu yang buat adik malas. Malas sangat. Lagipun, adikkan susah nak cuti. Dah dapat cuti ni, biarlah adik berehat secukupnya. Sebab, adik dah janji dengan babah yang adik nak sibukkan diri dengan jawatan yang baru adik sandang ni."
"Ibu tahu adik tu workaholic. Tapi, jangan sampai abaikan kesihatan."
"In shaa Allah, tak bu. Lagipun, adik suka dengan kerja adik ni. Adik belajar dalam bidang yang berkait rapat dengan kerja adik sekarang."
"Ibu faham minat anak-anak ibu. Cuma, dengar cakap ibu. Ibu tak nak anak ibu jatuh sakit sebab terlalu hadap kerja-kerja pejabat tu. Kerja-kerja tu semua takkan habis, dik."
"Ibu pun pernah kerja dulu sebelum along lahir. Hampir sepuluh tahun, abadikan diri dengan kerja kat pejabat. Sebab tu ibu tak nak adik terlalu tumpukan kerja kat pejabat. Diri sendiri pun kena ambil berat juga. Jangan sampai kesihatan terabai."
"Ya, bu. Adik faham."
"Apa kata, malam ni kita ajak babah ke benteng atau ke uptown? Tak payah masak malam ni. Macamana?"
"Menarik juga idea ibu tu. Tapi, ibu okey ke makan at tempat macam tu? Kalau ibu okey, adik on je..."
"Eh, kenapa tanya macam tu? Ibu kat mana-mana pun okey asalkan tempat makan tu bersih."
"Okey, deal. Kita tunggu babah balik. Tapi, kalau babah sibuk, tak payahlah, ya, bu? Kesian pula adik kat babah. Tentu babah penat baik kerja nanti."
"Yang tu, adik tak payah risau. Tahulah ibu cakap ngan babah nanti. Lagipun, babah yang suruh ibu tanya adik. Babah tu risaukan adik je..."
"Auw... Cuwitnya... In shaa Allah, adik okey. Ibu ngan babah jangan risaukan adik. Adik dah besarlah, bu." ujar Choa seraya mendakap erat si ibu.
"Apa yang adik risaukan sekarang ni, ibu ngan babah."
"Ah, tak payah nak risaukan kami. Kami dah tua, dik. Adik tu, muda lagi, cantik, bijak pandai."
"Pun ditinggalkan, bu..."
"Hanya lelaki yang tak cerdik je tinggalkan gadis sebaik dan secantik anak ibu ni..."
new novel buat semua... happy reading
Share this novel
maaf ye nak komen sikit.. baru baca bab 1 rapi kenapa macam baca skrip atau dialog cerita. terlalu lama bab ni stuck kat insiden majlis tunang rak jadi ni.
cemburula ni hijihi