DDSR - BAB 3 - REZEKI

Romantic Comedy Completed 17692

"Jangan menyesal jantan bacul!" bentak Addy bersama sengehan.

"Keluar! Berambus! Berambus!" jerit Asyraff. Addy ketawa besar melihat gelagat Asyraff yang terasa tercabar dengan kata-kata Addy.

"Sial! Macamana aku boleh lupa, Addy dengan Choa, sepupu? Argh! Bodohnya aku!" Asyraff menepuk dahinya sendiri.

"Argh! Celaka kau, Choa! Berani keluarga kau saman aku? Dah hamak sangat ke nak duit aku sampai sanggup saman aku sebab tak datang masa majlis bertunang?" omel Asyraff sendirian. Badan disandarkan kasar ke kerusi.

Asyraff tak sangka, perbuatannya itu boleh diambil tindakan undang-undang. Asyraff lupa, dua abang Choa peguam yang berkaliber dan sangat terkenal dengan karakter tegas. Sudah tentu, mereka takkan berdiam diri selepas dimalukan sebegitu rupa oleh Asyraff sekeluarga.

"Raff, Raff pergi jumpa Choa dan minta maaf. Mama percaya, Choa tu masih sayangkan Raff. Nanti, pujuk Choa baik-baik. Minta Choa tarik semula saman tu." pujuk mama, Datin Ika seraya mengusap bahu anak kedua dari tiga beradik.

"Takde maknanya dia sayangkan Raff lagi."

"Ala, Raff tak cuba. Perempuan macam Choa tu, mudah lembut hati. Raff pujuk je Choa tu. Lembutlah hati dia nanti." Asyraff menjeling mamanya.

"Mama ni kalau bercakap, semua benda mama anggap mudahkan?"

"Memang mudahlah. Raff tu je tak nak cuba. Choa tu, apalah sangat." ujar mama selamba sambil menayangkan kuku panjangnya yang telah diwarnakan dengan warna merah hati.

"Mama cakap senanglah! Raff yang kena hadap dia! Dahlah dia blok nombor Raff!"

"Blok? Nampak gayanya, macam marah sangat tu."

"Memanglah dia marah. Majlis dia dah dimalukan sebab kita tak muncul!" bentak Asyraff menunjukkan protesnya.

"Papa dah cakap dari awalkan, putuskan hubungan Raff dengan perempuan yang tidak diketahui asal usul tu! Entah dari mana datangnya keluarga dorang ni, semudah itu Raff nak bawa budak sebarangan dalam keluarga kita?" soal Datuk Ikhwan seraya menghisap paip mahalnya.

"Papa ni tak habis-habis sibuk dengan statement papa. Papa tu baru je dapat kurniaan tak payahlah nak gah sangat." sindir Asyraff seraya menjeling tajam ke arah mama dan papanya.

"Raff yang nak ikat si Choa tu sebab Raff sayangkan Choa. Papa dengan mama yang halang Raff masa tunang tu kenapa?"

"Aik! Raff sendiri pun memang tak nak bertunang dengan budak tukan? Sebab tu, Raff tak munculkan diri masa majlis pertunangan hari tukan?" ujar mama tak mahu kalah.

"Sekarang, hadaplah sendiri! Duit Raff banyakkan? Bayar jelah kat keluarga budak tu. Memang keluarga spesis nak kaut harta orang agaknya." sindiran Datuk Ikhwan cukup menyakitkan hati Asyraff.

"Ish, papa ni. Menyakitkan hati je bercakap dengan orang berlagak ni! Dahlah! Malas Raff nak layan papa yang tak pernah nak kalah ni!" bentak Asyraff sebelum berlalu.

"Anak kurang ajar! Kita pula dipanggil berlagak! Dia lupa ke mama, papa dia dah dapat anugerah dan pangkat dari istana? Takkanlah kita nak terima bakal menantu sebarangan?"

"Betul juga kata papa tu. Bakal menantu kita kena sama level dengan kitakan, pa? Barulah kata orang sekufu." mama mempertahankan suaminya. Sama je perangai laki bini, berlagak.

"Tahu pun. Ini, entah mana datangnya budak perempuan ni nak dijadikan isteri. Silap haribulan, anak orang miskin dari kampung."

"Tulah tu. Mama dah cakap dengan Raff. Degil pula tu. Tapi, pelik juga bila dia sendiri yang tak nak muncul di majlis pertunangan tu."

"Memang tak berani si Raff tu."

"Apa maksud papa?"

"Papa dah ugut dia. Kalau dia degil juga nak bertunang dengan budak sebarangan tu, papa tarik semua hak dia. Kedudukan dia dalam syarikat sebagai Chief Executive Officer, kad kredit platinum dia, kereta, semua papa akan rampas."

"Hurm, patutlah dia tak pergi. Dah kena ugut rupanya."

"Kalau papa tak buat macam tu, si Raff tetap nakkan budak perempuan kolot tu. Entah apa yang menarik sangat dengan perempuan tu pun, papa tak tahu. Ramai lagi perempuan kat luar sana yang jauh lebih cantik, lebih layak untuk dijadikan isteri dari budak perempuan tu..."

"Kalau macam tu, papa carilah anak datuk-datuk, anak tan sri ke untuk Raff. Mana tahu, Raff berkenan. Bolehlah kita buat menantu. Dapat anak orang kaya, kita joint venture business, bertambah kaya kita, pa."

"Memang itu pun impian papa. Papa dah cakap dengan Raff pasal impian papa ni. Tapi, anak mama ni degil sangat. Nak juga dengan budak sebarangan tu. Entah apa yang budak perempuan tu dah bagi kat Raff sampai Raff selalu sangat melawan papa."

"Dahlah, pa. Biarlah Raff selesaikan masalah dia sendiri. Sikit hari tu, okeylah anak papa tu. Mama suruh dia pujuk budak perempuan tu, tak nak."

"Ah, pedulikan pasal budak perempuan tu! Yang penting sekarang ni, kita kena buat Raff lupakan budak perempuan tu."

"Papa jangan risau. Biar mama yang pujuk Raff. Tak jalan juga pujukan mama ni, tahulah mama nak buat apa."

"Mama jangan buat benda tahyul pula."

"Ish, papa ni. Takkan sampai ke situ pula. Mama ni tak bodoh lagi. Papa jangan risau. Yang penting, mama akan buat Raff lupakan si Choa tu."

"Apalah nama yang bukan-bukan je diberi mak bapak budak tu? Choa? Takde nama yang lebih elok ke? Yang lebih moden. Ada ke nama dia Choa. Nampak sangat kampung!"

"Dahlah tu, pa. Naik pula darah tinggi papa nanti."

"Tahu pun mama. Dah jangan nak sebut lagi nama budak kampung tu. Menyakitkan hati je..." bebel papa sebelum menatal telefon bimbit yang baru dibeli.

"Baru dapat pangkat, dah berlagak. Entah reti ke tidak nak guna telefon tu." omel Asyraff dari ruang dapur seraya mencerlung tajam ke arah mama dan papanya.

"Eee, geram betul aku dengan Choa ni. Benci sangat kau kat aku sampai nak blok aku bagai. Kau lupa ke siapa aku pada kau?" bebel Asyraff lagi. Pelbagai cara dan usaha Asyraff lakukan demi nak berhubung dengan Choa. Tapi, semuanya menemui jalan buntu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Adik..." Choa menoleh bila bahunya disentuh seseorang.

"Eh, Abang Addy. Buat apa kat sini?"

"Interview."

"Interview? Kat tempat adik ni?"

"Ha'ah. Kebetulan pula eh, jumpa adik kat sini."

"Tulah tu. Last jumpa hari tu, kat rumah babahkan?"

"Adik, sorry eh." berkerut dahi Choa.

"Sebab?"

"Sebab Raff." riak wajah Choa berubah.

"Kalau Abang Addy tak kenalkan pada adik, tentu adik tak sekecewa ini."

"Adik dah okey. Semua tu adik anggap sebagai satu ujian buat adik. Bukan salah Abang Addy pun. Benda dah berlaku. Adik redha."

"Abang Addy tahu, adik kuat."

"In shaa Allah. Eh, Abang Addy dah interview ke belum?"

"Dah. Nak jalan balik tadi. Nampak macam kelibat adik. Tu yang Abang Addy tegur tu. Tak sangka memang betul adik." Choa tersengeh.

"Alhamdulillah. Kalau dapat kerja kat sini, lagi bagus. Adik ada kawan."

"In shaa Allah. Doakan Abang Addy, ya?"

"In shaa Allah."

"Abang Addy dengar adik dapat naik pangkat."

"Alhamdulillah. Rezeki adik."

"Nampak tak, Allah tarik sesuatu yang tak elok dari adik, tapi Allah ganti dengan sesuatu yang membahagiakan."

"Alhamdulillah, Abang Addy. Adik pun tak sangka, adik dapat naik secepat ini."

"Rezeki tak pernah salah alamat, dik. Itu namanya adik berkelayakan dan berkaliber dalam menjalankan tugas."

"Bercakap macam big boss je Abang Addy ni." Addy tertawa kecil.

"Eh, Abang Addykan kerja..."

"Abang dah resign." terdongak Choa.

"Resign?"

"Hurm. Dia salahkan adik dan famiily sebab saman dia. Abang Addy pertahankan mana yang betul. Dia tak puas hati bila abang cakap dia salah. Dia pecat abang."

"Kesiannya Abang Addy."

"Ah, no hallah. Kebetulan, sebelum abang jumpa mangkuk hayun tu, abang dah letak jawatan dulu."

"Pulak..."

"Yap. Abang tahu sangat perangai dia yang tak matang tu. Kena sergah sikit, dia cepat melatah. Tak layak jadi pemimpin."

"Ah, biarlah dia. Along, angah, alang tak benarkan adik berhubung dengan dia. Sebab tu, adik terus blok dia. Menyusahkan je. Sibuk nak pujuk bagai. Ingat adik ni anak patung ke? Takde hati, perasaan, takde maruah?"

"Adik okey tak ni? Betul-betul okey ke?"

"In shaa Allah, Abang Addy. Hidup perlu diteruskan. Adik tak nak fikirkan hal manusia tak bersyukur tu. Biarlah dia dengan dunia dia. Adik percaya, Allah tu tak tidur."

"Ni yang abang nak dengar. Terus kuat ya, adik?"

"In shaa Allah."

"Abang balik dulu, eh? In shaa Allah, ada rezeki, kita akan selalu bertemu kat sini." Choa melorek senyuman.

"In shaa Allah. Hati-hati memandu, Abang Addy."

"I will. Take care princess." tersengeh Choa dipanggil princess oleh Addy sebelum Choa membuat bentuk hati menggunakan jariu-jemarinya.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam." Addy menghela nafas lega melihat adik sepupunya mampu tersenyum lebar.

"Kau takkan bertemu dengan gadis sebaik Choa, Raff. Kau akan menyesal tinggalkan dia." omel Addy sebaik masuk ke dalam kereta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tok! Tok!

"Masuk!" pintu dikuak.

"Assalammualaikum and good morning Cik Nasuha."

"Waalaikumussalam, Fina. Come in." ujar Choa tanpa memandang ke arah pintu pejabatnya. Choa kenal suara pembantunya.

"Err, Cik Nasuha, ini pekerja baru yang akan menjadi pembantu Cik Nasuha, sebagai penolong pengurus pemasaran."

"Jemput dia masuk."

"Baik, Cik Nasuha. Err, saya keluar dulu, Cik Nasuha."

"Okey, Fina. Sorry, I sibuk ni. Nak siapkan proposal untuk Datuk Lokman."

"Ya, Cik Nasuha. Saya faham. Saya keluar dulu."

"Thanks, Fina."

"Silakan, encik. Duduk dulu, ya. Cik Nasuha tengah sibuk tu."

"Takpe, saya faham." ujar lelaki berkenaan sebelum berdiri tegak sebaik Fina, pembantu peribadi Choa melangkah keluar.

"Ehem!" lelaki itu berdehem.

"Ya Allah, Abang Addy. Sorry, sorry. Adik leka buat kerja sampai lupa... Eh, Abang..." Addy tersenyum lebar sebelum sempat Choa meneruskan kata-katanya.

"Abang Addy dapat jawatan penolong pengurus pemasaran?" Addy jongket kening kanan.

"Alhamdulillah. Ya Allah, tak percaya adik dapat pembantu sepupu sendiri. Eh, duduklah Abang Addy."

"Adik, kita kat pejabat tau. Make sure jangan panggil Abang Addy macam tu. Panggil je Addy. Lagipun, umur kita tak jauh beza pun."

"Err, macam kekok ke nak panggil Addy." balas Choa.

"Takpe. Kat sini, adik boss Abang Addy. Jadi, seeloknya, kita jaga batas kita bersama. Abang Addy tak nak nama adik buruk disebabkan kita punya pertalian darah."

"Adik tak berani janji. Tengoklah macamana nanti. Lagipun, rasa teruja bila abang adik ada dekat dengan adik kat sini. Rasa selamat sikit."

"Habis tu, selama hari ni, adik tak selamat ke?" usik Addy denngan tawa kecilnya.

"Takdelah macam tu. Setakat ni, alhamdulillah. Kat sini, semua orang baik sangat dan jenis yang menjaga antara satu sama lain. Tapi, kalau ada Abang Addy, lagilah selamat adik rasa kat sini."

"Alhamdulillah, kalau adik rasa macam tu. Takpe, mulai hari ini, saat ini, Abang Addy akan pastikan nyawa dan diri adik terjaga."

"Hihihi... Abang Addy ni, kelakarlah! Tapi, pelik. Kenapa takde awek, eh?"

"Ala, belum masanya lagi. Dah sampai jodoh abang nanti, adik orang pertama yang tahu."

"Deal!" serta-merta Choa menghulurkan jari kelingkingnya tepat ke muka Addy.

"Amboi, suka betul ambil kesempatankan?" Choa tertawa kecil saat Addy mencantumkan jari kelingking mereka.

"Yes! Abang Addy berhutang dengan adik!"

"Yelah, dik. So, sekarang apa skop kerja abang sebagai penolong pengurus pemasaran?"

"Good. First at all, abang kena faham dulu company buat business apa dan strategi company untuk meluaskan cabang dan perniagaannya. Ini fail syarikat dan adik nak Abang Addy go through satu per satu."

"Okey. But, where's my workstation?"

"Tu, depan meja Fina." balas Choa seraya menuding ibu jari ke arah meja yang bertentangan dengan biliknya.

"Kalau Abang Addy nak tahu, Fina tu, personal assistant adik, bujang lagi, single-mingle." terjongket kening Addy.

"Asal, Kuala Selangor. Tak jauh pun dari sini". selamba Choa bercerita. Seolah sengaja memancing Addy untuk berkenalan dengan Fina, pembantu peribadinya.

"Amboi, detailnya..." Choa tertawa kecil.

"Saja je, bagitahu. Kotlah, nanti Abang Addy tanya adik pasal Fina. Oh, by the way, Afina Azra binti Amirul Asyraff."

"Pardon me?" soal Addy bersama kerutan di dahi. Choa tayang riak wajah selamba.

"Tak. Adik bagitahu nama penuh Fina, Afina Azra binti Amirul Asyraff." tergeleng kepala Addy dengan gelagat adik sepupunya.

"Adik, adik. Suka sangat usik orang eh..." tersengeh Choa menampakkan barisan gigi putihnya.

"Okeylah. Abang Addy nak semak fail syarikat ni dulu."

"Okey. Apa-apa yang tak tahu, tanya Fina, bukan adik, tau." usik Choa lagi.

"Nasuha..." meleret suara Addy sambil mencekak pinggang membuatkan Choa tertawa gembira.

'Gelaklah dik. Asalkan adik bahagia...' gumam Addy sebaik melangkah keluar dari pejabat Choa.

"Nak makan kat mana?"

"Manalah Abang Addy tahu. Nikan kawasan adik?" terjongket kening Choa dengan statement Addy.

"Tak, maksud Abang Addy, adik lagi kenal tempat ni dari Abang Addykan? Abang Addy baru start kerja hari ni..."

"Hurm, nasib baik statement tu diperbetulkan. Masalah pula nanti."

"Nasuha Nabibah!" berderau darah Choa bila namanya disebut suara yang Choa dapat teka gerangannya.

enjoy reading guys...

Share this novel

DHIA AMIRA.
2026-04-06 18:22:19 

sekufu ni pnting sgt ke? xfhm huhu.


NovelPlus Premium

The best ads free experience