Completed
17692
"Nasuha Nabihah!" berderau darah Choa bila namanya disebut suara yang Choa dapat teka gerangannya.
"Macam kenal suara tu. Mangkuk hayun tu..." perlahan, tapi masih dapat didengari Addy.
"Buat tak tahu je. Dia usik adik, Abang Addy takkan berdiam diri." ujar Addy selamba.
"Choa!" suara itu semakin dekat.
"Apahal terjerit-jerit panggil nama orang macam orang gila? Memang gila ke?" soal Choa tidak puas hati.
"Err, Fina, panggil pengawal." ujar Addy perlahan pada Fina yang sedikit gentar melihat Choa dengan lelaki yang pernah dia tengok sebelum ini.
"Ba...baik Encik Addy." laju jari-jemari Fina menatal telefon bimbitnya. Kebetulan, mereka makan di cafe belakang bangunan tempat mereka bekerja.
"You semakin kurang ajar!"
"By the way, you siapa nak jerit-jerit panggil nama orang macam tu? Do we know each other?" soal Choa selamba sambil melipat tangan ke dada. Beberapa pasang mata pelanggan yang sedang menikmati juada makan tengahari turut memerhatikan situasi itu.
"You jangan melampau, Choa. I ni..."
"You siapa? I kenal you ke? Oh... You jantan bacul yang tinggalkan majlis pertunangan tukan?" sengaja Choa memanaskan keadaan dengan soalan yang menyakitkan dan memek muka yang membuatkan Asyraff mengepal penumbuk.
"Tak sangka, gadis yang I kenal sebelum ni penuh dengan kelembutan, dah jadi perempuan kurang ajar!"
"I pun tak sangka. Lelaki yang selama ini I kenal elok perangai, berlagak jantan rupa-rupanya pengecut! Bacul!" balas Choa membuatkan ada pelanggan di situ mentertawakannya.
"Jangan melampau, Choa."
"Dan, you pun, jangan melampau. You ingat you siapa? Parents baru dapat pangkat dah nak berlagak?" terpempam Asyraff.
"Ingat dengan title yang parents you pegang sekarang ni, boleh buat I takut ke? You ingat, you kaya-raya... Ops! Baru nak jadi kaya, dah boleh nak malukan orang?"
"Choa, kenapa dengan you ni?"
"Ah! Tak payah nak berpura-puralah. I'm not interested. Jangan buat kecoh kat sini kalau you tak nak malu. Baik you blah!"
"I datang nak jumpa you, Choa."
"For what purpose? Personal atau pasal kerja? Kalau nak jumpa I, kena go through secretary I... I tak layan orang kat tepi-tepi jalan ni."
"You semakin bongkak, Choa."
"You can say anything you want, Encik Asyraff Aqiff. But, seriously, I'm not interested nak cakap atau nak tengok muka you. So, get lost!" kasar bahasa Choa.
"Jangan berlagak, Choa."
"So, what? You ada masalah ke?" panas hati Asyraff dengan jawapan Choa.
"Hei, sepatutnya, you kena sedar diri you tu. You yang sepatutnya jangan berlagak. Baru je pun naik pangkat jadi Chief Executive Officer kat syarikat kecil je, dah berani nak main kasar?" Choa tertawa kecil.
Addy masih terus menyuap makanan ke dalam mulut tanpa mempedulikan kehadiran Asyraff. Tapi, itu tidak bermakna, Addy sekadar membiarkan Asyraff memperlakukan sesuka hati pada Choa.
"Please, Choa. I ada hal penting nak cakap dengan you. Kita ke cafe lain."
"Sorry. I dah cakap I'm not interested. Lagipun, I bukan macam you suka curi tulang time kerja." sindir Choa.
"Apa yang buat you jadi macam ni? Siapa yang cucuk you?"
"You tanya soalan apa, siapa buat I jadi macam ni? Hello..." meleret suara Choa.
"You lupa ke angkara siapa? Siapa yang berjanji bulan bintang tapi memungkirinya? Siapa yang janji untuk ikat tali pertunangan, at the end tak muncul-muncul?" Asyraff lepas keluhan.
"Jangan tanya soalan bodoh yang boleh buatkan you sendiri sakit hati. Pergi baliklah! Menyemak je! Nak makan pun tak senang!"
"Choa, please. We need to talk."
"Nak cakap, cakap je sekarang. I takde masa. Lepas ni ada meeting dengan management."
"Choa, please sayang. Bagi I peluang."
"Sorry? I...I tak dengarlah. You cakap apa tadi? Sayang? Buwerkkk!" sengaja Choa buat gaya nak muntah di depan Asyraff menambahkan lagi kesakitan hati Asyraff.
"Dah terdesak baru nak bersayang bagai? Sebelum ni, you ke mana? Kenapa menghilang masa majlis pertunangan? Ke...you memang bacul? Penakut?"
"Jangan tuduh I macam tu, Choa."
"Itu bukan tuduhanlah! Itu kenyataan yang sememangnya you ni bacul! Penakut! You tak pandai buat keputusan sendirikan?" Asyraff mati diksi.
"Apa pun you nak cakap sekarang, I takkan termakan pujuk rayu you lagi. By the way, saman tu, settle sendiri. You berhak disaman pun. Ikutkan hati I, memang family I akan saman sejuta dekat keluarga toksik you." tercengang Asyraff mendengarnya.
"Tapi, keluarga I bukan macam keluarga you. Gila intention. Dah! Baik you blah. I takkan termakan pujuk rayu you. Takkan! Nak settle, jumpa lawyer I. You kenalkan siapa lawyer I."
"Choa, please. I...I masih sayangkan you." meletus ketawa Choa mendengar ungkapan yang boleh membuatkan dia rasa loya.
"Tak payahlah nak berdrama bagai. Bosanlah. Pergilah balik. I takkan tarik balik saman dan kata-kata I. Jangan ingat I tak tahu macam-macam kata hinaan you pada I sekeluarga. I tak buta dan I tak pekak. Ingat tu. Sampai mati pun, I takkan maafkan you sekeluarga. Blah! Berambus!"
"Choa sayang..."
"Guard!" jerit Choa sebaik kelibat Fina bersama dua orang pengawal keselamatan muncul.
"You halau I, sayang?" Choa menjeling tajam ke arah Asyraff yang masih menggunakan perkataan sayang.
"Cik Nasuha..." dua orang pengawal berlari mendapatkan Choa.
"Bawa Encik Asyraff Aqiff ni keluar dari cafe ni. I nak makan. Tak selera dia ada kat sini." sindir Choa seraya menghenyakkan punggung di kerusi.
"Choa!"
"Blahlah!" halau Choa tanpa memandang Asyraff.
"Encik, silakan."
"Choa, I sayangkan you."
"Bawa dia keluar sekarang!"
"Choa, please. Bagi I peluang untuk I betulkan keadaan."
"Too late. Get lost. Seret dia kalau dia tak nak keluar!" arah Choa dengan nada yang sedikit tinggi.
"Encik, kami akan gunakan kekerasan jika encik berdegil." tegur salah seorang dari pengawal tersebut.
"Choa! Choa!" Asyraff dipegang tangan kanan dan kirinya sebelum ditarik keluar dari kawasan cafe.
"Finally." ucap Choa seraya menghela nafas lega.
"Dia tak perasan Abang Addy ke?" soal Choa selamba di depan Fina.
"Tak kot. Lagipun, abangkan duduk membelakangkan dia. Tu yang dia tak perasan tu..."
"Maybe. Argh! Tinggal tiga puluh minit lagi. Adik ada meeting lepas ni." terkocoh-kocoh Choa seraya menarik tas tangannya sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
"Makan perlahan-lahan, dik. Lepas ni, solat dulu. In shaa Allah, ada masa lagi nak masuk meeting." tegur Addy membuatkan Choa terhenti langkah.
"Habiskan makanan tu. Kesian makanan tu. Menangis dia nanti." tambah Addy lagi.
"Sorry, Abang Addy." balas Choa sebelum duduk dan menghabiskan makanan di dalam pinggan sehingga habis.
"Alhamdulillah. Selesai sudah meeting hari ni."
"Alhamdulillah. Betul tak apa yang abang cakap? Jangan tergopoh-gapah. Yang penting, sibuk macamana pun, solat jangan tinggal. Kalau kita ada masa untuk buat perkara lain, takkan solat yang tak sampai sepuluh minit tu pun tak boleh nak buat?"
"Adik faham. Lepas ni, adik janji, adik akan cepatkan waktu solat."
"Good. Abang Addy nak draft report dulu. Nanti nak buat report untuk proposal yang adik buat tadi."
"Eh, Abang Addy boleh ke?"
"In shaa Allah, bisa diatur. Tak usah ribut-ribut." usik Addy, sengaja mengejek slang indonesia lantaran Choa menggemari filem-filem indonesia. Choa pincing mata.
"Apa yang berlaku kat cafe siang tadi?" soal alang melalui panggilan telefon.
"Alang tahu?"
"Jantan bacul tu call alang."
"Dia mengadu apa? Adik nak gak tahu. Dibuatnya dia pusing cerita, memang nahaslah."
"Dia kata adik halau dia, marah dia, terjerit-jerit maki hamun dia."
"Wah! Ini sudah lebih. Dia yang datang-datang jerit nama adik dari belakang. Ramai saksi, lang kat cafe tu. Cctv pun ada. Nak ke? Adik boleh minta pihak management semak rakaman cctv tu."
"Alang percayakan adik."
"Kalau tak puas hati, alang boleh call Abang Addy."
"Addy? Nak buat apa?"
"Abang Addy ada dengan adik tadi. Kami tengah lunch."
"Addy lunch dengan adik?"
"Ha'ah. Abang Addy sekarang menjawat jawatan sebagai pembantu pengurus pemasaran. Maksudnya, Abang Addy kerja bawah adik."
"Serius, dik?"
"Ya. Tapi, jantan bengong tu tak perasan Abang Addy sebab Abang Addy duduk membelakangkan dia."
"Adik ke yang rekomen Addy?"
"Eh, tak. Abang Addy usaha sendiri. Adik baru tahu yang dia apply kerja kat tempat adik."
"Bukan dia kerja dengan jantan bacul tu?"
"Dah resign."
"Resign?"
"Sebelum dia mengamuk kat jantan bacul tu, Abang Addy dah resign dua puluh empat jam sebab tak puas hati apa yang jantan tu buat kat adik dan keluarga kita."
"Tapi, rezeki dia murah. Terus dapat kerja kat tempat adik."
"Alhamdulillah. Addy tu orang baik sebab tu senang dapat kerja."
"Betul. Itu adik setuju. Kerja dengan Abang Addy pun smooth je. Senang nak berurusan dengan orang yang tahu buat kerja."
"Eh, orang kat pejabat tu tahu ke adik dengan Addy ada kaitan?"
"Tak tahu lagi. Biarlah. Bila dah ada fitnah yang melanda, siaplah. Memang adik perang habis-habisan nanti." meletus ketawa alang mendengar jawapan Choa.
"Alang ni, ketawakan adik pula."
"Relakslah."
"Eh, alang. Jantan tu cakap apa lagi?"
"Apa lagi, dik? Nak suruh kita tarik saman. Dia sedia terima adik semula."
"Go to hell! Mati hidup semula pun adik tak nak."
"Dia merayu-rayu kat alang, dik. Minta maaf dengan drama air mata..."
"Ah! Alang jangan layan sangat jantan bacul tu. Dah tentu dia nak suruh kita tarik semula saman tu. Sebab tu beria-ia dengan drama air mata."
"Dia banyak duit, lang."
"Mana adik tahu semua ni?"
"Alang, kalau alang nak tahu, mama dan papa dia, baru dapat anugerah dari istana."
"Datuklah sekarang title dia..."
"Ha'ah, lang. Sebab tu semakin berlagak."
"Adik rasa, sebab tu ke Raff tak jadi nak bertunang dengan adik?"
"Mungkin kot... Abang Addy ada cerita yang dia berhenti kerja kat tempat jantan bacul tu sebab dia hina adik dan keluarga kita. Sibuk dok mention yang keluarga kita tak setaraf dengan keluarga dia."
"Kepala bana!"
"Tahupun alang marah."
"Tu statement kurang ajar..."
"Bukan setakat kurang ajar je, lang. Ni spesis keluarga tak sedar diri ni. Kesian lang. Baru merasa hidup dengan title datuk dan datin, kot. Tu yang rasa bangga sangat dengan title tu."
"Apa lagi yang Addy cerita kat adik?"
"Jantan tu tak sudah-sudah marahkan adik sebab blok dia. Dia kata adik ni macam-macam. Dia lupa agaknya, dulu tu dia sendiri yang terhegeh-hegeh nakkan adik."
"Hurm, memang masalah jantan ni. By the way, Addy sampai berhenti tu kenapa? Takkan disebabkan jantan bacul tu hina adik je?"
"Abang Addy sebenarnya serba-salah, lang. Diakan kerja dengan jantan bacul tu dan dia juga yang kenalkan jantan tu dengan adik. Jadi, mungkin juga Abang Addy tu rasa bersalah."
"Tapi, adik tak salahkan Abang Addy pun. Adik tahu, semua ni berlaku bukan salah dia pun. Yang salah, jantan bacul tu. Takut sangat nak buat keputusan sendiri."
"Jadi, dalam erti kata lain, si jantan bacul ni kena control dengan family dia sebab parents dia dah dapat title? Macam tu?"
"Tak mustahilkan?"
"Sedangkan selama adik kenal dia, dah dua kali adik jumpa mama, papa dia. Takde pula dorang nampak macam tak suka adik. Layanan dorang pun tip top."
"Bagi adik makan sedap-sedap. Semua disediakan untuk adik. Sampai mama dia ajak adik tidur kat situ."
"Adik pernah berbual dengan parents dia ke?"
"Pernah. Elok je kami berbual, lang."
"Time tu, adik ada cerita tak latar belakang keluarga kita?"
"Tak. Adik berpegang pada kata-kata babah dan ibu. Kalau betul orang nak kawan dengan kita, dia akan terima kita seadanya."
"Betul tu. Tapi, takkan dorang tak pernah tanya babah dan ibu kerja apa?"
"Ada je. Tapi, adik jawab, babah kerja biasa je. Itu je."
"Mungkin itu yang membuatkan dorang rasa kita tak sama level dengan dorang kot? Maksud alang, lepas parents dia dah dapat title datuk, datin, tu yang tiba-tiba rasa macam kita ni tak setaraf dengan dorang."
"Kalau itulah yang dorang fikirkan, memang eloklah adik tinggalkan dia walaupun hakikatnya dia dah tinggalkan adik terlebih dahulu."
"Takpelah, dik. Tak perlu fikirkan lagi hal dia. Yang penting sekarang ni, kita proceed je saman kat jantan bacul dengan family dia."
"Teruskan je, lang. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah."
"Adik nekad ke tak nak kembali ke pangkuan jantan bacul tu?"
"Mati hidup semula pun, adik takkan terima dia, lang. Biarlah. Kalau ada kelahiran semula pun, memang adik takkan terima dia. Cukuplah dia dah buat huru-hara dalam keluarga kita. Malukan babah dan ibu. Sorry, enough is enough."
"Adik betul-betul nekad ni..."
"Yes, I am. Ini keputusan terbaik yang adik buat demi diri dan keluarga kita, lang."
Share this novel