Completed
17740
"Hari ni, babah ngan ibu makan je apa je yang ada. Adik belanja."
"Alhamdulillah, murah rezeki anak babah." ujar babah seraya merangkul bahu anak daranya.
"Amboi, makan tiga beranak je ke?" Choa, babah dan ibu menoleh ke belakang.
"Angah! Kak Ngah, Melinda! Ya Allah, si comel makcu ada sekali. Meh sini, kat makcu." terus sahaja Choa mengambil si comel Melinda dari tangan kakak ipar.
"Mana tahu kami ada kat sini?" soal Choa, tidak puas hati saat angah dan kak ngah menghampiri babah dan ibu sebelum menyalami keduanya sebagai tanda hormat.
"Instinct angah kuat." selamba jawapan angah.
"Ish, abang ni. Suka usik adik. Ibu yang call angah ngah kak ngah, ajak join makan malam kat sini." Choa kerling ke arah ibu.
"Saja, nak meramaikan majlis..." balas ibu.
"Adik okeylah. Lagi ramai, lagi meriah."
"Dah, duduk sini, ngah. Ara, duduk sini."
"Patutlah, babah nak duduk kat meja panjang ni. Rupanya ada tetamu jemputan." ibu tersengeh sambil mencicip minuman.
"Err, kak ngah, angah order je nak makan apa. Adik belanja."
"Alhamdulillah. Angah baru nak minta adik belanja. Maklumlah. Adikkan dah naik pangkat."
"Takde hallah. Untuk family, adik takde masalah. Adik suka je kita sekeluarga berkumpul macam ni. Dapat tengok si comel kesayangan makcu ni." pipi Melinda dikucup bertalu-talu sehingga sikecil terkapai-kapai menolak muka Choa dengan tangan kecilnya.
"Aip... Dah pandai tolak muka makcu, eh? Sini makcu gomol dia..."
"Na...nak!"
"Padan muka kau, dik."
"Adik, udahlah tu. Rimaslah dia..."
"Dah, dah. Letak Melinda kat kerusi baby tu. Adik makan dulu. Dah sejuk nanti, tak sedap."
"Ya, bu. Sorry, baby comel makcu. Makcu letak kat baby seat dulu, ya? Makcu nak makan. Nanti kita sambung bergomol, ya?" dengan berhati-hati si comel diletakkan di baby seat.
"Kak ngah, makan je apa yang kak ngah nak. Adik belanja."
"Thanks, adik."
"Sorry, lambat."
"Eh, alang, kak lang. Ya Allah. Bestnya..." Choa menerpa ke arah alang dan kakak iparnya sebelum tubuh keduanya dipeluk erat.
"Along, mana?"
"Along tak sampai lagi?"
"Belumlah tu. Tadi, along yang remind alang tentang makan malam ni."
"Duduklah. Order dulu. Along tu maybe on the way." tegur babah. Alang dan isteri menghampiri babah dan ibu sebelum menyalami keduanya dan duduk berdekatan dengan Choa.
"Kak lang, order je apa yang kak lang nak makan. Adik belanja."
"Wah! Bestnya. Ni yang sayang adik ni..."
"Tak payah bodek. Adik ikhlas."
"Alang pun ikhlas sayangkan adik alang ni." Choa melorek senyuman.
"Along lambat agaknya." ujar Choa.
"Takpe, adik makan dulu. Sekejap lagi sampailah along tu." Ditengah keramaian itu, along, kak long dan dua anak lelaki mereka, menghampiri Choa dari belakang sebelum...
"Happy birthday, makcu... Happy birthday makcu... Happy birthday Makcu Choa. Happy birthday makcu..." hingar-bingar suasana di sudut tepi kawasan sudut restoran dengan nyanyian mereka sekeluarga.
"Auw... Kenapa buat kejutan ni? Allahuakhbar..." hampir sahaja Choa menitiskan air matanya dengan kejutan yang diberi dek keluarga tersayang.
"Happy birthday anak babah. Moga terus bahagia dengan apa yang adik lakukan." satu kucupan dilabuhkan di sisi kepala Choa membuatkan air mata Choa mengalir hiba.
"Buat satu-satunya puteri ibu, selamat ulang tahun ke dua puluh tujuh. Moga terus cemerlang dunia akhirat dan dalam apa juga perjalanan adik." bertambah kedengaran esakan Choa dengan ucapan dari si ibu dengan pelukan dan kucupan penuh kasih sayang.
"Adik kesayangan along. Ini dari along, kak long, Aidan dan Aiden. Happy birthday makcu." sebuah kotak agak besar saiznya diserahkan pada Choa selepas mereka berpelukan. Sikembar anak along, Aidan dan Aiden menyerahkan sejambak bunga lily, bunga kegemaran Choa berwarna kuning.
"Adik bongsu angah. From us, angah, kak ngah dan Melinda. Happy birthday, makcu." Si comel Melinda mengucup pipi Choa menambahkan lagi esakan Choa. Sebuah kotak kecil dihadiahkan pada Choa yang masih bersisa air matanya.
"Dan, ini hadiah tidak seberapa dari alang dan kak lang, khas untuk birthday si bongsu, Nasuha Nabihah yang ke dua puluh tujuh. Happy birthday sayang alang." semakin teresak Choa dengan hadiah terakhir yang diterimanya dari alang, suami isteri.
"Terima kasih, semua. Terima kasih buat semua ni untuk adik. Adik bersyukur sangat ada keluarga yang bahagia, yang tak pernah abaikan adik, yang terima adik baik buruknya."
"Dah, dah. Jangan nak meleleh lagi. Udahlah tu. Babah dah lapar." usik babah seraya menyuap makanan ke mulut tanpa mempedulikan yang lain.
"Babah ni... Orang tengah sedih-sedih ni, dia boleh fikir pasal makan pula." omel ibu.
"Takpe. Adik okey, bu. Jom makan." Dari kejauhan sepasang mata leka memerhatikan kebahagiaan keluarga itu. Ternyata, tersimpan satu perasaan cemburu melihat mereka mampu mengecap kebahagiaan walau sedang dilanda masalah.
'Maafkan Raff... Raff terpaksa.' gumam Asyraff. Sudah dua tahun mereka bercinta. Niat dihati nak menamatkan zaman bujang mereka dengan ikatan yang sah. Tapi, Asyraff terpaksa menolak ikatan ni atas alasan yang sejujurnya tidak munasabah.
Asyraff melepaskan keluhan berat. Beribu sesalan tersimpan dalam jiwa akibat menghilangkan diri ketika majlis pertunangan mereka. Asyraff terpaksa demi menjaga nama baik keluarganya sendiri. Walhal, dia sendiri yang bersalah kerana membatalkan majlis pertunangan di saat-saat terakhir.
'Happy birthday, sayang. Moga sayang bertemu dengan kebahagiaan hakiki yang sayang cari.' gumam Asyraff sebelum berlalu. Tidak pernah terlintas di fikiran akan bertembung dengan Choa sekeluarga.
Niat di hati sekadar nak melepaskan tekanan jiwa yang menyiksa diri. Tapi, takdir tuhan, tiada siapa yang dapat menidakkannya. Betapa Asyraff merindui seraut wajah gadis yang dicintainya setulus hati.
Asyraff akui dia penakut. Asyraff tahu, dia tidak layak dimaafkan setelah apa yang berlaku. Ternyata keputusan yang dibuatnya merupakan kesilapan yang paling besar yang dilakukan dalam hidup.
Seminggu berlalu selepas peristiwa menyedihkan itu, Choa menerima berpuluh-puluh panggilan dari Asyraff. Choa sekadar mematikan telefon bimbitnya setiap kali nama Jantan Bacul tertera di skrin telefon.
Begitu juga dengan mesej yang berpuluh-puluh masuk. Tapi, satu pun tidak dibaca, apatah lagi dibalas. Sehingga satu ketika, Choa terus blok nama Asyraff dan Choa sanggup membuang sim kad lama dan menggunakan nombor dan telefon baru yang dihadiahkan alang.
"Shit, Choa! Kenapa blok nombor aku? Kau betul-betul dah buang aku dari hidup kau?" omel Asyraff sendirian selepas berpuluh kali dia mendail nombor Choa. Selepas mengetahui Choa blok nombornya, Asyraff menghubungi nombor telefon pejabat Choa.
Dari apa yang diberitahu penyambut tetamu di situ, Choa tidak mahu diganggu dan enggan berjumpa atau bercakap dengan lelaki bernama Asyraff Aqiff.
"Argh! Berani kau buang aku, Choa? Kesilapan aku kecil je, Choa. Kecil! Tapi, kau buang aku seoah-olah aku melakukan kesalahan besar!"
"Kesalahan kecil kau kata?" Asyraff kalih pandangan ke arah pintu bilik. Kawan baiknya, Addy, melipat tangan ke dada sebelum menyandarkan tubuh belakang ke muka pintu.
"Kau memang suka terjah bilik akukan?"
"Well, it's me, Raff."
"Apa yang marah sangat ni, Raff?" Soal Addy sebaik melabuhkan punggung di kerusi.
"Ni, Choa!"
"Dah, kenapa dengan Choa? Dia dah ada pengganti ke?" tajam cerlungan mata Asyraff pada Addy.
"Kau jangan tambahkan sakit hati aku, boleh tak?"
"Huh! Nampak sangat kau tak boleh move on." sindir Addy.
"Itu bukan masalah kau, pun! Tak payah nak naikkan darah aku lagi!" Addy tertawa.
"Tak kelakar, Addy. Tak kelakar langsung!" bentak Asyraff.
"Sekarang ni, kau cakap dengan aku. Apa masalah kau sampai nak mengamuk sakan ni? Kenapa dengan Choa? Aku ingat kau dengan dia, dah putus..."
"Memang dah putus."
"Kau yang putuskan sendirikan?"
"Kalau ya pun, apa masalah dia sampai nak blok aku bagai?" Addy ketawa sambil gelengkan kepala.
"Kau ni, aku kata bodoh, kau marah."
"Kau jangan tambahkan sakit hati aku lagi, boleh tak, Addy? Aku tengah panas hati ni."
"Saudara Asyraff Aqiff. Apa yang Choa buat tu tak salah pun. Kau yang salah."
"Apahal pula aku yang salah? Dia blok aku, lepas tu sampai bangunan tempat dia kerja, nama aku telah disenaraihitamkan."
"Hebat penangan Choa."
"Ah, aku tak peduli!"
"Kau menghilangkan diri masa hari pertunangan korang tanpa alasan. Lepas tu, kau nak meroyan cakap kau tak salah? Kau pakai mazhab mana?"
"Jangan jadi manusia pentingkan diri, Raff. Kalau dari awal, kau batalkan majlis ni, mungkin Choa takkan marah sampai macam ni sekali."
"Kau diamlah, Addy! Kau ni selalu sangat sebelahkan Choa. Aku kot, kawan baik kau."
"Kawan baik menegur kawan baik tak salah, Raff. Tapi, kau ni jenis manusia tak boleh ditegur. Kau selalu rasa kau je betulkan? Nah! Sekarang kau bertemu buku dengan ruas."
"Apa maksud kau, Addy? Apa yang kau cuba nak cakap ni?"
"Beginilah, Raff. Aku cakap banyak nanti, kau mengamuk, tak setuju dengan aku. Tapi, bagi aku, kau yang salah. Choa tak salah, Raff. Kau tinggalkan dia tanpa berita. Kau ingat dia takde hati dan perasaan ke?" Asyraff pincingkan mata ke arah Addy.
"Kau dah buat family dia malu, Raff. Depan tetamu, depan keluarga besar dia. Kau ingat keluarga dia takde hati dan perasaan ke?"
"Aku terpaksa, Addy. Kau fahamkan masalah aku?"
"Tak. Aku tak faham. Aku takkan faham sebab kau tak pernah nak bercakap jujur dengan aku. Apa masalah kau sampai kau tak muncul di hari pertunangan kau dengan Choa?" Asyraff mati diksi.
"Kau jangan cakap yang kau tak bersedia, Raff?" Asyraff tidak menjawab.
"Depan aku, Raff. Depan aku, Choa tanya kau dua kali betul ke kau nak bertunang? Kau jawab apa? Kau nak ikat Choa. Tak nak orang caras Choakan? Aku tak lupa, Raff."
"Kau tak tahu apa yang aku alami, Addy."
"Ceritalah!" naik seoktaf suara Addy.
"Kau berdiam diri begini. Dah dapat surat saman, baru nak menggelabah?" terdongak Asyraff.
"Kau...kau tahu pasal surat saman ni?"
"Aku tahu. Choa call aku dan minta aku pastikan kau terima surat saman dari family dia."
Buk!
Asyraff menghentak meja kerjanya dengan tangan.
"Buat sakit tangan je kau ketuk meja tu. Dia tak salah pun." sindir Addy.
"Choa tak nak tanya pun apa alasan kau tak muncul di hari pertunangan tu. Dia cuma nak kau bayar semua kos ganti rugi yang keluarga dia dah keluarkan untuk majlis tu."
"Kos ganti rugi?"
"Ya. Kalau aku jadi Choa, aku pastikan kau bayar ganti rugi beserta ganti rugi khas sebab kau anggap majlis pertunangan ni seolah-olah majlis hari jadi."
"Kau nak jadi batu api?"
"Buat apa. Alang, angah Choa tu lawyer hebat kat Malaysia ni. Kau lupa ke atau kau memang langsung tak peduli pasal keluarga Choa?"
"Ma...mana ada. Aku kenal abang-abang dia." Addy pincing mata.
"Kau ni sebenarnya..." keluhan berat Addy lepaskan.
"Apa sebenarnya yang kau sorok, Raff? Kenapa kau tak muncul masa majlis pertunangan tu? Aku tunggu kat rumah parents Choa, hampir dua jam sebelum babah Choa tu umumkan majlis terpaksa dibatalkan sebab keluarga kau langsung tak muncul." terdongak Asyraff mendengar kata-kata Addy.
"Kau ada kat rumah Choa?"
"Rumah keluarga Choalah. Majlis pertunangan kau dengan Choa kan dah ditentukan kat rumah keluarga dia." Asyraff mati kata.
"Apa yang terjadi, Raff? Kenapa kau tak muncul? Banyak kali Choa call kau, tak berjawab. Mesej kau tak balas. Babah, along, angah Choa call keluarga kau, sama je. Kalau kau tak nak, jangan bagi orang harapan."
"Kau dah mainkan perasaan Choa yang selama aku kenal dia, dia jujur dengan kau, Raff."
"Aku...aku sebenarnya..."
"Sebenarnya apa?" naik seoktaf suara Addy membuatkan Asyraff menelan air liurnya yang berpasir.
"Kau yang beria-ia nakkan adik sepupu aku. Lepas kau dah dapat pengganti dia, kau tinggalkan ke adik aku terkontang-kanting macam takde perasaan!" tengking Addy.
"Aku menyesal kenalkan kau dengan dia. Dari awal lagi, aku membantah hubungan kau dengan dia sebab aku tak nampak keikhlasan kau berkawan dengan Choa. Tapi, aku pujuk hati aku sebab Choa nampak selesa dengan kau."
"Ternyata instinct aku kuat mengatakan kau memang lelaki bacul, penakut!" tergamam Asyraff dengan tindak tanduk Addy,
"Jangan berani kau munculkan diri kau depan keluarga aku, terutama Choa. Kalau kau berdegil, aku sendiri akan belasah kau sampai kau tak mampu nak angkat muka kau." ugut Asyraff.
"Keluar! Keluar, Addy! Jangan sampai aku pecat kau!"
"Pecatlah! Aku memang dah berhenti. By the way, aku dah letak jawatan dua puluh empat jam kat human resource."
"Kau apa?"
"Aku cakap, aku resign dari company kau, Asyraff Aqiff."
"Kalau begitu, keluar, Addy! Keluar!!!" Addy tersengeh.
"Aku akan keluar, Raff. Kau ingat aku hamak sangat kerja dengan company cikai macam ni? Sorry, Raff. Kau sebenarnya tak setanding dengan keluarga aku. Keluarga kau tak setanding dan tak sehebat dengan keluarga Choa yang jauh lebih kaya dari kau."
"Jangan menyesal, jantan bacul!"
happy reading guys...
Share this novel