Completed
3660
“Eh, lu tengok sana tu bro, kenapa ramai orang berkerumun tu? Macam ada accident je tu!”
Ujar si lelaki berbaju T-Shirt merah ke arah bahu jalan yang sedang penuh dengan orang ramai.
“Ala… Lu macam tak biasa. Situ memang selalu accident la bro. Boleh kata tiap minggu ada orang accident. Biar je lah.”
Balas lelaki tinggi lampai itu bersahaja.
“Jom lah kita pergi tengok sekejap. Mana tahu boleh tolong apa–apa.”
Mohon si lelaki berbaju merah.
“Ishh, lu ni bro, macam Mak Jemah, sibuk je. Jom lah kita pergi tengok sekejap.”
Balas lelaki tinggi lampai sedikit kasar. Kaki dua lelaki muda itu pantas menuju ke arah kawasan yang dipenuhi orang ramai. Ingin melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku. Mata lelaki tinggi lampai terhenti. Baju pemilik tubuh kaku yang sedang terbaring di jalan tar itu seperti dia kenal. Baju bertanah hitam berbunga merah kecil itu. Dia kenal! Ya, dia sungguh kenal! Seperti ibunya. Pantas dikejar ke susuk tubuh kaku itu. Tudung merah lusuh diselak. Ya Allah!
Titis jernih mengalir deras. Ibu! Perempuan tua yang baru sahaja diherdik sebentar tadi. Kini sudah tidak bernyawa. Dari belakang dia dapat dengar mulut–mulut sedang berbual. Agakannya, ini kes langgar lari. Hampir pitam dibuatnya.
Air mata tidak mahu berhenti lagi. Hati kecil berbisik,
“Ibu, maafkan aku!”
Share this novel