Completed
3660
Tangan pantas memegang tetikus komputer riba hitam miliknya. Ingin melayari internet. Beberapa lama web dibuka. Pautan ke laman web ‘The Star Online’ diklik. Ingin membaca berita–berita semasa di Malaysia.
‘Hit and Run Accident: One old woman killed’ menjadi tajuk utama berita semasa di laman web berita dan informasi terkini itu. Pantas tangan mengklik pautan tajuk utama tersebut. Gambar seorang wanita tua berbaju kurung hitam berbunga merah dilihat. Dapat dilihat dengan jelas cairan merah di sekeliling wanita itu.
Dania meneruskan pembacaannya. Orang kampungnya ini. Orang Bukit Pampong, Pahang. Lagi minat dia ingin meneruskan pembacaan. Matanya terhenti pada sebaris ayat. ‘The victim; Imah Binti Abdul Rahman, a 58-years old woman was killed in the hit and run accident.’
Nama itu, dia kenal. Ya, dia cukup kenal! Air mata jernih mula mengalir. Dia masih menggagahkan diri untuk terus membaca. Ingin mencari kepastian. Tangan terus memegang tetikus. Diskrol reroda tetikus jenama ‘Sony’ nya itu.
Sekeping gambar muka berukuran passport. Kelihatan agak usang ditatap. Kapsyen gambar berbunyi ‘Victim: Imah Binti Abdul Rahman’ menguatkan kemusykilannya. Ya, itu ibunya. Ibu yang sudah dilupakan. Yang sudah sekian lama terputus hubungan! Air mata tidak pantas berhenti lagi.
Tiada kata yang mampu diungkapkan tika ini. Hanya ungkapan,
“ibu,maafkan aku!”
Terungkap tika ini.
Share this novel