BAB 4

Drama Completed 4066

“Sebenarnya mama dan papa tak dapat menerima kehilangan angah. Untuk menghilangkan kesedihan mereka perlukan ketenangan. Jadi mereka memilih untuk merantau ke tempat orang sambil mencari ilmu.” Indira bercerita lagi sambil menarik nafas dan melepaskannya.

Sebetulnya, Indira kecewa dengan tindakan ibu dan bapanya. Kerana kematian kakak keduanya, ibu dan bapanya mengabaikan dia dan abangnya. Mungkin ibu dan bapanya tidak sedar kesilapan yang telah mereka lakukan berulang kali.

Hidup dalam dunia ini hendaklah saling menghargai di antara satu sama lain, terutamanya orang di sisi. Kesilapan paling besar ibu dan bapa Indira lakukan, bila terlalu bersedih dengan kehilangan seorang anak dan mengabaikan dua orang anak yang masih hidup.

“Angah kau tu lelaki ke perempuan?” Hakimi terus bertanya bila Indira terdiam lama. Hilang sabar Hakimi bila apa yang ingin dia dengar tak kesampaian.

“Aih..abang macam berminat saja? Nak tanya pasal angah Indira ke atau nak tanya pasal Indira ?” Susan mengiat abangnya lagi sambil melebarkan senyuman. Dan Hakimi sudah menjeling tajam ke arahnya.

“Kau diamlah Susan. Kau apa tahu.” Hakimi menayangkan wajah seriusnya sambil memberi amaran kepada Susan. Puan Saloma pula sudah memandang pelik ke arah Hakimi. Sebelum ni Hakimi tak pernah mencelah kalau mereka berbual begini terutama ketika sedang makan. Hakimi menjadi diam sejak lima tahun yang lalu tanpa sebab.

“Kak Anna Syifa meninggal kerana barah otak. Dia…”

“Sekejap!.. Ulang sekali lagi nama yang kau sebut tu!” Indira baru nak menyambung ceritanya Hakimi sudah mencelah lagi. Jantungnya bagaikan berhenti berdenyut. Pinggan nasi sudah ditolaknya ke tepi dan Hakimi membasuh tangannya tanpa menghabiskan nasi di dalam pinggan.

“Kak Anna Syifa …” dalam terpinga-pinga Indira menjawab juga. Air matanya sudah bergenang bila nama kakaknya disebut berulangkali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience