“Ahhh..sudahlah! Hei perempuan..kau dengar sini ya, kau takkan bahagia selepas apa yang kau dah buat ni. Kau permainkan perasaan aku. Kau khianati kesetiaan aku. Kau tunggu..kau pasti dapat balasannya..aku takkan benarkan kau bahagia hingga ke akhir hayat kau..” Hakimi menghamburkan kemarahan sepuas hatinya. Anna Syifa sudah jatuh terduduk dalam sendu yang semakin menjadi-jadi. Kata-kata Hakimi menghancur lumatkan hatinya.
“Eh bro..kau cakap bebaik sikit…” lelaki yang diperkenalkan sebagai suami Anna Syifa turut masuk campur mendengar kelancaran kata-kata Hakimi.
“Pergi mampuslah kau berdua. Lebih baik kau pergi matilah Anna Syifa ! “ sebelum melangkah pergi meninggalkan Anna Syifa dan lelaki itu, sempat pula Hakimi meluahkan kemarahannya yang masih bersisa.
“Hakimi, ibu ni. Kenapa ni Hakimi ? Bukalah pintu ni Hakimi.” Puan Saloma yang kehIndira nan dengan tingkah laku Hakimi cuba memujuk Hakimi agar keluar dari bilik. Sejak tengahari tadi Hakimi berkurung di dalam bilik. Yang kedengaran hanya barang-barang yang berlaga dan jatuh ke lantai.
“Hakimi …” Puan Saloma masih tak berputus asa.
“Kenapa dengan abang tu ibu? Dah macam orang kena rasuk ja.” Susan memberi komen kepada ibunya. Malu dia dengan gelagat abangnya yang mengamuk secara tiba-tiba. Tentu Indira terperanjat melihat gelagat abangnya itu.
“Entahlah…” sepatah saja jawapan yang keluar daripada mulut Puan Saloma. Dia rasa tentu ada kena mengena dengan cerita Indira tadi? Puan Saloma berteka- teki di dalam hati.
Buat Muhammad Hakimi Bin Rizqie..
Hakimi...maafkan Anna Syifa !
Mungkin, sewaktu Hakimi membaca surat ini, Anna Syifa sudah tiada lagi di atas muka bumi ini. Anna Syifa sakit Hakimi. Anna Syifa menderita barah otak selama ini. Bila Anna Syifa dapat tahu semuanya sudah terlambat Hakimi.
Share this novel