BAB 5

Drama Completed 4066

“Ain Anna Syifa Binti Moulin Zahar ?” Hakimi terus menyoal dan Indira menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan. Air mata yang sudah mengalir di pipi disapunya.

“Dia sakit apa, kau cakap tadi? Barah otak? Bila? Bila dia meninggal?” Hakimi sudah bersuara histeria. Sesi makan tengahari menjadi gempar seketika. Puan Saloma sudah tercengang melihat gelagat Hakimi. Indira dengan Susan juga turut melopong mulut melihat keadaan Hakimi ketika ini.

“Lima tahun dulu...masa tu angah..” belum habis lagi ayat - ayat yang Indira ungkapkan, Hakimi sudah melangkah laju dan menghilangkan diri di dalam biliknya. Puan Saloma, Susan dan Indira saling berpandangan di antara mereka.

Hakimi sudah berteleku di atas katil. Hatinya merusuh. Mindanya menafikan apa yang baru didengarnya tadi.

“Tak mungkin! Tak mungkin! Anna Syifa belum mati. Itu bukan Anna Syifa. Aku tahu, itu bukan Anna Syifa !” Hakimi bermonolog sendirian. Imbasan kenangan lima tahun lalu kembali lagi menerjah ingatannya.

Lima Tahun Lalu….

“Aku benci kau Anna Syifa ! Kau suruh aku setia, tapi kau.. Apa maksud semua ni Anna Syifa ? Apa?” selepas Anna Syifa menerangkan keadaan sebenar bahawa dia sudah bersuami, Hakimi mengamuk sakan. Selama ini dia begitu yakin bahawa Anna Syifa juga sayangkan dirinya. Hakimi begitu yakin dengan cinta Anna Syifa terhadapnya.

“Hakimi, jodoh, ajal dan mautkan di tangan Allah…”

“Sudahlah! Kau jangan nak cari alasan lagi. Aku sedarlah, aku ni siapa. Aku tahu, aku ni tak layak untuk kau kan? Itu alasan kau yang sebenarnyakan?” Hakimi mematahkan kata-kata Anna Syifa. Hati Hakimi benar-benar terluka dipermainkan oleh satu-satunya wanita yang dia cinta.

“Bukan macam tu Hakimi. Anna Syifa …”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience