Bab 3

Romance Completed 404861

RUBY tersenyum melihat Sofya yang kelihatan takut-takut dan kekok memakai pakaian yang dia belikan kelmarin. "Relax okey? Lagi pun takde orang yang kenal kau kat sini. Steady, buat macam biasa je," kata Ruby sambil memegang bahu Sofya untuk menyalurkan semangat.

"Aku takutlah Ruby," ujarnya dengan riak wajah seperti hendak menangis sambil memandang wanita berambut merah itu.

"Biasalah tu. Lama-lama nanti, okeylah. Once kau dah dapat hasil, kau confirm tak nak berhenti." kata Ruby lalu tergelak kecil. Air yang berwarna seperti Pepsi di gelas kaca di teguknya selamba seperti meminum air putih.

Sofya menghela nafas dalam-dalam dan melepaskan keluhan panjang. Dia melilau-lilau di sekeliling kelab malam yang boleh dikatakan agak mewah itu.

Ramai dilihatnya lelaki berambut putih yang mungkin sudah bercucu sedang bergelak tawa dan bergurau senda dengan wanita muda dan seksi. Ada yang diapit sampai tiga orang dan ada yang sampai empat. Lain lagi yang sedang menari berpelukan. Rata-rata yang dilihatnya di dalam kelab itu adalah lelaki yang sudah berusia.

"Kau nampak kan? Kau buat macam tu je. Layan customer. Buat apa yang diorang suruh. Tak susah pun. Pak cik-pak cik dengan atok-atok yang kau tengok tu semua bukan orang biasa-biasa tau. Semua tu yang ada duit berkepuk-kepuk," kata Ruby dengan senyuman.

"Layan macam tu je kan? Tak lebih?" soal Sofya inginkan kepastian. Wajah Ruby dipandang menanti jawapan. "Well, kalau yang nak lebih-lebih tu kira extra untuk poket kau sendiri lah. Lagi lumayan sebab kalau kat sini, kau ambil komisyen je," jawab Ruby sambil menyeluk beg tangan kecilnya lalu mengeluarkan rokok dan pemetik api.

"Nah! Ambil satu," tawar Ruby lalu menghulurkan sebatang rokok kepada Sofya. "Eh, no, no. Thanks." Sofya menolak.

"Ambil lah. Apa kau nak takut? Aku bukannya bagi dadah. Hisap dan hembus je, tak susah pun. Nah, ambil." Ruby mendesak namun Sofya masih teragak-agak. "Mesti ke?" soalnya polos.

"Sesetengah customer, ada yang datang sini sebab stress dan ada yang datang untuk suka suka. Diorang biasanya akan ajak hisap rokok dan minum sekali sebab diorang nak ada peneman. Kalau customer puas hati dengan servis, diorang selalunya akan bayar lebih. So, kau kena belajar dari awal supaya dapat bagi servis terbaik untuk customer," terang wanita berambut merah itu.

Sofya mengetap bibir sambil mengerutkan dahi. Merokok? Minum arak? Teruk sangat bunyinya. Sofya melepaskan keluhan berat.

"Kau tak payah sedut pun tak apa, hisap hembus je. Nah!" tawarnya lagi lalu menghulurkan rokok di tangannya.

Mahu tak mahu, Sofya mengambil juga rokok itu demi menjaga hati Ruby. "Dekat sikit," kata Ruby lalu menyalakan pemetik api dan membakar hujung rokok yang Sofya sudah selitkan di bibirnya.

Sofya terbatuk-batuk sambil menepuk dada sehingga terkeluar airmatanya. Kelihatan asap rokok keluar daripada mulut dan hidungnya yang seiring dengan rentak batuknya.

"Orang hisap, bukan telan! Yang kau telan asap tu kenapa?" kata Ruby lalu tergelak kecil dan menepuk-nepuk belakang Sofya. "Nah, minum ni," kata Ruby lagi lalu menghulurkan gelasnya.

Sofya terkedu ketika air yang diteguknya mengalir di kerongkong. Matanya dikecilkan sambil mengemam mulut kerana rasa air tadi masih melekat di lidah. Serasa seperti hendak memuntahkan semula air itu. Tak sedap langsung! Entah apa yang menariknya air itu sehingga menjadi pilihan pengunjung yang datang di kelab malam itu.

Selama ini dia menyangka rasa air itu sama seperti Coca Cola atau Pepsi kerana mempunyai warna yang sama, namun sangkaannya jauh meleset. "Kau okey tak ni?" soal Ruby kerana perasan riak wajah Sofya yang sudah berubah.

"Air ni rasa pelik." jawabnya jujur membuatkan Ruby tersenyum. "Nanti biasalah tu." ujar Ruby sambil menatal skrin telefon pintarnya dan membaca mesej. Dengan pantas dia memusingkan tubuhnya dan memandang ke arah pintu masuk.

"Jom, Fya. Dia dah datang," kata Ruby lalu menarik lengannya.

"Siapa?"

"Customer pertama kau. Customer ni ahli perniagaan ternama tau. Layan dia elok-elok dan ingat pesan aku tadi." kata Ruby mengingatkan. Sofya mengangguk teragak-agak, namun dia ibarat seperti benang putih yang hanya menurut.

** 1 tahun 6 bulan kemudian **

Sudah beberapa kali dia menguap sejak masuk kerja tadi, namun dia gagahkan juga dirinya untuk menyiapkan senarai gambar produk syarikat untuk diiklankan.

"Kau okey tak ni? Macam tak bermaya je aku tengok," soal Amy yang baru balik dari tandas dan singgah sebentar di meja Sofya.

Sofya mengangkat wajahnya malas-malas lalu mengangguk perlahan. "Okey je, tapi macam biasalah tak cukup tidur. Waktu rehat nanti lah kita sembang, nanti bos nampak pula kita bersembang sini," kata Sofya sambil memanjangkan lehernya memandang ke arah pintu bilik bos mereka.

"Okey, okey. Talk to you later." Amy pun segera beredar dari situ menuju ke mejanya yang terletak di paling hujung dalam ruangan pejabat itu.

Sofya menggeliat dan meregangkan tubuhnya sebaik sahaja dia menyiapkan kerja. Petang nanti dia kena pergi ke pasaraya besar pula untuk berbincang dengan pemilik pasaraya mengenai produk syarikat yang akan dipamer dan dijual di pasaraya tersebut.

Jam di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Lagi setengah jam akan masuk waktu rehat. Sofya mengeluarkan cermin kecil dari laci meja dan memeriksa wajahnya. Kelihatan gelung hitam di sekitar matanya semakin melebarkan kawasan jajahan.

Sofya menacap bedak di sekitar matanya kemudian membetulkan tudung lalu berdiri dan berjalan membawa sebuah fail menuju ke bilik pejabat Munif iaitu pegawai pemasaran di syarikat itu.

Sebaik sahaja mendengar arahan untuk masuk, dia segera menolak pintu dan masuk ke dalam. "Dah siap apa yang saya minta?" soal Munif yang hanya mahu dipanggil namanya tanpa encik.

"Dah." jawabnya lalu menyerahkan fail yang dibawanya tadi. Munif hanya membelek beberapa helaian kertas sahaja sambil menganggukkan kepala tanda berpuas hati lalu meletakkan fail itu di atas meja. Dia melihat jam di tangan lalu beralih ke wajah Sofya sambil tersenyum.

"Jom keluar lunch dengan saya." pelawanya.

"Erm, tapi saya dah janji nak keluar dengan Amy."

"Dari dulu hari-hari awak keluar dengan dia kan? Kali ni, awak keluar dengan saya pula okey?"

Sofya bermain-main dengan hujung tudung shawlnya sambil memandang wajah Munif yang berkulit sawo matang yang sedang tersenyum mempamerkan lesung pipitnya. Tampan dan segak orangnya. "Macam mana?" soal Munif.

Sofya mengherot bibir sambil berfikir samada hendak bersetuju atau tidak. Sebelum ini pun sudah beberapa kali dia menolak pelawaan lelaki itu. Bukan apa, dia segan sebenarnya.

"So, I'll take it as a yes sebab awak diam. Jom!" kata Munif lalu berdiri sambil menyingsing lengan kemejanya hingga ke siku.

"Cis! zirafah ni kan. Orang belum cakap setuju pun lagi." marahnya dalam hati sambil memandang belakang tubuh lelaki tinggi lampai itu. Sofya mengeluh lalu berdiri dan mengekori langkah lelaki itu dari belakang.

"Fya!" satu suara memanggil dari tepi sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu membuatkan dia menoleh. "Jom lunch dengan saya," ajak Amzal dengan riak wajah serius.

"Sorry bro, saya dah ajak dia dulu. Cari orang lain okey?" kata Munif sambil merenung wajah Amzal. Membulat mata Sofya memandang ke wajah Munif. "Beraninya dia cakap macam tu dengan bos." Sofya berbisik dalam hati.

"Does she agree?" Amzal menyoal Munif dengan reaksi dingin. "Yes!" laju sahaja Munif menjawab. Tenang dan bersahaja.

"Really?" Amzal menaikkan kedua kening memandang ke wajah Munif seolah-olah tidak percaya dan kemudian beralih ke arah Sofya yang sedang menunduk.

"Fya?"

"Ya?" Sofya menyahut laju. "Me or him?" soal Amzal serius. "Aduh! Kecohlah si seladang ni!" rungutnya dalam hati.

"Fya?" panggilnya lagi namun kali ini dengan nada tegas. "Hah? Errm.." Sofya mengetap gigi. Dalam hatinya sudah berbakul-bakul makiannya terhadap kedua-dua lelaki itu.

"Sofya jom." kata Munif sambil tersenyum.

"Hish! Seladang dengan zirafah ni kan!" kutuknya dalam hati.

"Saya keluar dengan Amy," kata Sofya sengaja hendak melarikan diri dari situ lalu melangkah dan cuba melepasi kedua-dua lelaki itu, namun seseorang menarik lengannya dari belakang.

"You go with me!" tegas Amzal lalu berjalan menuju ke pintu keluar pejabat tanpa melepaskan pegangannya. Sofya sempat lagi melihat cerlungan tidak berpuas hati Munif tadi.

"Kau nampak tak tu? Tak cukup dengan bos, dengan adik bos pun dia nak menggatal. Rasa macam nak bagi penampar je muka si minah kampung tu," kata Hazrina kepada Faiqah sambil berpeluk tubuh dan jelingan tajam.

"Sama lah macam apa aku rasa. Pernah aku cuba ajak bos lunch dulu, dia tolak pelawaan aku mentah-mentah tau. Dia tak tengok langsung pun muka aku masa tu," kata Faiqah dengan cebikan meluat.

Hazrina berbisik sesuatu di telinga Faiqah lalu keduanya saling berpandangan dan selepas itu, kedua-duanya mengangguk sambil tersenyum senget.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Sofya terus masuk ke dalam bilik dan mencampakkan kunci kereta yang dibelinya tiga bulan lepas ke atas meja. Tudungnya dibuka lalu dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Letih yang teramat sangat.

Matanya terkebil-kebil memandang siling sambil memikirkan tentang kehidupannya sekarang yang terpaksa bekerja siang dan malam.

Kalau diikutkan hati, dia sebenarnya bercadang untuk berhenti kerja di syarikat Bakti Resources kerana dia tidak mempunyai masa rehat yang cukup, namun dia tidak mahu nanti keluarganya mendapat tahu memandangkan Kak Pah iaitu kakak kepada Fazirah sering datang ke pejabat mereka kerana bos syarikatnya merupakan salah satu pelabur di syarikat tempat Sofya bekerja.

Sofya menghela nafas dalam-dalam lalu mengeluh panjang. Dia menutup mata sambil berfikir. Entah sampai bila dia hendak teruskan hidup dengan kemunafikannya.

Sejak mula terjebak dengan pergaulan bebas, soal halal haram ditolak ke tepi demi nafsunya mengejar wang. Dia biarkan tubuhnya diteroka oleh tangan-tangan nakal yang sudah berkedut dimamah usia asalkan dompetnya terisi. Rokok dan arak sudah sebati dengan dirinya. Lantaklah! Wang lebih mustahak baginya untuk hidup mewah di tengah bandaraya besar itu.

Ada waktu-waktunya dia memutuskan untuk berhenti, namun dia tidak mampu menahan nafsunya yang sudah terbiasa dengan hidup mewahnya sekarang. Tambahan pula, hanya dialah satu-satunya tempat keluarganya bergantung harap.

Sofya membuka mata. Sebelah tapak tangan diletakkan di atas dadanya kerana dia tiba-tiba teringatkan lamaran Amzal untuk menjadi isterinya tengahari tadi. Dia bangkit daripada perbaringan dan duduk di tepi katil.

Dia merasa sedikit teruja kerana dia rupa-rupanya tidak bertepuk sebelah tangan selama ini, namun dia memberikan alasan dia masih terlalu muda dan belum bersedia lagi untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Sofya melepaskan keluhan untuk ke sekian kalinya. Perlukah dia berhenti? Bermacam-macam perkara bermain di fikiran menggasak otaknya sekarang.

Setelah beberapa minit berfikir, Sofya membuka tas tangannya yang di campak di atas katil tadi lalu mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang.

"Hello Ruby."

Terima kasih dah baca. Maaf kalau ada kekurangan tau. Komen sangat di alu alukan :))

Share this novel

Fatt Tan
2022-07-19 16:37:48 

hTap on a clip to paste it in the text box.Tap on a clip to paste it in the text box.Tap on a clip to paste it in the text box.Tap on a clip to paste it in the text box.Tap on a clip to paste it in the text box.Welcome to Gboard clipboard, any text you copy will be saved here.Tap on a clip to paste it in the text box.Touch and hold a clip to pin it. Unpinned clips will be deleted after 1 hour.@Hwa Khengthcjg. cm 生日快乐


NovelPlus Premium

The best ads free experience