Bab 1

Romance Completed 404861

SEKUMPULAN pelajar berdiri di depan papan kenyataan untuk melihat keputusan STPM yang baru ditampalkan di papan kenyataan pagi tadi. Ada yang menangis gembira dan ada yang menangis sedih kerana hampa tidak mencapai keputusan yang diingini.

"Tahniah Fya! Bestnya kau tersenarai dalam senarai pelajar cemerlang," kata Fazirah sahabat baiknya.

"Kau pun apa kurangnya." Sofya tersenyum sambil mengesat airmata gembiranya. Tidak sia-sia dia memerah otak belajar siang dan malam.

Sebaik sahaja sampai di depan rumah, dia segera berlari naik ke atas rumah papan yang sudah kelihatan agak uzur itu kerana tidak sabar untuk memberitakan keputusannya kepada ibu dan ayahnya.

"Mak! Ayah!" laungnya dari ruang tamu. Dia mengetuk pintu bilik orang tuanya namun tiada sahutan.

"Mak! Ayah!" panggilnya lagi dan memeriksa di seluruh ruangan rumah sederhana itu namun kelibat orang tuanya tidak kelihatan.

"Mana diorang ni?" bisiknya dalam hati.

"Angah, mak dengan ayah mana?" soalnya kepada adiknya Farid iaitu anak kedua daripada empat beradik yang sedang meniarap di atas lantai dan sedang fokus membaca komik. Beza umur mereka hanya dua tahun.

"Sawah," jawabnya sepatah tanpa memandang. Laju sahaja dia keluar dari rumah dan berlari anak menuju ke sawah yang berjarak hanya 400 meter dari rumah membawa slip keputusannya di tangan.

"Syukur alhamdulillah," ucap Encik Jailani memanjat kesyukuran lalu mendongak ke langit sambil menadah tangan.

Puan Munah turut meluahkan rasa syukurnya selepas mendengar berita yang membanggakan dari anaknya itu.

* * Seminggu Kemudian * *

"Dah isi semua ke Fya? Borang UPU kau ada isi?" soal Fazirah.

"Dah. Tak ada yang tertinggal, semua aku dah isi. Jom ke pasar malam beli air. Aku haus lah," ajak Sofya. Mereka kemudian jalan beriringan menuju ke pasar malam di pekan itu.

Selepas membeli air, mereka duduk di atas sebuah kerusi kayu panjang di sebelah terminal bas sambil melihat-lihat di sekeliling.

"Kau tak lapar ke? Jom makan kat gerai tu," cadang Fazirah sambil menuding ke arah sebuah gerai kecil tidak jauh dari kedudukan mereka.

"Tak bolehlah. Aku ada duit cukup-cukup untuk tambang bas balik je ni," jawab Sofya lalu menghirup habis air laicinya di dalam gelas plastik tanpa sisa.

"Tak apa, aku belanja," kata Fazirah lalu menarik lengannya.

"Kau ada tengok post si Borhan kat FB semalam ke?" soal Fazirah sebaik sahaja mereka memesan makanan.

"Aku nak tengok kat mana? Dalam mimpi? Kau ni dah tahu aku takde phone canggih kan? Aku ada game ular je, mana ada FB," balas Sofya lalu ketawa sambil membetulkan tudungnya yang tersenget.

"Eh, aku lupa." Fazirah menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan sengihan.

"Kenapa? Apa yang dia post?" soalnya ingin tahu.

"Ni hah, kau tengok sendiri," kata Fazirah lalu menghulurkan telefon pintarnya kepada Sofya.

"Gila lah dia ni. Beraninya dia tayang body pakai boxer dengan caption macam ni," ujar Sofya sambil menekup mulutnya.

"Haa, tu lah. Promote diri sendiri nak jadi anak ikan," kata Fazirah dengan mimik wajah meluat lalu meniup awning tudungnya dengan mata memandang ke atas.

"Nah! Ambil balik phone kau. Tambah dosa je aku tengok," kata Sofya lalu menyerahkan semula telefon itu.

"Tahu takpe," kata Fazirah lalu ketawa.

- - - - - - - - -

"Mak, ayah. Boleh tak kalau Fya kerja sementara tunggu mana mana tawaran sangkut?" wajah kedua-dua orang tuanya dipandang silih-berganti.

"Fya nak kerja di mana? Kampung kita ni ada gerai Mak Peah je," kata Puan Munah yang sedang menjahit baju kurung tempahan pelanggan.

"Kawan ajak kerja kat bandaraya."

"Kawan yang mana? Yang mak tahu, Fya rapat dengan Jirah je."

"Dengan Jirah lah mak."

"Kenapa tak cari kerja kat pekan je? Jauh tu nak ke bandaraya." Encik Jailani yang sedang duduk di atas kerusi malas yang diperbuat dari rotan menyoal.

"Pekan kecil lah yah. Gaji pun kecil. Jirah cakap gaji kat bandaraya besar sikit sebab kakak dia kerja situ. Boleh lah yah, mak. Sekurang kurangnya, ringan sikit beban mak dengan ayah nak tanggung adik-adik sekolah," rayu Sofya berharap agar kedua-dua orang tuanya bersetuju.

"Kat situ nanti nak kerja apa?" soal Encik Jailani dengan kerutan di dahi.

"Nanti kakak Jirah yang akan uruskan," jawabnya yakin.

"Kakak dia yang kahwin dengan posmen tu ke?" Mak Munah merenung wajah anaknya itu menanti jawapan.

Sofya mengangguk laju.

Memandangkan mereka kenal Fazirah dan seisi keluarganya dengan adab dan budi pekerti yang baik, mereka yakin Sofya tidak akan terpengaruh dengan perkara yang tidak elok. Bukannya mereka tidak biasa dengan keluarganya.

"Bila nak pergi?" soal Puan Munah.

"Kalau ikutkan rancangan, lusa ni nak pergi," jawab Sofya dengan senyuman mendengarkan soalan yang kedengaran seperti lampu hijau itu.

"Hm, kalau macam tu esok pagi ayah jual lah kepingan getah buat tambang Fya," kata Encik Jailani sambil memikirkan tentang biaya tambang untuk Sofya.

"Along nak kerja kat bandaraya? Tak takut ke? Kat situ ramai orang jahat," sampuk Azman yang sedang berbaring meniarap menyiapkan kerja sekolahnya.

"Eleh, macamlah dia pernah pergi," balas Sofya dengan cebikan.

"Memanglah alang tak pernah pergi, tapi ada abang kawan alang kerja situ. Dia yang cakap kat kawan alang," balas Azman tidak mahu kalah.

"Tahulah along nak jaga diri," ujarnya dengan jelingan.

"Jangan lupa janji kita," pesan Farid yang sedang menulis nota di buku.

"Along ingat lah!"

"Janji apa?" soal Azman sambil memandang Sofya dan Farid silih-berganti.

"Budak-budak tak perlu tahu," jawab Farid lalu ketawa.

"Alang dah 16 tahun lah! Bukan budak-budak lagi!" Azman menjeling tidak puas hati.

"Eleh perasan dah besar, duit belanja pun masih orang tua kasi," celah Sufyan lalu ketawa mengejek.

"Cakap-cakap orang, yang dia tu spender masih mak yang basuh," giliran Azman pula ketawa.

"Mana ada! Uncu basuh sendiri tau!" balasnya geram.

Seluruh ruangan bergema dengan suara tawa seisi keluarga itu.

** 6 bulan kemudian **

"Kau yakin ke dengan keputusan kau Fya?" soal Fazirah dengan kedua-dua kening dinaikkan memandang Sofya yang sedang menggosok kain tudungnya.

"Ya aku yakin." Sofya menjawab tanpa memandang.

"Sayanglah Fya. Result kau bukan biasa-biasa. Tak semua orang dapat masuk universiti luar negara tau." Fazirah cuba memujuknya.

"Aku tak nak menyusahkan orang tua akulah Jirah. Lagi pun aku rasa selesa dengan kerja aku sekarang. Nanti kalau aku nak sambung belajar, aku sambunglah." Sofya meletakkan seterika di tepi lalu memandang wajah sahabat baiknya itu.

"Tak apa lah kalau kau dah cakap macam tu. Habis tu nanti kalau aku dengan Lela takde, kau nak terus menyewa rumah ni ke? Lela cakap dia pun nak sambung belajar. Habis bulan ni kitorang balik kampung."

"Aku cuba cari lah siapa-siapa yang nak masuk menyewa sini. Kalau tak dapat, aku sewa bilik je lah nanti," jawabnya sambil berfikir.

Sofya bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah syarikat pengeluar alat-alat sukan terbesar di bandaraya itu, manakala Fazirah dan seorang lagi teman serumah mereka iaitu Nurlela bekerja sebagai pelayan di kedai Sushi King.

"Aku risaulah nak tinggalkan kau seorang-seorang kat sini," kata Fazirah serba salah. Suaranya kedengaran agak sayu.

"Apa yang kau nak risau? Pandai-pandailah aku nak jaga diri nanti. Lagi pun bos aku cakap, kalau aku kerja lebih dari setahun, dia akan naikkan gaji aku. Boleh aku kirim lebih sikit kat kampung," jawab Sofya sambil menyangkut tudungnya di tepi almari dengan penyangkut kain.

Fazirah melepaskan keluhan panjang. Risau.

* * * * * * *

Sofya mengacau air di gelasnya menggunakan straw sambil merenung permukaan meja tanpa menyedari dirinya sedang perhati.

"Apa yang kau menungkan tu? Macam ada masalah je aku tengok," tegur Amy rakan sekerja yang duduk berdepan dengannya.

Sofya tersentak lalu mengangkat sedikit wajahnya memandang Amy yang tua tiga tahun darinya.

"Aku sedang fikir mana nak cari penyewa yang boleh masuk minggu depan kat rumah yang aku sewa sekarang, sebab housemate aku dah nak keluar. Diorang sambung belajar. Kau ada kenal siapa-siapa tak?" ujarnya berterus-terang.

Amy mengetuk bibirnya yang diherotkan menggunakan jari telunjuk dengan anak mata yang memandang ke atas lagak seperti seseorang yang sedang berfikir.

"Berapa sewa bulanan rumah tu?" soal Amy. Sesekali dia melihat manusia yang keluar masuk di restoran itu.

"Rm750. Kalau tiga orang menyewa, Rm250 seorang."

"Alaa, kalau setakat macam tu, kau boleh je bayar seorang."

"Boleh tu memang boleh tapi ikat perutlah jawabnya. Kau sendiri tahu gaji kita berapa kan? Lepas aku kirim kat kampung, cukup-cukup untuk aku survive sampai gaji seterusnya lagi baki duit yang aku pegang," balas Sofya lalu melepaskan satu keluhan panjang.

"Kalau begitu, kau kena ada part time lah. Kalau kau nak, aku boleh kenalkan kau dengan kawan aku. Dia kerja malam je, siang tidur tapi bawa kereta mahal, hidup mewah," kata Amy dengan lenggok tangannya.

"Dia kerja apa? Kau pun ikut dia?" soal Sofya ingin tahu.

"Malam ni aku bawa kau jumpa dia. Dulu aku selalu ikut dia, tapi memandangkan tunang aku yang support belanja aku sekarang, jarang dah aku ikut."

"Malam?" Sofya kelihatan sedang berfikir.

"Pasal transport kau jangan risau. Pukul 9:30 aku datang jemput kat rumah sewa kau," kata Amy yang tahu apa yang Sofya sedang fikirkan.

"Okey, okey." Sofya mengangguk beberapa kali dengan senyuman teruja lalu menghirup airnya.

Malam itu seperti yang dijanjikan, Amy datang mengambil Sofya di rumah sewanya.

"Kau nak ke mana tu Fya?" soal Fazirah yang sedang makan mee segera bersama dengan Lela di ruang tamu.

"Jumpa kawan jap," jawabnya sambil menyarung sandal di kakinya.

"Tak pernah-pernah kau keluar masa masa macam ni. Kawan lelaki ke perempuan?" giliran Lela pula menyoal. Sofya yang memakai blouse ungu lengan panjang dan seluar jeans biru muda dipandang dari atas sampai ke bawah.

"Aku keluar dengan Amy lah. Korang tak payah tunggu, aku bawa kunci rumah," pesan Sofya sambil membetulkan tudungnya lalu melangkah keluar daripada rumah teres itu.

Amy memberhentikan keretanya di depan sebuah bangunan yang agak sepi, namun kawasan meletak kenderaan itu penuh dengan kereta. Pelik.

"Kawan kau tunggu kat mana?" soal Sofya kehairanan. Tiada pula dia nampak ada mana mana restoran di situ. Hanya ada sebuah pintu yang di depannya ada dua orang lelaki berbadan besar dan tinggi berjaga.

"Dia ada kat dalam. Jom!" kata Amy lalu melepaskan tali keledar.

"Eh kejap. Takkan kau nak pakai macam ni?" soal Amy sambil memandang ke wajah Sofya.

"Maksud kau? Tak okey ke pakaian aku?" Sofya melihat ke badan dan kakinya.

"Dah okey dah, tapi nak masuk situ kau tak boleh pakai ni," kata Amy lalu menarik hujung kain tudung Sofya.

"Kena buka ke? Eh! Tak nak lah aku. Jomlah balik." Sofya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Laa, rileks lah. Bukannya ada yang kenal kau kat situ. Aku jamin kau takkan menyesal lepas jumpa dengan kawan aku tu. Kau tak nak ke hidup mewah? Kalau setakat gaji kau sekarang, kau boleh dapat seminggu je kalau kau ikut dia," hasut Amy meyakinkannya.

Sofya terkejut dan melopong. "Biar betul? 2k seminggu? Jadi 8k sebulan?
Kalau macam tu tak payah sambung belajar pun tak apa," getusnya dalam hati. Dia rasa teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan Amy.

"So?" Amy memandangnya dengan kedua-dua kening terangkat.

"Okey!" tanpa berfikir panjang Sofya terus bersetuju lalu membuka tudungnya.

"Tinggal je dulu dalam kereta," kata Amy lalu merampas kain tudung dari tangan Sofya dan mencampaknya di tempat duduk belakang.

"Cantiklah kau macam ni. Sini, dekat sikit," puji Amy lalu mengeluarkan peralatan solek dari beg tangannya.

Sofya merapatkan wajahnya seperti yang diminta. "Haa, macam ni lagi cantik," puji Amy lagi kerana kagum dengan hasil solekannya lalu menarik ikatan rambut Sofya menghuraikan rambut hitam dan ikal semulajadi yang separas dada itu.

"Okey, jom!" kata Amy lalu keluar dari kereta.

Sofya sempat membelek wajahnya di cermin pandang belakang sebelum keluar.

Dia berdiri di belakang Amy yang sedang bercakap-cakap dengan dua lelaki yang menjaga di depan pintu dan mereka masuk setelah salah seorang dari lelaki itu membukakan pintu untuk mereka. "Jom!" kata Amy lalu menarik lengan Sofya masuk ke dalam.

Matanya terbeliak sebaik sahaja masuk ke dalam. Bunyi muzik kuat dan keras yang tidak kedengaran dari luar tadi membingitkan telinganya. Jantungnya berdegup mengikut rentak bass.

Lampu di dalam ruangan itu agak malap dan berkabus dengan asap rokok yang berkepul kepul. Serasa seperti hendak mati kerana sesak nafas, namun dia tahankan sahaja dan berjalan di belakang Amy sambil menekup mulut dan hidungnya.

Dia melihat ke sekeliling memandang ke arah jenis-jenis manusia yang ada di situ. Ada yang berpasangan, ada yang berkumpulan. Semuanya tanpa segan silu bersentuhan sesama sendiri antara lelaki dan perempuan sambil meneguk minuman dalam gelas kaca yang berbeza-beza warna airnya.

Seorang wanita yang sedang duduk menyilangkan kaki di atas sofa tersenyum memandang ke arah mereka sebaik sahaja pintu sebuah bilik ditolak.

"Hai, Sofya ke?" soalnya lalu berdiri dan menghulurkan tangannya dengan senyuman mesra. Sofya membalas dengan anggukan perlahan.

"Panggil Fya je," ujarnya dengan rasa canggung lalu menyambut huluran tangannya. Nampaknya Amy sudah memberitahu kawannya itu mengenai dirinya.

"Ruby. Nama aku Ruby. Duduklah." pelawanya. Sofya kelihatan masih takut-takut kerana belum biasa dengan suasana baru itu, namun dia cuba memaksa bibirnya untuk tersenyum lalu duduk dan memandang wajah wanita cantik berkulit kuning langsat berambut merah di depannya.

"She's pretty," puji Ruby lalu tersenyum dengan pandangan yang mengarah ke wajah Amy. "See, I've told you," balas Amy dengan senyuman lebar sambil melirik ke arah Sofya.

Share this novel

Scoouter Ngapak
2022-09-20 01:39:34 

nice

Denny Mbois
2022-09-04 01:47:37 

yes aku setuja

jruuoy
2022-06-28 04:11:49 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience