DIA tersentak kerana bahunya dicuit lembut dari belakang. Dengan pantas dia menoleh lalu bingkas berdiri selepas melihat gerangan manusia yang mencuitnya tadi.
"Eh! Tuan Amzal," kata Sofya seraya menundukkan kepalanya kerana malu tertangkap sedang mengelamun.
"Fikirkan apa tu? Boyfriend ke?" soalnya dengan nada tegas. Dia berdiri tepat-tepat di depan Sofya yang ketinggiannya hanya separas bawah dagunya. Pandangan tajam dilemparkan ke wajah cantik itu dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluar.
Sofya mendongakkan kepala dan memandang Amzal sekilas pandang lalu menundukkan semula kepalanya kerana tidak berani memandang lama-lama wajah anak pemilik syarikat tempat dia bekerja itu dan dalam masa yang sama adalah lelaki yang dipujanya dalam diam sejak pertama kali bertemu dulu.
"Sa.. saya tak ada boyfriend tuan. Saya cuma teringatkan keluarga kat kampung," bohongnya dengan suara yang tergagap-gagap, padahal dia sebenarnya sibuk memikirkan tentang tawaran yang ditawarkan oleh Ruby tempoh hari.
"Kenapa tak apply cuti? Dari awak mula bekerja dulu awak tak pernah lagi ambil cuti kan?" soal Amzal dengan kedua-dua kening yang dinaikkan.
"Saya akan apply cuti bila saya betul-betul perlukan tuan." Kembang-kempis hidungnya menyedut bau wangian maskulin dari tubuh lelaki itu membuatkan dia merasa tenang seperti sedang menyedut bau aroma terapi. Lembut dan sedap sangat baunya.
"Hm, okey," balasnya ringkas lalu melangkah menuju ke pintu keluar pejabat itu. Sofya melepaskan keluhan lega. Perasaannya tadi ibarat seperti murid bermasalah yang sedang berdepan dengan guru disiplin sekolah yang garang pula.
"Bila masa pula dia keluar dari bilik tadi?" getusnya dalam hati sambil memandang ke arah pintu bilik bosnya yang terletak selang empat meja dari mejanya. Semua staf sudah keluar rehat pada waktu itu.
"Jom temankan saya lunch."
"Oii, kambing pintu meletup! Opps!" Sofya segera menekup mulutnya sambil mengurut dada.
"Awak panggil saya kambing?" soalnya dengan sebelah kening terangkat dan jari telunjuk menuding ke arah mukanya sendiri.
"Eh bukan, bukan. Maaf tuan. Saya melatah tadi sebab terkejut. Err, tuan cakap apa tadi?" soalnya lalu mengetap bibir. Bahang panas mulai terasa membahang di seluruh wajahnya dan sedang mengeluap keluar melalui ubun-ubun pada ketika ini. Entah bila pula lelaki itu berpatah balik kerana dia tidak mendengar langsung bunyi tapak kaki tadi. Berjalan di atas angin barangkali.
"Jom temankan saya lunch." Amzal mengulangi ajakannya tadi.
"Lunch? Err...." dia bermain-main dengan hujung jari-jemarinya. Bola matanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Bertubi-tubi rasa malu menampar perasaannya dalam tempoh yang tidak sampai pun lima minit. Kulitnya yang cerah, jelas mempamerkan rona merah di kedua-dua belah pipinya yang sedang menahan malu.
"Sekarang ni waktu rehat kan? Semua orang dah keluar. Kalau ya pun nak berjimat, waktu makan jangan skip nanti tak ada tenaga nak kerja nanti. Dah jom!" ujarnya bersahaja lalu berpaling dan melangkah semula menuju ke pintu.
"Tapi tuan.."
"Ini arahan!" balas Amzal tanpa menoleh.
Sofya melepaskan keluhan dan terpaksa akur. Dia menyandang beg silangnya lalu mengejar Amzal. Bukannya dia hendak berjimat tetapi dia sebenarnya tiada selera makan kerana hal yang mengganggu fikirannya sejak dua hari lepas.
"Kenapa tak habiskan? Tak sedap ke makanan kat sini?" soal Amzal yang sejak tadi memerhatinya. Sofya mengangkat wajahnya memandang Amzal. "Hmm? Tak, eh! sedap. Makanan kat sini sedap, tapi saya dah kenyang. Saya tak makan banyak tuan." dalihnya.
"Awak boleh tak berhenti panggil saya tuan? Awak buat saya rasa macam dah berumur tahu tak? Panggil lah Am ke, Zal ke. Baru sedap sikit dengar kat telinga ni." Amzal memandangnya dengan riak wajah yang tenang sambil menolak pinggannya yang sudah kosong ke tepi meja.
"Sebab tuan kan memang tuan saya. Bos saya, jadi saya kena hormat. Semua orang kat office pun panggil macam tu, takkan saya nak memandai mandai panggil tuan...."
Gulp!
Kata-katanya terhenti selepas melihat perubahan wajah tenang lelaki itu yang tiba-tiba bertukar menjadi serius. Pandangan dengan kerutan seribu di dahi serta rahangnya yang bergerak-gerak kelihatan seperti hendak menelan orang lagaknya membuatkan Sofya menundukkan wajah kerana tidak mampu menatap wajah bengis di depannya. Boleh kemurungan nanti dibuatnya.
"Sebab panggilan je pun, yang kau tengok aku macam nak telan tu dah kenapa? Aku ter crush kau pun sebab muka hensem je tapi perangai tu kan mak aii, bengis macam seladang!" Sofya mencemuh dalam hati.
"Hah! mengutuk!" Sofya mengangkat wajah memandangnya dengan kerutan di dahi. "Mana ada. Tuan ni kan sembarang je nak..."
Kata-katanya terhenti sekali lagi setelah melihat bola mata Amzal yang terjegil seperti hendak terkeluar dari ruang kamar tengkorak matanya.
"Mana ada tuan... err, Amzal. Sembarang je tuduh," ujarnya yang teragak-agak menyebut nama bosnya.
"Am!" tegas Amzal. Sofya mengetap gigi. Rasa meluatlah pula. "Hish! Benda macam ni pun nak kecoh!" bentaknya dalam hati.
"Okey, Am," tuturnya perlahan. Suara hatinya sakan mengutuk lelaki itu. "Menyampah lah pula dengan seladang ni! Semak lah!"
"Hah! Kutuk lagi!" Amzal menaikkan kedua-dua kening memandangnya dengan mata terjegil.
"Erk! Dia ni bomoh ke boleh baca fikiran orang ni?" Sofya mengetap bibir sambil memandangnya. "Tak ada lah Am. Mana ada saya kutuk," bohongnya memberanikan diri untuk membalas renungan tajam lelaki itu.
"Okey," balas Amzal sepatah dengan senyuman nipis lalu menghirup air di cawannya dengan gaya macho.
* * * * *
"Lamanya kau nak fikir Fya. Kalau aku jadi kau lah kan, aku tak fikir lagi dah," kata Amy yang sedang terpacak di depan mejanya. "Aku tak berani lah Amy. Aku tak biasa kat tempat macam tu," jawabnya perlahan takut rakan sekerja yang lain dengar.
"Alaa, lama-lama nanti biasalah tu. Ruby cakap kat aku, kalau kau setuju, esok dia nak bawa kau shopping. Kan esok Sabtu, cuti. Jangan risau, dia belanja. Sewa rumah kau bulan ni pun dia cakap nanti dia yang bayar tau," ujarnya bersungguh-sungguh.
"Serius? Dia cakap macam tu ke?" Sofya menyoal tidak percaya. Amy melempar senyuman segaris lalu mengangguk. "Itu kalau kau setuju nak kerja dengan dia lah."
Sofya mengherot bibir dan sedang berfikir. "Tak payah fikir-fikir lagi. Kau setuju je lah. Esok kita keluar shopping okey?" kata Amy sambil memegang bahu Sofya.
Malam itu, Fazirah dan Lela masuk ke dalam biliknya. Sofya ketika itu sedang berbaring meniarap di atas katil sedang mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan kerja yang Ruby tawarkan padanya menggunakan telefon pintarnya.
"Fya!" Fazirah melompat ke atas katilnya yang bersaiz queen di susuli Lela. Laju sahaja Sofya menekan butang HOME lalu mengunci telefon dan menyorokkannya di bawah bantal.
"Weh! Roboh katil weh!" marah Sofya lalu bangkit dan duduk bersila memandang dua orang anak dara yang sedang tersengih-sengih memandangnya. "Fya!" Fazirah dan Lela serentak memeluk tubuh ramping itu.
"Eh, eh! Korang dah kenapa ni? Kena sampuk dengan jin sushi ke?" soal Sofya yang sudah mula sesak nafas akibat pelukan kedua-dua gadis itu. "Malam ni last kitorang kat sini. Pagi esok kitorang gerak balik kampung. Aku sedih lah weh!" kata Fazirah dengan nada sayu sebaik sahaja meleraikan pelukannya.
"Halah, bukannya aku mati pun. Ni masih sihat walafiat lagi depan gigi kau ni. Macamlah tak boleh jumpa lagi kan?" balas Sofya sambil menampar perlahan bahu Fazirah lalu ketawa kecil. "Loyar buruk kau kan? Memanglah tak mati, tapi rindu lah nanti." Fazirah mencebikkan bibir disertai dengan jelingan tajam.
"Aku minta maaf tau kalau selama aku tinggal kat sini aku ada tersakitkan hati korang." giliran Lela pula bersuara. "Hah, ni lagi seketul manusia ni. Weh! Korang tak payah nak emo-emo sangat boleh tak? Tak rilek lah," marah Sofya sambil mengesat tubir matanya dengan tapak tangan.
Mereka bertiga saling berpandangan dengan airmata yang sudah bertakung di kelopak mata. Akhirnya mereka berpelukan sambil menangis kerana tidak mampu menahan perasaan. Setelah Fazirah dan Lela sudah balik ke bilik masing-masing, Sofya mencapai telefon yang disorokkan di bawah bantal tadi. Berkerut dahinya selepas melihat mesej dari Farid.
Seperti yang dijanjikan, dia telah membelikan telefon pintar untuk Farid selepas tiga bulan dia bekerja dulu.
Tanpa membuang masa, dia pun membuka dan membaca mesej Whatsapp daripada adiknya itu.
"Assalamualaikum along. Minggu depan angah dah kena bayar tambang bas sekolah. Kasut alang terkoyak sebab dah lusuh sangat. Uncu pula kena beli baju baru sebab baju sekolah dia dah tak muat. Sekarang ni musim hujan kat sini, jadi ayah tak dapat turun menoreh. Nak minta jasa baik along kesayangan kitorang bagi sumbangan boleh?"
Sofya melepaskan keluhan berat. Di mana dia hendak mencari duit sedangkan dia sendiri pun tengah kering hujung-hujung bulan macam sekarang ini. Dia memandang sepi skrin telefonnya. Selang beberapa minit berfikir, baru dia teringat. Dia segera membuka senarai nombor kenalan dan mencari nama Ruby lalu menaip mesej untuknya.
"Aku setuju."
Butang send ditekan. Hatinya berbolak-balik, namun dia nekad. "Apa nak jadi pun jadilah," bisiknya dalam hati.
Terima kasih sudi baca. Maaf kalau ada kekurangan. Teruskan menyokong sbb tanpa pembaca, siapalah i ni kan.. giteww.. Komen sangat di alu alukan walau baik buruk sekalipun akan ku telan sebagai pembina semangat utk i buat lebih baik lagi.. ehh.. melebih lebih pula. Jangan lupa follow supaya sentiasa dapat notification setiap kali chapter di update. Sayang korang. Muah! ciked!
Share this novel
wkkwkw hahBHabqjsbbsjaoznz z
wkkwkw hahBHabqjsbbsjaoznz z
wkkwkw hahBHabqjsbbsjaoznz z