'berawal dari temenan,
udah lama manggil sayang
awal awal nanya makan,
kamu di mana dengan siapa"
"astaga, aku menyampah betul lah dengan lagu ni. mai, tolong diam kejap mai. aku sampai kena buka kalkulator ni nak kira stok." rayu Azwin yang sudah melunjur di hadapan rak. belakang badan Umair yang membelakangkanya dipandang dengan perasaan sebal.
"kalau kau marah ku bujuk,
ku ngak mahu kau merajuk."
"ya Allah, dia sambung lagi! diam lah mai oi! aku dah tak ingat nak taip apa." Aqilah, salah seorang dari empat orang yang turut berkerja di dalam ruangan itu pula bersuara.
Umair?
dia buat toya. macam tengah buat kerja dalam bilik tidur dia. langsung tak pandang kiri kanan. bukan dia tidak dengar, tapi sengaja buat buat tak dengar.
"kita bujuk deng love you,
ngana balas i love you too,
bilang pa mama mantu,
kita so siap, taso siap, taso siap ka situ."
kali ini tidak hanya menyanyi, siap bangun berdiri buat tarian viral tiktok. mujur tiada akaun tiktok. kalau ada elok disumpah jadi jambu batu. dah puas menari kat tiktok, sambung pula menari dekat pejabat.
"UMAIR! "
Nazhan yang sudah beberapa tapak mahu mendekati Umair dan ikut menari sama, kembali ke mejanya dan duduk dikerusi seperti tiada apa apa berlaku apabila mendengar nama Umair dilaung oleh mama Ros.
Umair menoleh, lalu melayang sengih kerang busuk kepada Mama Ros yang berada di dalam bilik berdinding kaca. dengan muka bersahaja, Umair kembali duduk dan menyambung kerjanya.
Mama Ros hanya mampu menggeleng. sudah masak sangat dengan perangai perkerjanya yang seorang itu. bukan hanya Umair, malah perangai semua pekerjanya sudah berada dalam genggaman.
mana tidaknya. jari tanganya jauh lebih banyak dari pekerjanya, memang patut lah kalau semua perangai dah masuk dalam kepala.
"video tu Mama nak harini, tak siap kau jangan balik ye Umair! " satu arahan berbaur ugutan keluar dari mulut Mama Ros.
memang Umair je satu satunya makhluk yang hari hari kena ugut tak boleh balik. masalahnya, Umair ni, walaupun perangai tak berapa betul, kerja yang dilakukan semua laju.bukan hanya laju tetapi sempurna. walaupun budak lepasan STPM, tetapi hasil kerjanya seperti orang yang sudah berpengalaman.
"kalau siap awal, boleh balik awal tak Mama?" soal Umair. mana ada pekerja selamber badak begini.
"hari ni sabtu, halfday. dah dapat half pun minta diskaun lagi." bidas Azwin yang sebal dengan Umair.
"hari sabtu, kalau kerajaan dah cuti sis. kita je berkorban masa, tenaga duduk kat office buat kerja." balas Umair tanpa memandang jiran meja belakangnya. tetikus dibawa ke butang simpan sebaik sahaja video yang baru di edit siap sepenuhnya.
"kau kena faham, kita kerja dengan orang bisnes sale ribu riban. kerja kerajaan tak payah buat sale. kau punch card pergi balik pun gaji tetap mantain."
"tapi tak berkat!" Azwin mengangguk setuju. kecukupan rezeki bukan bergantung pada banyaknya gaji, tetapi pada berkatnya masa yang digunakan. pada Amanah yang kita jalankan sebaiknya.
"gaji maintain tak menjanjikan kekayaan kalau setakat punch card lepas tu pergi sarapan sampai petang, cukup masa punch lagi. bukan orang gomen je. tak kira la kerja apa pun kita, jika masa kita di bayar dengan duit. buat sehabis baik. jangan sampai Allah cuci bersih gaji kita sampai 10 sen pun tak tinggal kat tangan." sambung Umair.
satu perkara yang membuatkan Azwin dan rakan sekerja lain tabik pada Umair. gila macam mana pun lelaki ini, tetapi sangat Amanah pada kerja yang diberi. jika hasil kerjanya tidak memuaskan hati Mama Ros dan Abi Husain. tanpa bantahan atau rungutan, Umair akan buat semula.
tapi tahan lah telinga sampai video dia siap. sebab sepanjang panjang edit video, macam macam lagu dia akan naynyi. tak cukup dengan nyanyi dia menari pula. nak marah pun tak guna. itu saja cara dia melepaskan tekanan kerjanya.
nasib baik suara boleh pergi jauh, kalau serupa macam katak bawah pinggan.memang dah kena ligan dengan penyodok sampah!
mujur lah dapat ketua seperti Mama Ros, prinsip dia sebagai seorang ketua yang perlu pekerjanya terapkan sangat senang. tak kisah kau nak buat gila mana pun, yang penting kerja siap tepat masa, sempurna, memuaskan hati. lain lain dia boleh tutup mata, tetapi bukan kerja.
itu sebab dia tidak boleh nak marah sangat si Umair.
"Awin, tengok jap. okay tak? " Umair mengalih sedikit ketepi memberi ruang kepada Azwin di belakang.
"video zaman tok kadok ni pun Mama suruh edit jugak? dah tak ada kerja betul kau ni." soal Azwin pelik apabila gambar gambar yang di ambil semasa festival konvokesyen UTHM pada dua tahun lepas turut di edit menjadi satu video.
"aku selaku pekerja yang cemerlang, terbilang, gemilang.hanya sekadar mengikut arahan. janji gaji masuk tiap bulan on time. lebih tak pe jangan kurang." bersahaja Umair menutur kata sambil tangan sibuk mengemas wayar yang berselirat di atas mejanya.
"aku rasa ending dia tak best la." Azwin mula memberi komen sebaik sahaja video berdurasi tiga minit lima belas saat yang bertemakan lagu segenggam tabah selesai dimainkan.
tanpa banyak bunyi, Umair memainkan kembali bahagian yang dikatakan Azwin sebentar tadi. dia mengangguk perlahan apabila menangkap maksud 'tak best' yang diperkatakan.
"dia macam serabut, macam kau nyanyi tapi lari tempo. cuba kau try tambah gambar, atau klip video yang kau shoot masa Haritu." cadang Azwin.
"gambar dah habis, ini je yang aku dapat jejak. video memang kirim salam lah. aku rasa aku dah terbuang. dah lama kut. cerita dah dua tahun baru nak suruh buat. gambar gambar ni pun ehsan dari pc mama. kalau tak, memang potong gaji lah bulan ni." Azwin tidak tahu mahu gelak atau tidak pada aduan yang berbaur rungutan ini.
bukan selalu mahu dengar lelaki ini merungut.
"kau tak ada idea ke macam mana nak bagi video ni kemas? add on apa apa ke?" soal Azwin. wajah Umair dijeling sekilas.
"add on ek? soalan kau macam... sis, caramel latte macchiato add on topping ice cream vanilla lebih kalori." selorohnya bersama tawa besar. Azwin ketap gigi.
"Nate beruk ni keno nge aku ni kea! " ujar Azwin dengan suara yang tertahan.
"nak add on apa? otak aku dah jem. aku tengah tak boleh brain lagi sampai sekarang kena buat video ni. dah lama kut.. ya Ampun! aku agak walid dengki ni tengok aku tak ada kerja. sakit betul mata dia bila tengok aku Rileks." bengang betul nadanya.
belum sempat Azwin membuka mulut, Umair kembali bersuara memberi amaran.
"kau jangan bagi idea yang menambah kerja aku.. aku tak nak edit kata kata, gambar rumput ke sharigan ke. tak nak!"
"Dah, malas lah aku. sukahati kau lah. " Azwin terus memusingkan kembali kerusi menghadap meja.
"anak anak, jom makan dulu." serentak kepala mereka berempat menoleh ke arah pintu masuk apabila suara ajakan mama bersama sebungkus plastik di tangan menyapa telinga. semua tayang muka teruja.
"apa tu?" soal Umair pelik. berkerut dahinya melihat bebola yang dicurah oleh kuah hitam, dilorek sos dan mayonis juga di tabur sesuatu serbuk seakan serondeng di dalam polisterin. makanan yang terhidang di depan matanya ini langsung tidak pernah berada dalam pengetahuannya. pertama kali dia mendengar dan melihat makanan ini
"takoyaki." jawab Aqilah tanpa menoleh kiri kanan, dia yang pertama sekali mencapai garpu dan mencucuk sebiji takoyaki lalu di masukkan ke dalam mulutnya. terpejam pejam mata menikmati takoyaki yang sudah berada di dalam mulutnya.
"kaki? " soal Umair lurus. lama dia tenung bebola itu, mahu mencari rupa bentuk kaki..hujung kepala digaru dengan hujung jari telunjuk apabila makanan itu langsung tiada rupa kaki.
kaki apa yang bulat bulat begini?
belum sempat dia bertanya lebih lanjut, Azwin sudah mencelah terlebih dahulu.
"kaki mu,kaghe kaki hok duk bowoh ni naik atah palo mu kea.takoyaki!" marah Azwin. geram sungguh dengan Umair yang dia sangka sengaja mahu berloyar buruk.
terkebil kebil Umair apabila dia di marahi.
"tanya pun marah, patut pun kena reject lepas interview taska." sindiran Umair tepat mengena. mata helang Azwin menikam wajah Umair yang tidak beriak.
"abang A'an, tolong sumbat takoyaki dalam mulut dia ni." arah Azwin jengkel.
"asal buka mulut je menyakitkan hati." serentak dengan itu sebiji takoyaki disumbat masuk ke dalam mulut Umair. elok pula si Nazhan ni berkerjasama dengan Azwin.
"kau jangan kunyah benda alah tu sampai habis masa kerja nanti. kau kunyah kau siap! " keras Azwin memberi Amaran, garpu di tangan ditunjuk tepat ke muka Umair. selepas melihat Umair yang akur, dia kembali menyuap takoyaki ke dalam mulutnya.
"macam ni ke rasa dia? " soal Umair. terkulat kulat dia mengunyah makanan yang di rasa tidak kena pada tekaknya.
"kau tak pernah makan ke sebelum ni? " soal Aqilah. semua mata terarah ke Umair. bermacam reaksi mereka apabila melihat gelengan Umair.
"serius lah? " soal Nazhan pula tidak percaya. si Umair ni bukan boleh terima bulat bulat jawapan dia. muka macam innocent, tapi rupanya tengah troll orang.
"pelik ke kalau orang tak pernah makan benda ni?"
"tak pelik kalau tak pernah makan. tapi kalau tak kenal pelik gak lah, makanan ni agak familiar jugak sekarang. walaupun tak makan. tapi kalau sebut takoyaki dia orang dah boleh bayang dah macam mana rupa dia. " jawab Azwin bagi soalan Umair.
"Iye? tapi serius, aku first time jumpa." balas Umair dan kembali menapak ke arah mejanya. tidak berminat untuk menyertai rakan sekerjanya menikmati takoyaki.
"gaji pun cukup cukup beli barang rumah der, nak beli makanan lain... memang telan liur je la.." sambungannya dengan tawa besar.
Aqilah dan Nazhan turut tertawa. tapi tidak Azwin. suapannya terhenti. entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu pada ayat terakhir Umair. bukan sahaja nada suaranya, tawanya juga kedengaran sumbang.. tanpa sedar, matanya memandang belakang badan Umair yang sudah menyambung kerjanya.
******
"Every day I just can't control
Every night the loneliness my love
So beast in the cube."
"dia mula dah!" rungut Aqilah. badan di hempas ke tempat penyandar.. matanya memandang pasrah ke arah Umair yang sudah ke alam lain. lelaki ini, jika sudah menyanyi, headphone melekap di telinga, memang tidak kisah sudah dengan dunia keliling. cakap lah, tegur la. memang minta maaf. tidaknya dia dengar.
"Every day I shock (shock)
Every night I shock (shock)
I’m sorry jebal naege dasi dorawa jullae
Every day I shock (shock)
Every night I shock (shock)
nan neo ddaemune amugeotdo hal su eobtneunde oh"
"lagu apa pula dia nyanyi ni? " soal Abi Husain saat telinganya menangkap suara Umair yang sedang menyanyi sebaik sahaja kakinya melangkah masuk kedalam pejabat.
langkah kakinya terhenti.mata Abi Husain memandang ke arah Umair yang langsung tidak menyedari kehadirannya. pecah tawa mereka bertiga yang menyaksikan kejadian itu.
"Korea. " jawab Aqilah bersama sisa tawa. Abi Husain menggeleng kepala.
"tak tersimpul pulak lidah dia nyanyi lagu macam itu." seloroh Abi Husain. walaupun jarang ke pejabat tetapi, dia juga sudah masak dengan perangai Umair yang satu ini. Abi Husain membiarkan Umair dan melangkah masuk ke dalam pejabatnya. sempat dia dia menggeleng kepala sekali lagi. biarlah. asalkan kerja siap iti sudah memadai.
tawa mereka pecah lagi. Umair? hanya jasad sahaja di pejabat, roh nya sudah didalam komputer. orang sekeliling tengah bising,dia Boleh buat tak tahu. ini ke yang orang kata, bahagia cara sendiri tanpa hirau kata kata orang sekeliling.
Azwin menjeling sekilas jiran meja belakangnya yang langsung tidak berkutik, hanya jari telunjuk dan tangan kanannya sahaja yang bergerak menekan dan menggerakkan tetikus.
bateri tenaganya untuk bersosial tidak di cas mungkin, menyebabkankan lelaki itu terus diam tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. kerana selalunya di waktu waktu begini dia masih aktif terkinja kinja. jam juga sudah menunjukkan angka 11.00 pagi. menandakan sudah berakhur masa kerja separuh hari mereka.
"mai, lepak jom. " Ajaknya sekaligus memusingkan kerusi menghadap Umair yang juga baru sudah melepaskan headphone di telinga.
"eh, fisrt time ni perempuan ajak aku lepak. kau biar betul? " sakat Umair tanpa menoleh sedikit pun ke wajah Azwin. tangannya sibuk mengemas barang lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. merah muka Azwin menahan malu
"tak nak dah, aku bukan nak ajak sangat pun. lagi pun bukan berdua. berempat." balas Azwin dan terus mengangkat punggung. tak betah dia berlama disitu. walaupun dia tahu Umiar sekadar bergurau, tetapi ayat yang keluar dari mulut Umair sangat menjatuhkan air mukanya.
"sensetif juga kau ni rupanya. lepak kat mana? dengan siapa? "soal Umair menahan Azwin sebelum gadis itu mula melangkah.
"dekat pantry je. kak qilah dengan Abang Aa'n." jawab Azwin. dia kembali pusing ke arah Umair. Umair sekadar mengangguk. Azwin menunggu juga jawapan balas yang akan keluar dari mulut Umair tetapi hanya sia sia. usahkan suara. buka mulut pun tidak.
"kau nak join ke tak nak? " soal Azwin dengan suara yang tertahan. geram sungguh dengan lelaki yang berdiri dihadapannya.
"ye sabar, kejap lagi aku datang. pergi la dulu. bancuh bancuh air. bancuh cucur ke, bancuh kek ke..."
"buat apa susah susah nak hancuh cucur, tu Cik Senah open table kat depan office seban nak jadikan kita ni target sale dia lah. " balas Azwin. dia tidak terus pergi. malah menunggu sehingga lelaki itu siap mengemas mejanya.
"tu yang hujung bulan semua semput, bajet lari.." sambut Umair bersama tawa. Azwin turut ketawa. sifat Umair yang sangat cermat dan displin sudah dia hadam dalam dalan. jangan tak tahu, Umair ni nak beli kuih pun ada jadual dia. tiba saja hari gaji, setiap keluar masuk duitnya sudah di senaraikan di dalam buku. tidak hanya komitmen bulanan, belanja harian juga ada limitnya.
bagaimana boleh tahu?
kerana, selesai tulis dibuku, Umair akan membuat satu lagi salinan lalu ditampal depan matanya yang menjadikan bajet itu bukan hanya untuk dirinya, tetapi untuk diri rakan rakannya juga.
"jom." beg yang sudah siap di kemas Umair sandangkan ke bahu.. kaki terus di atur menuju ke arah pantri. Nazhan dan Aqilah juga sudah menunggu diruangan itu. Azwin membuntuti langkah Umair.
tiba di pantri, Azwin tidak terus duduk. malah dia menuju ke arah meja. dua buah mug diambil lalu di isi penuh air panas. satu sachet LA coffee dia capai lalu memasukkan isinya ke dalam salah satu mug.
"kau nak air apa mai? " soal Azwin tanpa menoleh. tangannya sibuk mengacau air yang baru sebentar tadi dibancuh.
"wah, boleh request eh? " usik Nazhan.
"boleh, siapa suruh buat air sendiri. kan dah rugi." balas Azwin tidak mahu kalah. betul lah. jika dia tidak nampak mug sudah berada dihadapan Nazhan, sudah dia bancuhkan sekali untuk lelaki itu.
"nah, ni akak punya." belum sempat Aqilah bertanya, Azwin sudah letakan dahulu mug air LA coffee yang baru siap bancuh di hadapan Aqilah. bersinar matanya. tak perlu buat permintaan, air kegemarannya sudah siap terhidang.
"oh, lagi special. request by telepathy." ujar Umair sambil tergeleng kagum.
"i love you ada? " soalnya sambil menayang sengih membuatkan Aqilah yang sedang menyisip air hampir tersedak. Nazhan melepaskan tawanya manakala Azwin tetap berwajah selamba. langsung tidak terkesan dengan usikan itu.
"sold out. belum submit order. sementara ni minta yang ada je dulu. " Umair memcebik. Aqilah dan Nazhan sudah seperti mahu putus urat kentut ketawa.
"apa je yang ada? "
"kopi."
"kopi apa? "
"aih, kau ni! dah lama tak kena balun dengan getah paip agaknya?" Azwin sudah mula naik darah. main main pula.
"buat je la apa apa. air kopi kaw tanpa gula pun okay. sedangkan peel kau pun aku boleh telan, inikan pula air kopi pahit." kutuk Umair bersahaja.
"kau ni, kalau mengata aku, depan muka terus kau bagi. tak pandai langsung nak bergurau.. asal bergurau, mesti macam minta kena pukul." pecah tawa mereka. tidak menunggu lama, air yang sudah siap Azwin letak dihadapan mata Umair..
"kau buat air apa ni? " soal Umair sebaik sahaja air yang baru disisip singgah di lidahnya.
"kau demam sampai hilang deria rasa? air kopi pun dah tak kenal? aku ni tak payah minum, bau pun tahu tu kopi." geram pula Nazhan dengan soalan buat buat tidak tahu dari Umair itu. ni tak lain tak bukan ada la tu agenda dia.
"manis gila."
"eh, tolong sikit. sebutir gula pun aku tak letak.. " serentak dengan itu sengihan nakal Umair menghiasi bibirnya.
"ah, sudah.. dia buat dah.. pikat line apa pulak dia nak buat kali ni.. " tebak Aqilah yang sudah masak dengan perangai Umair.
"masya Allah orang kelantan, bukan muka je manis, buat air tak letak gula pun manis." kecoh terus ruangan pantri itu sebaik sahaja Umair menutur kata. bagi orang lain, mungkin agak mania. tetapi tidak bagi rakan rakannya.
Aqilah hampir saja mahu hanyun tangan, mujurlah bukan mahram. jika ini adiknya sudah dia heret bawa balik rumah, kunci dalam stor. kerja baru setahun jagung ada hati nak pikat anak dara orang. umur pun belum cukup masak lagi.
"kau pergi balik la mai, benci pulak aku dengar." halau Aqilah.bukan cemburu, tetapi menyampah.
"tabah la mai, umur kau baru 22, memang fasa kena reject. tunggu lagi 10 tahun kau datang ngorat balik. masa tu mesti dia sambut. pantang tolak kecuali dah kahwin. " Nazhan mengusap lembut belakang badan Umair. kononya mahu menenangkan lelaki itu.
"tapi betul, air ni manis gila doh." ujar Umair mahu menegakkan kebenaran. kata katanya bukan sekadar kata pikat. tetapi air kopinya memang teramat manis. rasa macam minum pati air gula.
"aku memang tak letak gula, tapi aku letak stevia. kat pantri ni mana pernah wujud gula.." berguling tawa mereka sebaik sahaja mendengar pengakuan Azwin.
"ha, aku dah agak dah. ingat saja saja aku buat pikat line. sampai jem urat otak aku.punya lah manis." adu Umair lagi.
"berapa titik kau letak win? " soal Aqilah. kini semua mata terarah ke wajah Azwin yang serba tak kena. sengih gadis itu juga sudah lain macam. lambat lambat dia mengangkat tangan lalu mengeluarkan 4 jarinya menunjukkan empat titik stivia dititiskan ke dalam mug air kopi Umair.
"astagfirullahalazim. auto dialysis.. kau nak buat air satu jag ke? anak bertuah! " Aqilah tergeleng dengan tawa yang masih bersisa. Nazhan kekal ketawa.
Umair?
blank!
hai, assalamualaikum. aien kembali bersama baby baru. untuk novel kali ni akan jadi slow updated tau, sangat slow, terlampau slow. kerana kekangan masa. tapi insya Allah allah x lebih swmonggu untuk 1bab, maaf dan terima kasih buat y sudi baca dan sudi tunggu. dan yeah,, mari berkenalan dengan watak baru dan kita moveon dengan pak ustaz dan abg Am, okay. happy reading guysss!!
Share this novel