pintu ditolak dari luar, sebelum Azwin meloloskan diri masuk ke dalam pejabat.kakinya diatur menuju kearah meja lalu meletakkan beg yang disandang ke bahu atas meja.
"Hello everibadehhh, good morning!" sapa Azwin ceria sebaik sahaja punggungnya mencecah permukaan kerusi.
Umair yang datang lebih awal dari Azwin memusingkan kerusi menghadap Azwin yang membelakangkanya. dia menjungkit bibir lalu menjeling sambil menayang muka menyampah ke arah Azwin.
"kepala otak kau Hello. ingat ni rumah cina ke?" meledak tawa Nazhan dan Aqilah.
"kau sarapan apa pagi tadi?" soal Nazhan pula.
"nasi lemak setengah cup, telur besar nano sim kad, sambal dua titik, ikan bilis 2 ekor kacang 3 biji. harga sebungkus rm3.50. sedap." Azwin mengangkat ibu jarinya sambil menjungkit kening beberapa kali.
"ye dohh, aku beli karipap kentang, free gift oksigen." celah Nazhan pula. niatnya yang tadi mahu menyindir Azwin yang terlihat agak ceria pagi ini tidak jadi.
" senang betul rakyat Malaysia buat duit ek? " Aqilah tergeleng mengenangkan harga makanan dan kuantiti yang langsung tidak masuk akal.
"yang menjual pun rakyat yang tertindas juga, kita nak cakap apa? kalau kita garu kepala tengok isi makanan yang kita beli, diaorang garu pungkok tengok harga bahan mentah. baru bahan kering, belum lagi dia tengok bahan basah. terkencing der. untung lah kita ni ada gaji tetap Walaupun baru dapat seminggu dah korek duit syiling dalam tabung." terus insaf rakan rakan lain sebaik sahaja mendengar ulasan Umair.
"ada je lagi penjual yang bagus, kita beli mi dia bagi free lauk.. ayam, ikan.. aku pun pernah dapat. masa tu beli mihun. "sambung Umair lagi.
"kau dapat apa? "soal Aqilah ingin tahu. serentak tiga pasang mata tertumpu ke arah Umair dengan wajah teruja.
"anak lipas." hilang terus wajah keterujaan dari mereka bertiga. yang ada hanya lah rasa mahu hempuk kepala Umair dengan penyodok sampah.
"kau orang ada nampak tak kat mana aku letak penyapu tadi? " sakit hati betul Aqilah. mudah benar dia di ayam ayamkan oleh budak muda lima tahun darinya. paling sakit, dia juga turut teruja kerana menyangka peniaga itu benar benar baik hati.
"dah jom meeting, Abi dah panggil." Umair orang pertama yang cabut lari sebelum penyapu benar benar terbang atas belakang badannya. panggilan Mama Ros menyelamatkan nyawa Umair yang hampir diragut Nazhan dek kerana lawak bodohnya tadi.
Azwin sudah berdekah, dah tahu budak tu sengal yang pergi percaya buat apa!
******
sudah hampir satu jam berlalu, tetapi mesyuarat masih belum lagi menunjukkan tanda tanda mahu tamat. Umair sudah tayang muka buat buat fokus. rasa bosan sudah menyelubungi dirinya. serba tidak kena semua. kepala dah berapa kali garu. sekejap dia garu telinga. dua minit kemudian dia garu hidung pula. beberapa minit lepas itu rambutnya pula di gulung. tiba tiba pula boleh gulung padahal rambut tak panjang.
"hari selasa ni, akan ada staff baru datang. jadi lepas ni, Azwin dah ada pembantu lah ye. memandangkan minyak wangi ni pun dah banyak permintaan. so Azwin, kerja you cuma bancuh minyka wangi je. yang pack satu satu dalam botol you ajar budak baru." Azwin mengangguk faham. lega dia apabila ada perkerja baru yang akan membantunya.
jika sebelum ini, kerja pembungkusan dari awal hinggal akhir kerja dia bersama dua orang pekerja lain, tetapi beberapa bulan lepas dua oang itu sudah hantar surat berhenti, membuatkan kerja yang sepatutunya dibuat dua hingga tiga orang paling kurang dibuat oleh Azwin seorang.
sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dia dan sotong sudah tiada beza.
"berapa orang ma?" soal Aqilah.
"yang interview lima orang, yang mama approved tiga orang je, sebab yang lagi sorang tu banayak sangat alasan. malas nak ambil. biar lah dia cari dekat tempat lain." jawapan Mama Ros membuatkan mereka tidak berani untuk bertanya lebih lanjut.
lain macam suara Mama, jika tanya lebih lanjut tidak pasal pasal mereka yang kena tempiasnya. Abi Hussain juga sudah beri isyarat jegil biji mata supaya menukar topik.
"bulan depan kita pergi PD, ada open table seminggu dekat sana." serta merta terbit senyum bahagia pada wajah tiga orang anak muda di hadapan Mama Ros sebaik sahaja ayat itu meluncur keluar dari bibirnya.
seperti biasa, Umair lah manusia yang paling tidak rela, belum pergi lagi dia sudah bayang kepenatan berhadapan dengan umat manusia. kepala dipicit perlahan.
"Umair dah pening." sakat Abi Hussain yang ternampak gelagat Umair yang sudah tidak senang duduk. serentak mereka mandang ke arah Umair. pecah tawa mereka.
"boleh ke kalau tak nak pergi? " soal Umair gelisah. jiwanya sudah tidak tenteram.
"boleh, kalau ada orang boleh buat kerja kamu. kalau tak ada, no excuse." Umair tersandar dikerusi sebaik mendengar jawapan Mama Ros. sudah tentu dia kena pergi. dia satu satunya perkerja yang tiada rakan kongsi. semua kerjanya dibuat sendiri tanpa bantuan sesiapa kerana dia lebih selesa begitu.
"kamu ada kerja lain yang tertunggak tak? " Umair menggeleng.
"dah shoot video minyak wangi latest yang Mama suruh haritu." Umair mengangguk lagi.
"dah siap videonya?"
"dah, saya dah hantar juga kat dalam group telegram. semua orang dah seen, Mama sorang je belum." jawab Umair selepas penat menjadi burung belatuk. mengangguk dari tadi.
"okay, siapkan design untuk buat pamphlet. Mama bagi masa seminggu untuk siapkan.Mama nak order yang baru." arahan Mama Ros sebentar tadi menimbulkan garis kerutan di dahi Umair.
"biasanya dia dah ada design sendiri kan?" soal Umair pelik. tidak pernah pula dia dapat kerja ni.
"ada, tapi tu untuk orang yang tak ada staff." Umair tersengih seraya mengagguk akur. baru mahu mengelat.
"staff baru tu lelaki ke perempuan? " soal Nazhan ingin tahu. Umair yang tadi duduk bersandar sambil menjongket kerusi terus membetulkan duduk. telinga dipasang seluas mungkin. dia juga turut berminat dengan topik yang baru dibuka Nazhan sebentar tadi.
"perempuan." jawapan dari Mama Ros sangat pendek, tetapi mampu mengoyakkan bibir dua anak muda dihadapnnya hingga ke telinga. Aqilah dan Azwin berpandang sesama sendiri dengan reaksi muka meluat terhadap dua lelaki dihadapan mereka.
pantang dengar, mula lah naik gegata!
"cantik tak? " soal Nazhan lagi.
"apa definisi cantik bagi awak? " mata Mama Ros memandang tepat ke wajah Nazhan.
"kalau macam Qilah Dengan Awin ni, kira biasa biasa lah." jawapan tidak pakai otak Nazhan mengundang api kemarahan di jiwa Aqilah. dia yang persis model antarabangsa dikata biasa biasa.
Azwin juga yang kekal tenang, sedar diri memang tak cantik. tapi Bila dikatakan Aqilah tidak cantik, sah si Nazhan ini sudah buta.
"engkau pun muka macam sotong, kau nak harap perempuan cantik menempel dekat kau. bermimpi saja lah! " kutuk Aqilah dengan suara tertahan. mujur lah depan Mama Ros dan Abi Hussain, jika hanya mereka berempat sudah dia kutuk hingga berdarah telinga lelaki itu. baru tahu wanita yang dikatakan biasa biasa ini, mempunyai mulut yang berbisa.
"Umair? " mata Mama Ros kini tertumpu ke arah Umair pula yang sedari tadi hanya memasang telinga. bergerak gerak bebola mata Umair, seakan berfikir sebelum memberi jawapan.
"asal dia duduk diam diam, tak bising dekat tepi telinga dah cukup pakej dah. cantik tu bukan terletak pada kesempurnaan, semua ada cantik sendiri." masing masing tayang muka tidak percaya dengan jawapan yang keluar dari mulut Umair. Mama Ros Dan Abi Hussain juga tidak terkecuali.
"dah, bersurai tutup majlis dengan tasbih kifarah. hari ni Mama dengan Abi nak pergi kilang. nak test bau baru. lagi satu, esok Mama nk bincang dengan Azwin dalam pukul 10 macam tu. sebab Mama ingat, mama nak buat satu perfume untuk signature brand kita. jadi untuk proses perfume tu, dari awal sampai akhir Mama nak guna formula kita. " Azwin mengangguk faham sebelum Mama Ros dan Abi Hussain berlalu pergi meninggalkan mereka berempat di ruangan mesyuarat.
"elok, kau hidup dengan Anak patung je lah Mai. cantik, putih, gebu, tinggi, kurus, natural beauty gitu, diam pun diam. cukup kreteria yang kau cari cari." sindir Azwin saat punggung cecah permukaan kerusi di meja masing masing.
dari tadi dia tahan mulut mahu menyindir. tidak puas hati betul dia dengan jawapan cliche Umair. Umair melepaskan tawamya.
"karang orang kata aku sakit mental pulak." pc dihidupkan, bersedia untuk memulakan kerja yanh diberi sebentar tadi. targetnya, supaya dapat disiapkan pada hari ini juga sebelum tamat waktu kerja.
"cantik ni depend pada seseorang, ada orang duduk diam diam pun cantik, tengah makan pun cantik, ketawa macam mak lampir pun comel. yang penting confident, ada confident ni, tak mandi ke, Baru bangun muka masyam manja macam meow meow Belum mandi flawlessly masih pretty somehow
Will not cakap yang you cantik tanpa make up
When you dress up it will boost your confidence level way up
Yang penting you yakin dengan diri sendiri
So that you don't have to overthink about your insecurities huh."
"tu lagu Mai, tu lagu." Azwin tayang muka memyampah. ingat ni maharaja lawak mega, elok elok bercakap tiba tiba menyanyi. Umair bantai gelak.
"tapi itu lah, kadang perempuan ni bila dah confindent. ada sampai tahap tak sedar diri pulak."
kurang asam betul, tadi bukan main berkata kata persis lelaki budiman.
Azwin tidak membalas, tangannya mencapai alat yang akan digunakan untuk membancuh minyak wangi sebelum di tuang satu satu ke dalam botol khas.
"kau suka perempuan yang macam mana? " soal Azwin yang sudah memulakan kerja bancuh membancuh. soalan sekadar membuka topik
"aku tak suka perempuan."
"kau ni, aku campak juga dekat india ni kang." makin galak tawa Umair sehingga Azwin turut tergelak.
"karang kau juga yang rindu." usik Umair dengan sisa tawa.
"ya Allah, tolong lah! sujud syukur aku kalau tak nampak kau sehari. stress aku ni dah tahap depress hadap suara kau nyanyi tak kira masa." kutuk Azwin.
"apa bendalah yang bergalak sangat ketawa budak dua orang ni." tegur Aqilah. sejak dari habis mesyuarat tadi sehingga sekarang sudah hampir setengah jam tidak berhenti ketawa.
yang peliknya tangan dan mulut sama laju. bercakap macam nak bergaduh, tapi ketawa tak ingat keliling.
"mangkuk ni ha, nak hantar orang pergi india pulak." adu umair.
"sedap je kau mangkuk kan aku." serentak dengan itu pemukul lalat dilibas pada belakang badan Umair. entah dari mana datangnya benda alah itu, elok pulak 'landing' atas meja Azwin.
"hal budak budak jangan masuk campur." celah Nazhan sebelum Aqilah sempat buka mulut. dia kembali menyambung kerjanya tanpa menghiraukan aduan Umair.
azwin dan Umair kembali fokus pada kerja, tiada lagi suara berbual diantara mereka. bila keadaan sudah sepi barulah Umair dapat membuat kerjanya dengan tenang.
salah satu sebab dia tidak memelukan rakan kongsi seperti rakan lain, kerana sifatnya yang sangat memerlukan ketenangan disaat berkerja, tidak betah untuk berkerja dalam satu kumpulan, lebih suka bertindak sendirian. dia cukup serabut dengan suasana hingar saat berkerja.
"aku tak ada wanita idaman, aku lebih prefer hati aku buat keputusan sendiri. kalau buat cuci mata, memang lah cantik yang pandang dulu.tapi kalau untuk partner hidup, aku lebih mencari yang banyak mulut. tak extravert, ambivert pun okay." Umair bersuara tiba tiba selepas agak lama dia dan Azwin berhenti berborak bagi menjawab pertanyaan Azwin,
Azwin mengangkat kening. duduk dengan Umair baru dia tahu istilah tentang personaliti manusia. sehingga sekarang pun dia tidak tahu antara tiga istilah itu mana yang tepat dengan karakternnya.
"kenapa tak nak yang sama dengan kau? sunyi sepi kan makanan kau. baru lah tenang, aman damai hidup kau."
"supaya senang kalau nak pergi kedai. nak beli barang, suruh dia je yang cakap."
"kurang asam!" pecah tawa Azwin. mujurlah pati yang sedang dituang ke dalam bekas kaca tidak tersasar ke tempat lain.
"tak lah. aku perlukan ketenangan masa rehat, tapi aku perlukan cerita untuk berborak. kalau sama dengan aku, aku bisu dia bisu. kalau orang extravert, aku tanya satu patah perkataan je, tapi jawapan dia, dua tahun cerita pun tak habis."
"tapi kau ni bising je, kata introvert pendiam." Umair gelak tanpa suara. keningnya yang tidak gatal digaru.
"pendiam bukan bisu sis, tapi kau nak suruh aku bisu seminggu pun boleh." Azwin mencebik tidak percaya.
"okay, jangan bercakap benda tak penting dengan sesiapa seminggu ni." cabar Azwin. Umair tersenyum. sinis.
mudah kak!
******
"ada siapa siapa gaduh dengan Umair ke?" soalan Nazhan buatkan Azwin mahu hantuk kepalanya ke dinding berulang kali. jika bukan kerana mulutnya yang gatal mencabar pasti umair tidak sediam ini.
biasanya waktu waktu begini, dia sudah menyumbangkan suara menyanyi lagu yang entah apa apa. masuk hari ini, sudah masuk hari ke sembilan Umair membisu. hidup pula dia tidak bercakap dengan orang, buat kerja sendiri.bukan itu saja, dia juga tidak turut serta rakan lain melepak di pantry pada waktu rehat. waktu habis kerja juga tiada lagi lawak bodohnya meriuhkan suasana tegang setelah penat seharian menghadap pelanggan dalam talian dan skrin.
"ke ada masalah budak tu?" Aqilah pula berteka teki.
"pernah ke dia tak ada masalah, tapi selalu elok je bising, terkinja kinja menyanyi." balas nazhan. risau benar dia dengan ke diaman Umair. puas dia berfikir seminggu ini. Azwin kekal dengan muka semedang. langsung tiada riak bersalah pada wajahnya.
"Umair tu bising ke sebenarnya?" soal Fatin lurus. salah seorang pekerja baru..
"biasanya lah." jawab Aqilah pendek.
"kau gaduh dengan dia eh?" serkap jarang nazhan. laju Azwin menggeleng.
"kalau gaduh, Awin dah amik mc siap habiskan cuti tahunan terus dah." jawab Azwin membela diri. memang betul pun, mereka tidak bergaduh. cuma terbuat sedikit cabaran je. tapi perjanjiannya hanya seminggu saja. sekarang sudah lebih seminggu jadi bukan salah dia lagi jika Umair kekal bisu.
Azwin tidak betah berlama disitu. dia bingkas bangun. sebiji mug dicapai. lalu membancuh kopi sebelum berlalu meninggal pantri. memandangkan sudah ada tiga perkerja baru, maka tidaklah Aqilah dan Nazhan berdua sahaja diruang sempit.
"mungkin ada budak baru masuk kut, tu yang dia diam." sempat telinga Azwin menangkap suara Aqilah yang terlampau bersangka baik. yang penting Azwin lega dengan ayat yang keluar dari mulut Aqilah. dia tersenyum puas.
mug di letak kasar di atas meja. Umair yang terkejut dengan kehadiran mug berisi air kopi pantas mengangkat kepala memandang tepat ke arah Azwin yang sedang bercekak pinggang.
Umair sekadar mengangkat kening beri isyarat bertanya apa.
"dah dah lah tu, risau aku tengok kau diam macam ni. aku cakap seminggu je, ni dah sembilan hari. kau dah bisu terus ke macam mana?"
Umair tergelak kecil, kopi yang masih panas disisip sedikit lalu menyambung kembali kerjanya yang sudah seminggu tidak siap siap. kepalanya sudah naik serabut hadap skrin. sudah tiga hasil kerjanya di tolak oleh Mama.
'you boleh buat lebih baik dari yang ini.'
hanya satu ayat yang tidak lebih dari sepuluh patah perkataan sudah cukup untuk buat dia sedar bahawa hasil kerjanya ditolak. bukan tidak biasa ditolak, tetapi selalunya hasil yang kedua sudah diterima. ini sudah tiga kali, masih juga tidak mencapai piawaian. rupanya buat design untuk pamphlet tidak semudah edit vedio.
"weh, aku suruh kau cakap bukan gelak je! " marah Azwin. geram apabila Umair masih tidak endahkan kehadirannya yang ingin berdamai.
"kau nak aku cakap apa?" soal Umair. langsung tidak mengalihkan matanya dari skrin PC. masanya sudah suntuk, tiada masa untuk dia berbasa basi dengan rakan sekerja.
"kenapa tak siap lagi mai?" soal Azwin saat matanya melekat di skrin pc Umair tanpa sengaja. rasa nak gaduh tadi sudah hilang melayang.
"kena reject." jawab Umair pendek. masih tiada hati mahu melayan gadis yang sedang menganggu ketenteramannya.
"patutnya dah hantar kan? " Umair sekadar mengangguk. banyak tanya pula si Azwin ni.
"habis tu tak siap lagi ni? bila last. " soal Azwin lagi dan lagi. Umair sudah mula garu kepalanya yang tidak gatal.
"ni Aku nak hantar lah ni, kau jangan la bising bising tepi telinga aku. aduhh.. otak aku dah sakit ni." balas Umair dalam tawa kegeraman. dia tersandar. wajah Azwin di pandang sekilas.
"sorry sorry!" mulut kata maaf, tapi bantai gelak. dia meninggalkan Umair dan pergi ke mejanya.
"Mai. " nama Umair diseru sebaik sahaja punggungnya mencecah permukaan kerusi.
"astaghfirullahalazim!" Azwin hampir berguling mentertawakan Umair, puas benar hatinya dapat mengacau Umair yang sedang serabut ayam.
"sorry sorry."
"sorry naik lari la! "
Share this novel