Azwin melangkah keluar dari bilik tidurnya, kaki di hayun ke dapur mencari kelibat si ibu untuk meminta izin keluar bersama dua orang rakan baiknya sejak zaman sekolah rendah.
tetapi tiada, di ruang mencuci baju juga tiada. baru saja dia mahu melangkah meninggalkan ruang itu, tiba tiba Puan normah keluar dari bilik air. yang terletak berhadapan dengan ruang mencuci baju.
"bila Ami masuk bilik air?' soal Azwin. tiada dengar bunyi air, tiba tiba saja terjengul muka puan Normah.
"takkan nak masuk bilik air pun kena bagitahu kau? kau nak pergi mana ni?" soalan dia jawab soalan. matanya merenung anaknya atas kebawah. sakit matanya dengan pakaian anak dara seorang ini.
"orang nak keluar jap. orang cari Ami nak bagitahu lah ni. sekejap je. pergi pasar malam. lepas tu balik."
"dengan siapa?" mencerlung mata Puan Normah menikam anak mata Azwin.
" Erina dengan MIa." renungan mata Puan Normah bertukar menjadi renungan tidak percaya. anak gadisnya ini bukan boleh percaya. sudah beberapa kali dia kena kelentong. katanya keluar dengan dua kawan baiknya saja, tiba tiba saja ada laporan sampai di telinga, mengatakan anak gadisnya duduk melepak bersana budak lelaki yang tidak tahu arah tujunya.
"kau jangan main main kak ngah. kau tak serik ke kena bantai dengan bapak kau?" soal Puan Normah garang.
'betul, tak tipu. lagi pun itu 1st time jadi. sebelum orang tak pernah pun keluar dengan lelaki. ." cerita sudah berkurun lama. sudah hampir setahun berlalu. itu pun bukan kerana dia yang tergedik gedik mahu melepak sama. jika bukan kerana Erina yang kononnya mahu 'girls day out' pada hari itu.
kejadian yang pada awalnya hanya mahu meluangkan masa bersama setelah beberapa bulan tidak berjumpa, rupanya menjadi janji temu berpasangan apabila Erina mengajak kekasihnya turut serta bersama meraka. tidak hanya kekasihnya seorang, malah dia juga membawa dua rakan yang dilihat dari zahir seolah tiada masa depan. jika dia tahu agenda Erina sejak awal, tidak perlu tunggu di bantai Abah. dia sendiri tidak akan bersetuju.
hasil dari kejadian itu, dia dibantai teruk oleh abah yang mendapat tahu dari tetangga yang ternampaknya.
"habis yang orang asyik kata nampak kau keluar dengan jantan?" soal puan Normah garang. mencerlung matamya memandang wajah anak gadis yang bersahaja.
"kalau Ami dengar lagi benda pelik pelik, tak payah tunggu Abah, ami sendiri yang bantai kau." keras suara Puan Normah memberi amaran.
"sekali dah buat cerita sampai bila bila orang akan buat cerita. padahal benda tak ada pun." bukan Azwin mahu menegakkan benang yang basah. tetapi cerita yang sampai di telinga ibu bapanya bercanggah dengan apa yang dia buat di luar.
"iye." jawab Azwin pendek. sedikit sebanyak rasa sebal terbit di hatinya dengan ketidakpercayaan Puan Normah.
"kau pergi tukar baju elok sikit." arah puan Normah. suaranya sedikit meninggi dek Azwin yang sudah sedikit menjauh. tanpa menghiraukan arahan Si ibu Azwin terus meluru keluar dari rumah. tergeleng puan Normah.
anak perempuan hanya seorang, tapi peningnya seperti menjaga satu team bola sepak. silapnya juga kerana tidak melentur dari kecil. bila sudah besar begini, mulalah mahu melawan. memberontak jika ditegur.
******
"handsome pulak Mamat jual putu bambu ni. jom beli." ajak Erina saat matanya terpandang wajah seorang lelaki yang sedang tekun membuat putu bambu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"mata kau ni, semua lelaki handsome. tak pernah aku dengar kau cakap tak handsome." kutuk Azwin bersahaja. matanya meliar mencari juadah yang menarik minatnya untuk di beli dan bawa pulang ke rumah buat Puan Normah sebagai bukti yang dia benar benar ke pasar malam. langaung tidak memandang ke arah yang Erina katakan.
"tapi betul la. Mamat kat kedai putu bambu boleh tahan gak. tapi kenapa jual putu. kalau jadi CEO mesti bersusun orang beratur." celah Mia. matanya terpaku ke arah kanopi putu bambu.
"apa masalahnya kalau dia jual putu pun? kalau kau nak tahu, budak budak pasar malam ni tak sesengkek yang kau fikir tau. income mingguan dia orang lagi banyak dari gaji bulanan kau. itu baru seminggu. kalau sebulan? kau bukan gadis idaman." bela Azwin. dia tidak suka orang merendah rendahkan kerja orang lain. mereka tidak kerja hebat, tetapi kerja mereka halal.
"Ye ke? " soal Erina dan Mia serentak. masing masing tayang muka tidak percaya.
"tak percaya? jom pergi tanya abang putu bambu tu." ajak Azwin tidak teragak agak. terbeliak biji matanya terpaku pada satu sosok yang amat dia kenali berada di bawah kanopi yang ingin mereka tuju sedang mengisi tepung ke dalam buluh sebelum di dirikan di atas periuk kukus.
kakinya bagai di pasak ke bumi. pantas dia membelakangkan kanopi itu.
Umair?
"ahhh, aku rasa tak payah kut pergi tanya. kita cari kat google je. jom la balik. aku dah lambat ni. tak pasal tali pinggang hinggap kat belakang badan aku." tangan dua rakannya di tarik lembut. mahu segera pergi dari sini sebelum dia bertembung mata dengan Umair di gerai putu bambu itu.
"aku tak nak tahu gaji dia, aku cuma nak dapatkan nombor mamat yang tengah buat kuih tu." mata Erina memandang tepat ke arah susuk yang menjadi targetnya.
"tak payah, aku yakin kau tak akan dapat.jadi kita tak payah buat kerja sia sia." bersungguh sungguh Azwin menghalang. Mia memandang peilik ke arah Azwin.
"kau kenal ke mamat tu?" soal Mia. tepat mengena. laju Azwin menggeleng kepala. belum sempat dia menarik tangan Erina, gadis itu sudah mara ke hadapan dengan berani.
'aduh, matilah aku!' desis Azwin sendirian.
belum sempat dia nak melarikan diri, tangan di tarik kuat oleh Mia supaya mengikuti langkah Erina yang sudah berada dihadapan gerai putu bambu. mujur badannya kecil boleh juga dia menyorok di belakang Mia yang tinggi menggalah. dia menunduk supaya mukanya tidak dapat dilihat oleh Umair..
"Ye dik? " sapa salah seorang dari mereka. Umair tetap tunduk dan leka dengan kerja mengisi tepung ke dalam buluh. langsung tidak hiraukan pelanggan yang bertukar dihadapnnya.
"ni kira macam mana? " soal Erina membuka langkah.
" sebiji 50 sen dik. tapi takkan nak beli sebiji je kan? " jawab suara yang lain pula. sempat mereka mengusik.
"jom balik oi, jangan buat pelik pelik. dia tak layan punya, percaya lah cakap aku. malu je kita dapat nanti." Azwin berusaha menasihati sekali lagi Supaya Erina membatalkan niat walau dia tahu usahanya hanya sia sia.
sedaya upaya dia menyorok mukanya di belakang badan Mia. dalam hati dia berdoa supaya Erina cepat cepat putus asa. dia tidak mahu Umair lihat penampilannya di luar tempat kerja.
malu?
semestinya dia malu. jika dia menolak ajakan Erina untuk ke pasar malam, pasti dia tidak perlu terserempak dengan Umair dalam keadaan sekarang.
"nombor abang yang buat kuih ni ada jual tak?" soal Erina langsung tiada belok belok. Azwin tepuk dahi. malu dengan perangai kawannya yang tak semenggah.
dalam pada dia menyorok, sempat dia mengintai sedikit mahu melihat respon dari Umair. tetapi, Umair tetap Umair. sedangkan rakan sekerjanya juga dapat nombor telefon dari perbualan kumpulan di telegram. inikan pula, perempuan yang datang entah dari mana. tiba tiba minta..
kirim salam lah, solat hajat 12 rakaat pun belum tentu dapat!
riak wajah lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. sama seperti dia memandang tiga orang pekerja baru yang sudah tidak menjadi baru di pejabat, seolah Erina tidak wujud. usahkan senyum, untuk menjeling sedikit ke arah Erina juga tidak.
dua lelaki yang turut berada di bawah satu kanopi bersama Umair memandang kejap ke arah Umair yang masih tekun dengan putu bambu. ketiadaan pelanggan di gerai ini, membuatkan Azwin semakin berdebar.
"hello abang, boleh saya dapatkan nombor awak?" soal Erina tidak puas hati apabila dirinya tidak di layan. egonya tercabar. tiada mana mana lelaki lagi yang tidak memandangnya.
Umair sekadar menggeleng. tiada masa mahu melayan gadis ini yang di anggap terlebih berani.
"dia dah tolak, dah la tu.. cari lelaki lain ramai lagi rin." memandangkan Erina hanya melepaskan rambutnya yang separas pinggang, Azwin menarik hujung rambut Erina mengharap gadis itu berputus asa.
dia tidak betah berlama di sini. Mia pula mencuit hujung siku kanan Erina. dia juga turut berasa malu apabila Umair langsung tidak hiraukan mereka.
"nombor dia tak ada nombor abang ada. nak? " dua lelaki itu ketawa berdekah, seakan mengejek.Erina semakin panas.
"jangan jual mahal sangat bang. jarang jarang saya yang buka langkah dulu.." Azwin yang masih menyorok menepuk dahi berkali kali.
"banyak lah dia punya jarang jarang. habis semua lelaki kau buat gitu, jarang jarang apa? " walaupun suara Mia perlahan tapi dapat di dengari oleh Azwin. pujuk rayu, tarik menarik yang keluar dari Erina, tidak mereka endahkan.
"kerja bodoh apa lagi si gila ni nak buat? .," mukanya terasa semakin tebal apabila melihat senyuman mengejek dari dua lelaki tadi. mereka juga sudah tidak melayan erina lagi memandangkan sudah ada pelanggang yang datang silih berganti.
"jom lah kita blah. aku dah rasa macam nak seret muka dekat tar dah ni." bisik Mia perlahan. belum sempat Azwin melarikan diri, matanya bertembung tepat dengan anak mata Umair. terbeliak biji matanya, sementara Umair mengecilkan mata. beberapa kali lelaki itu mengelipkan matanya sebelum bibirnya perlahan lahan melorok senyum sinis.
Azwin terpaku di tempat dia berdiri. perasaan risau sejak tadi yang bersarang bertukar jadi panas. entah kenapa, dia marah dengan riak muka jijik yang Umair paparkan khas untuknya. senyuman sinis dan jelingan mata lelaki itu, cukup buatkan dirinya terhina.
"tutup aurat bukan dekat tempat kerja je dik. dekat bilik air pun kena tutup aurat, lagi pula nak keluar minta nombor lelaki." manis senyuman Umair hadiahkan buat Erina, tetapi matanya memandang tepat ke arah Azwin yang kini sudah tidak berselindung di belakang Mia, kerana gadis itu sudah melarikan diri terlebih dahulu tanpa menunggunya.
terhina dengan kata kata yang keluar dari mulut lelaki itu,senyuman Umair dibalas dengan wajah bengis. tanpa kata Azwin segera meniggalkan gerai itu. panggilan Erina langsung tidak dia hiraukan. api kemarahan dalam hati perlu di padam dahulu. hujung rambut yang berjuntai di atas batang hidung, Azwin tiup kasar.
tiba di kereta, dia melabuhkan punggung di batu penghalang jalan, menunggu dua rakannya yang tidak kunjung tiba. hampir lima minit dia di situ, usahkan batang tubuh, bayang juga tidak muncul.
"mana pulak minah dua orang ni, nak tidur dekat sini terus ke apa?" rungut Azwin perlahan. pasir di dalam pasu Azwin kuis dengan hujung jari.
"pokok tu nama dia bunga taik ayam, pasir tu nama dia tempat taik kucing." suara garau di belakang buatkan jantung Azwin bagai terkena renjatan eletrik. pantas dia menoleh ke belakang, sesaat kemudian dia kembali berpaling apabila matanya menangkap sosok pemilik suara .
Azwin meraup muka, tengkuknya di urut lembut. tidak tahu bagaimana cara mahu menyapa lelaki ini. selama hampir dua tahun menjadi jiran belakan meja,tidak pernah mereka terserempak di luar waktu pejabat. ini kali pertama.
Azwin memincingkan matanya saat sebuah beg plastik oren di letakkan di sebelah tertangkap oleh ekor mata. berkerut dahinya. pantas Azwin mengangkat kepala dan menoleh ke belakang. belum sempat dia bertanya, sosok tubuh Umair sudah jauh meninggalkan dia bersendirian.
lambat lambat Azwin mencapai plastik sebelum di buka. sebaik sahaja barang dalam plastik itu di keluarkan jiwanya tersentak.
sehelai tudung sarung dan sehelai cardigan labuh.
******
hampir seminggu sejak kejadian di pasar malam, sedaya upaya Azwin cuba untuk mengelak dari bertemu mata dengan Umair. tidak pernah lagi dia membancuh minyak wangi di meja. jika tiada perkara penting yang perlu di ambil di mejanya, usahkan pergi jejak pun tidak.
dari seorang yang bising, kini Azwin lebih selesa mendiamkan diri. mahu gelak mengilai ngilai juga dia segan.
"kau kenapa win? " soal Aqilah yang perasan dengan perubahan Azwin saat dia berduaan bersama Azwin di pantri.
dahi Azwin berkerut.
"kenapa apa? "
"diam je, gaduh ke dengan Umair?" mulut cawan Azwin yang hampir mencecah bibir terhenti. diam, tiada jawapan yang hendak dia berikan. dia masih terasa dengan Umair tentang kejadian tempoh hari. oleh kerana perkara itu, dia memutuskan untuk melancarkan perang bisu dengan Umair walau lelaki itu tidak menyedari. teguran Umair yang sekadar berbasa basi juga tidak dia hiraukan.
tepatnya, dia masih malu untuk bertegur sapa seperti biasa, janggal terasa.
"kau buat apa kat Awin ni mai?" sergah Aqilah tiba tiba saat sosok tubuh lelaki itu masuk ke ruang pantri. berkerut dahinya.tiada angin tiada ribut, tiba tiba di sergah. elok pula masa dia masuk. Azwin pula lebih memilih untuk berdiam diri.
"buat apa? " soal Umair bingung.
"ni sampai merajuk si Azwin ni." ujar Aqilah. Azwin pula bantai buat muka pelik. bila pula dia merajuk. dia hanya tidak mahu bercakap dengan Umair.
"dia yang merajuk, kenapa saya pula yang berdosa? " soal Umair, dia masih tidak faham. apa kena mengena Azwin merajuk dengan dia.
"tak ada lah kak. tak ada apa apa. Awin tak sihat. tu je. " celah Azwin sebelum Aqilah membuka mulut lagi, sehingga buatkan kulit mukanya bertambah tambah tebal. cukup lah dia malu dengan kejadian tempoh hari, jangan ditambah lagi.
"kau merajuk ke? " soal Umair lurus sambil mengintai sedikit wajah gadis itu. dahi Azwin berkerut. dia memandang Umair dengan riak tidak puas hati.
"ke kau terasa lagi? " kali ini soalan Umair tepat mengena. dengan bersahaja Umair mencapai mug lalu memenuhkan mug itu dengan air putih.
"terasa tu tanda dalam hati seseorang masih ada iman. alhamdulillah. " halus saja cara Umair menyidir sebelum dia melangkah kaki meninggalkan Azwin yang bertambah panas manakal Aqilah terpinga pinga.
"biadap! "perlahan saja suara Azwin memaki lelaki itu. geram.
"tong tong tong tong
kita dah sampai
apa khabar
mari kawan
tong tong tong. "
bergema suara Umair menyanyikan lagu didi and friends. sengaja mahu menyakitkan lagi hati wanitanya, saat lelaki itu kembali semula ke pantri untuk mengambil telefon pintarnya yang tertinggal di atas table top.
"kau ni dah bosan bernafas secara alami ke? nak try bernafas pakai ventilator pulak? "
Umair bantai gelak membuatkan Azwin bertambah panas. Aqilah turut berdekah.
"oh traktor pak atan
bawa jalan jalan"
belum sempar habis bait lirik Umair nyanyikan sebatang sudu Azwin terbangkan arah lelaki itu bagi melepaskan amarahnya. sakit benar hatinya di ayamkan oleh Umair. Umair semakin galak ketawa. puas hatinya dapat mengenakan Azwin. Azwin nak marah langsung dia tidak peduli.
mujurlah tangan Azwin mencapai sudu, jika tercapai cawan mahu jadi jenayah pula nanti.
Share this novel