BAB 3

Drama Completed 75299

umair bersandar lalu berpeluk tubuh sambil memerhati Azalea si budak baru yang di aggap menganggu ketenteramannya. kerja yang sedang gadis itu bebelkan adalah kerjanya.

panas telinganya mendengar nasihat yang dia tidak perlukan langsung. itu kerjanya, tahu lah dia apa yang dia mahu buat. kenapa orang yang langsung tiada kena mengena masuk campur. adakah gadis ini lupa skop kerja apa yang di mohon?

bukan saja telinga dan hati, kepalanya juga sudah panas. baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk menyembur gadis itu, Azwin muncul bersama dua botol minyak wangi keluaran baru yang akan di 'photoshoot' kan.

"tolong bagitahu balik makcik ni skop kerja dia apa. aku rasa dia lupa." tenang saja suaranya mengarah sebelum Umair melangkah keluar dari bilik yang di hias seakan studio. pintu dihempas kasar.

terhinjut bahu dua orang gadis itu. Azwin yang tidak tahu apa apa memandang wajah Azalea yang sudah terkulat kulat. dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Azalea yang tadi tidak berhenti membebel terus membisu. tiada langsung suaranya memecahkan hening. mungkin tidak menyangka Umair akan bertindak begitu.

"kak lea buat apa?" soal Azwin lurus. dua botol minyak wangi dia letakkan atas meja bersama rakan rakannya yang akan diperaga kan dihadapan kamera Umair.

Azalea sekadar menggeleng kepala. dia sendiri tidak tahu, apa penyebab Umair jadi begitu.dia hanya memberi pandangan apa yang dia tahu walaupun ia bukan lah pakar dalam bidang penggambaran. pesanan itu, supaya Umair dapat perbaiki lagi kerjanya.

itu sahaja.

sejak tadi Umair hanya diam, ingatkan lelaki itu terima segala yang dia turunkan, tidak sangka lelaki itu akan memberontak begini.

dasar budak budak!

"akak, cakap je. tak tahu pulak dia tak boleh terima." ujar Azalea. perlahan saja suaranya. mungkin terasa dengan tindakan Umair.

"akak tak payah sibuk dengan kerja dia, dia bukan tak boleh terima orang tegur. dia terima je pandangan orang. tapi bukan sekarang. bagi dia buat kerja dulu. then, kalau ada yang tak sedap mata memandang, baru lah cakap. masa tu akak nak acah acah bos, pun buat lah." tegur Azwin panjang lebar.

Azwin tergeleng, dia juga tidak menyangka Umair akan bertindak begini, mujurlah pintu yang dihempas bukan kepala si Azalea. budak seorang tu kalau tengah tak waras bukan kira apa.

"takkan benda simple macam tu pun tak boleh tegur? dia kerja dengan orang team, jadi dia perlukan pandangan orang." jelas tidak berpuas hati pada nada suara Azalea.

Azwin menggeleng sambil menggoyangkan jari telunjuknya kiri ke kanan berulang kali.

"akak team Awin bukan team dia. dia tak ada team. dia sendiri minta dengan mama dia tak nak ada partner. dia tak suka. jadi akak biar je. hari ni dia hempas pintu, kalau akak tegur lagi, silap silap pintu tu dia hempuk akak. budak tu bukan kira." Azwin memberi amaran dan terus berlalu pergi meninggalkan Azalea bermuhasabah diri. Azalea telan liur.

walaupun dia rasa mustahil untuk pintu sampai di atas kepalanya, tetapi melihat Umair tadi, tidak mustahil jika batang penyapu sampai di tengkuknya.

"kau apa hal?" sebuah fail keras Azwin hempas kasar di atas meja Umair yang sedang leka dengan kerja di skrin pc nya.

tidak hanya Umair yang terlompat, Nazhan dan Aqilah juga hampir terbuka bunga bunga silat dek terkejut dengan bunyi hempasan yang agak kuat.

"terkejut aku bodoh, astagfirullahal azim!." latah Umair. Azwin tergelak.

"kau bodohkan aku, lain macam betul kau punya melatah." Umair tidak membalas, dia hanya jeling sekilas ke arah gadis di sebelahnya lalu menyambung kembali kerjanya.

"kau apa hal? tiba tiba hempas pintu.nasib baik makcik tu tak ada sakit jantung, kalau collapsed tiba tiba kat bilik tu kau nak jawab apa?...."

"kau jangan memekak lah, telinga aku dah tak boleh hadam ni." marah Umair dengan suara tertahan. langsung tidak menoleh ke arah Azwin. hati masih panas mahu bergaduh. jika dia bercakap dalam keadaan marah, silap hari bulan gadis ini pula yang merajuk.

"oaky, pergi lah photoshoot. kak lea dah keluar.." malas Azwin mahu memanjangkan pergaduhan. tahu dengan baran Umair. bukan baru dua hari dia mengenali lelaki ini. makin perlahan suaranya, makin panas hatinya. maka, ini bukan masa yang seuai untuk berlawan mulut dengan Umair.

"kejap lagilah, tak ada mood." Azwin sekadar mengangguk. sempat dia mencapai fail tadi, lalu menggantikan dengan coklat cloud9 sebelum berlalu pergi untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.

sempat Umair menjeling sekilas sebelum dia mencapai dan mengoyakkan plastik kemudian hujung bucu coklat di gigit sedikit demi sedikit. dengan harapan panas hatinya dapat reda dan berlalu pergi.

******

bancuhan minyak wangi yang sudah siap, Azwin hantar ke bilik pembungkusan untuk di botolkan. botol yang sudah siap di pasang stiker Azwin ambil satu persatu lalu dituangkan minyak wangi.

"mana yang dah isi ni, akak rasa dah boleh wrapkan win? nanti pukul 4 boleh post out." ujar Fatin yang baru selesai menampal stiker pada botol.

"boleh boleh. Awin lupa nak nak cakap." balas Azwin tanpa menoleh. jam segini memang akan sibuk buat pasukan pembungkusan kerana perlu siapkan tempahan yang akan di pos pada petang ini.

"wrap ni tinggal sejengkal je." maklum Sofea yang sibuk mengacau nestum 3in1. memandangkn jam sudah menginjak ke arah pukul 12 tetapi masih belum bersarapan akibat bangun lewat pagi tadi membuatkan dia terpaksa berhenti kerja seketika bagi mengisi perut yang kekosongan sejak petang semalam.

"tolong lah ambil yang baru." serentak Fatin dan Azalea bersuara memarahi Sofea. mencerlung mata mereka memandang ke arah Sofea. Azwin mengekek di tepi kotak manakala Sofea terpinga pinga dek di sergah oleh dua rakannya.

"jangan lah marah, aku beritahu je. bagi lah aku minum seteguk dulu kut ye pun." ujar Sofea yang maaih tidak dapat menghadam punca dia di marah. nestum yang sedikit suam dia teguk sedikit sebelum mengambil gulungan wrap baru di tepi rak lalu di letakkan di hapadan dua wanita itu.

"wrap ni nak koyak pakai apa? gigi? carikan lah gunting." bibir bawahnya belum sempat bersentuhan dengan mulut cawan, satu arahan keluar lagi dari mulut Fatin. terkulat kulat Sofea dibuatnya. Azwin dah Azalea sudah keras perut menahan tawa supaya suara mereka tidak terlampau kuat sehingga terkeluar dari bilik.

"Atin, aku ni tengah lapar tau. karang tekak aku tak basah, kepala kau aku mandikan dengan nestum ni." balas Sofea dengan suara tertahan.

serentak dengan itu tawa dari tiga wanita itu meledak. Fatin yang sejak dari tadi sengaja mengusik sambil menayang muka serius turut tergelak.

"kejap, biar aku cari. kau makan lah dulu. risau pulak usik orang lapar ni lebih lebih. tak pasal dia buat kita macam kambing golek nanti." pantas Azwin menahan Sofea yang berura ura mahu bangun dari kerusi semata mata mahu mencari gunting.

"cari selotep sekali win, perempuan ni karang dia buat perangai. lepas tu kau kena keluar masuk. aku karang aihhh.." sempat dia berpesan sekali gus membebel sebelum Azwin menghilangkan diri di sebalik pintu. sebal betul dia dengan perangai Fatin yang satu ini.

Azwin menapak menuju ke arah mejanya. dari jauh dia nampak kelibat Muhammad Al Fateh si Anak bos yang meleset di tepi meja Umair sambil memegang sepotong pokok lidah buaya. berkerut dahinya. gunting dan selotep di capai lalu di bawa kembali ke arah kakak kakak packaging sebelum dia mengatur langkah kembali ke mejanya.

ada beberapa jenis bau lagi yang perlu dia bancuh untuk di masukkan ke dalam botol dan dihantar bersama parcel lain.

"abang mai, ni apa? " soal Muhammad Al Fateh. Azwin yang membelakangkan mereka sekadar memasang telinga. malas mahu menyapa kanak kanak itu. Fateh ini nama saja kanak kanak, tapi jika sudah di sapa, cerita dia jauh lebih banyak dari orang tua.

"lidah buaya." pendek saja jawapan Umair.

"haaa? " Azwin mengulum senyum. walaupun tidak melihat, tapi dia dapat bayangkan bagaimana reaksi yang di beri kan Muhammad Al Fateh tika ini.

"kenapa? nama dia lidah buaya." jawab Umair lagi tanpa dapat membaca reaksi anak kecil itu.

"crocodile tongue? crocodile tongue boleh tanam? wahhh. " serentak dengan itu Umair menoleh ke arah anak itu. tercengang Umair dengan wajah teruja anak itu. Azwin yang berada di belakang bantai gelak.

"bukan. bukan lidah buaya yang itu.. ah sudahh.. lidah buaya dalm bahasa english apa weh.?" soal Umair kepada Azwin yang sudah tersandar ketawa. Umair garu kepala. tiba tiba masa ini juga mahu lupa. pening juga layan budak banyak mulut.

"aloe vera." jawab Azwin pendek. niatnya yang mahu membantai bahan Umair di batalkan dahulu. kerana tawanya yang tidak mahu berhenti. ini lah jadinya jika suis ketawanya sudah di 'on'. benda tak kelakar pun dia boleh gelak sampai rasa nak kencing.

"Fateh pergi la masuk tolong kakak packaging." arah Azwin menyelamatkan Umair dari terus di asak dengan soalan soalan yang bakal memeningkan kepala lelaki itu.

"tak nak, kak win la pergi sana. Fateh tak kenal dia orang." laju saja mulut Fateh berkata tak nak.

"tak kenal, pergi lah kenal kenal." pantas Muhammad Al Fateh menggeleng sambil mengerakkan jari telunjuknya kiri ke kanan.

"tak nak. kakak tu semua perempuan. Fateh sorang lelaki. Fateh dah lah handsome, kalau kakak tu semua jatuh cinta dekat Fateh macam mana? haa..kak Awin nak tanggung." herot berot mulutnya bercakap. dengan mata di besar besarkan.

"mak aih engkau! ." Umair hilang kata. tawanya juga kedengaran kekwat di telinga. Azwin Aqilah dan Nazhan ketawa hingga rasa mahu terkencing.

"iye, Fateh tak cakap cakap lagi dengan dia orang, tapi setiap kali dia orang lalu depan Fateh mesti dia orang cubit pipi la, usap kepala lah. lepas tu dia orang cakap. eii handsomenya budak ni....." tidak cukup dengan mimik muka, gaya tangannya juga sama naik meniru gaya orang mencuit pipi dan usap kepala. siap mengajuk nada suara orang.

"yakinya kamu! ." ejek Nazhan.

"tak percaya sudah!." Fateh mengalah. malas mahu memanjangkan pergaduhan dengan Nazhan. lelaki seorang ini, umur saja sudah lanjut, tetapi perangainya serupa kanak kanak sebaya Fateh.

"kau tak pernah tegur tegur ke budak baru tu mai?" soal Aqilah yang perasan tidak pernah sekali pun Umair berbasa basi dengan tiga orang pekerja baru walaupun sudah hampir sebulan mereka berkerja di bawah satu bumbung.

"nak tegur apa? tak ada topik. kerja saya pun tak ada kaitan dengan kerja dia orang kak." balas Umair bersahaja.

"nak tunggu dia yang tegur, lamberrt lagi." celah Azwin yang sudah masak dengan perangai Umair. jika ada open table diluar, mau beli air minum sendiri pun, Azwin saja yang asyik di suruh membeli.

"tegur tegur lah, keluar dari comfort zone. sampai bila kau nak jadi makhluk bisu. kata nak sambung belajar. kat universiti nanti.. kau diam macam ni, sampai kiamat lah kau tak ada kawan." tegur Aqilah. bukan dia tidak faham dengan Umair. tetapi dia berasa geram dengan orang yang berat mulut.

umair hanya diam, malas mahu berbalah. bukan kali pertama dia ditegur Aqilah kerana sifatnya yang satu itu, tetapi dia buat tidak tahu aja. asal tidak menganggu kerja orang lain, dan tidak menyusahkan orang lain sudah cukup.

satu satunya manusia yang selalu jadi mangsa hanya Azwin seorang, tidak pula gadis itu merungut. Azwin bukan sejenis yang cakap belakang, maka jika Azwin tidak okay, maka dia akan tahu. jika Azwin diam tidak meluah apa apa. maknanya Azwin okay dengan itu.

"budak macam ni, kau ingat dia kisah tak ada kawan. kehidupan dia jauh lebih bahagia tanpa kawan dari ada kawan." bela Nazhan. bagi dia tiada masalah dengan sifat Umair. manusia bukan semuanya sama. jika dia mahu, dia akan ubah dengan sendiri.cakaplah sampai tanggal lidah lidah semua, jika bukan dari diri sendiri yang mahu berubah. tiada guna.

"selain kita orang yang dekat tempat kerja kau ni, kau ada kawan tak mai?" soal Azwin ingin tahu. Umair sekadar menggeleng bagi menjawab soalan Azwin.

"serius lah? kawan sekolah rendah kau ke?'"soal Azwin lagi meminta kepastian.

"sekolah menegah pun tak ada, lagi kan pula sekolah rendah."

"pelik.."

"kalau kau nak cari manusia yang lupa kawan, tak payah cari jauh jauh. aku lah manusia yang lupa kawan tu. kawan satu kelas aku masa form 6 dulu pun aku dah lupa siapa, lagi pula sekolah rendah, yang duduk sebelah aku darjah 6 pun aku tak ingat siapa."

"elok duduk gua je la kau ni. " kutuk Aqilah.

"patut la asyik kena ngumpat." celah Nazhan.

"siapa mengumpat aku?" soal Umair lurus. Aqilah terkekeh.

"budak budak baru tu lah," jawab Nazhan bersahaja.

"ye ke? " Umair tayang muka tidak percaya.

"iye, tak caya cuba kau tanya Awin. kan win. " laju Azwin mengagguk selepas Nazhan menghabiskan ayatnya.

"dia orang cakap apa?" soal Umair. kini tumpuannya diberikan sepenuhnya kepada Azwin yang sibuk membancuh minyak wangi.

"sombong, muka tak de lah market mana. dah la kurus kering. hitam pulak tu!" pecah tawa Nazhan dan Aqilah. Umair tayang muka tidak puas hati.

"ini lebih pada kau yang nak kutuk aku!"

******

"Umair macam nak balik rumah mak kejap lah, ibu rasa macam mana? " wajah ibu saudaranya yang sudah di anggap sebagai ibu kedua di jeling sekilas. tanganya menguis nasi di pinggan. memikirkan si ibu kandung yang menetap di kampung bersama kakak sulung buatkan seleranya mati.

"dah okay ke? " soalan puan Rasyidah bukan saja buatkan tekaknya tidak mampu menelan nasi, namum untuk menelan liur juga terasa perit.

"ibu bukan nak halang awak balik rumah mak, tapi setiap kali balik dari rumah mak, mesti awak murung. ibu susah hati. kalau awak rasa dah boleh hadap. balik lah. ibu tak kisah." sambung puan Rasyidah lagi apabila Umair hanya membisu. Umair menghela nafas berat.

dia seperti sudah tiada hati untuk terkilan, bukan baru sekali dua dia di halau mak kandungnya. sejak dari kecil lagi dia sudah di hamun oleh mak. sejak dari dia berumur sehari, dirinya tidak pernah di terima dalam kehidupan mak. jika bukan kerana puan Rasyidah adik bongsu mak mengutip dan sanggup membelanya, pasti hidupnya sekarang tidak ubah seperti pengemis jalanan.

walaupun dia tahu dia tidak pernah diterima, sedikit sebanyak setiap kali dia balik menziarahi si mak, dia membawa satu harapan mak akan pandang dia sebagai anak walau hanya sesaat. tetapi, sering saja harapan itu di patahkan oleh mak.

usah di tanya keadaan hatinya. hancur, sehancurnya.

"ibu bukan ibu kandung Umair, tapi setiap. kali Umair balik dari ziarah mak, tengok keadaan Umair, sampai langsung tak keluar bilik. hati ibu sakit. sembuhkan dulu hati sendiri. kalau awak boleh kawal emosi awak.. silakan. kalau awak rasa tak mampu, tangguh dulu. hati awak lebih penting sekarang ni." lembut saja suara Puan Rasyidah menyapa telinga Umair. selembut orangnya.

"ibu nak pergi tengok adik adik, diam je budak budak ni. apa lah agenda budak bertiga tu." Umair tergrlelak kecil. belakang badan wanita akhir 40an itu di pandang hingga hilang dari pandangan.

wanita yang menghabiskan masa mudanya sejak berumur 17 tahun semata menjaga anak saudara yang dibuang oleh kakaknya sendiri. tepat umur wanita itu 40 tahun baru dia dapat mendirikan rumah tangga sendiri. itu pun atas desakan Nenek.

beberapa kali dia menghela nafas berat, dada berasa sempit. dia tidak mahu berharap, tapi sebagai anak jauh di sudut hati dia menginginkan belaian lembut seorang ibu. perasaan cemburu melihat kelembutan mak melayan kakaknya terpaksa dia pendam.

nasi yang masih berbaki di pinggan Umair suap ke dalam mulut, meski seleranya sudah mati. tetapi makanan perlu dihabiskan. dia bukan orang senang mahu membuang buang rezeki.duit yang dia dan Puan Rasyidah cari bukan untuk di buat beli makanan lalu dibuang.

tanpa sedar, air mata mengalir pelahan keluar dari tubir matanya. semakin lama semakin deras hingga dia teresak sendirian. bukan dia tidak cuba untuk mengubati sakit dihati, tetapi makin hari hatinya makin koyak. koyak dengan harapan yang dia tahu tidak mungkin berlaku.

sakit yang tiada ubat.
luka yang tidak berdarah.

assalamualaikum semua, jemput baca. maaf di atas kelewatan..terima kasih pd y msih menunggu dan sudi mbaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience