Bab 2

Romance Series 5827

LANGKAH kaki Isabella makin perlahan saat hampiri restoran mewah tersebut. Bukan saja keyakinannya goyah tapi dia juga terpaksa menebalkan mukanya. Isabella sudah nekad yang dia sanggup ambil jalan pintas iaitu cari suami kaya untuk keluar dari kesempitan duit seperti seperti cadangan Anita. Dan Karl Eskandar adalah sasaran yang paling tepat.

Kali ini bukan cinta yang dia kejar. Isabella hanya mahu lelaki yang mampu menjamin masa depannya. Biarlah hatinya menangis tanpa cinta, asalkan dia tidak perlu menangis kerana kehilangan Puan Isma akibat tidak mampu membayar rawatan.

“At least aku tahu Karl tu bukan ada rekod penjenayah dikehendaki. Kalau dia buat ‘jenayah’ pun, jenayah mengecewakan ramai perempuan sebab tak dapat miliki dia je. Paling penting, kalau perangai dia menyakitkan hati, aku masih boleh lap air mata dengan duit,” gumam Isabella, cuba menyakinkan diri sendiri.

Tambah lagi, panggilan telefon daripada Iris malam tadi menguatkan keputusannya.

“Sem depan Iris kena keluar hostel kalau hostel penuh. Pointer Iris sem ni pun tak berapa bagus… peluang nak dapat hostel nipis,” luah Iris dengan sayu.

Sejak dulu, Iris memang berusaha gigih setiap semester. Tapi kerana Puan Isma jatuh sakit semasa study week, Iris terpaksa menjaga ibu mereka, sementara menunggu Isabella pulang dari kerja. Hasilnya, fokus pelajaran terganggu.

“Kalau tak dapat hostel, Iris kena cari rumah sewa. Kena bayar deposit lagi. Dengan ubat ibu… Doktor pun cakap kena tukar ubat baru. Semua tu duit…”

“Iris tak ingat ke pesan akak?” suara Isabella tegas.

“Ingat…” balas Iris lemah.

Isabella selalu berpesan, jangan risau pasal duit. Itu tanggungjawab dia sebagai kakak. Iris hanya perlu belajar rajin-rajin dan tolong jaga ibu bila cuti.

“So, tak payah fikir apa-apa. Pasal duit, biar akak yang uruskan.”

“Akak dah dapat balik duit dari Abang Jef ke?” soal Iris polos.

Isabella terdiam. Akhirnya dia hanya mengiyakan. Iris tidak boleh tahu tentang kerja gila yang bakal dia lakukan demi keselesaan mereka sekeluarga.

Dan kini, dia berdiri di depan pintu restoran mewah itu. Isabella menarik nafas panjang, melangkah dengan elegan ke arah lelaki yang memandangnya tanpa berkelip.

“SORRY, I’m late,” ucap Isabella sopan sambil memberanikan diri membalas renungan Karl Eskandar yang tajam menusuk.

“It’s okay, Cik Isabella. Tuan Karl memang tunggu cik,” jawab Amar, seolah-olah menjadi jurucakap kepada majikannya yang masih terkunci mulut. “Please, have a seat.”

Isabella menarik nafas panjang sebelum duduk di kerusi yang ditarik Amar. Sekelip mata suasana jadi canggung. Amar berlalu, meninggalkan Isabella berdua dengan lelaki itu.

Isabella mula rasa gelisah. Lagi-lagi bila mata Karl tidak beralih dari wajahnya.

‘Haihh… janganlah mata tu je berfungsi. Mulut tu pun gunalah sekali. Atau aku sendiri kena buka mulut dulu?’ gumam Isabella dalam hati. Entah kenapa, pertemuan kali ini terasa seperti kali pertama sedangkan mereka pernah berbual mesra sebelum ini.

“Hi… dah lama tak nampak you kat club.” Isabella memberanikan diri bersuara.

“Lepas ni, you akan selalu nampak I… tapi bukan kat club.” Karl Eskandar membalas tenang, wajahnya tidak beriak.

Isabella mengerutkan kening. ‘Apa maksud dia ni?’

“Congratulations. You lulus.”

“Hah?” Hampir ternganga mulut Isabella. “Lulus? Lulus apa?”

“Lulus jadi my future wife,” jawab Karl Eskandar selamba, tanpa nada gurau.

Bulat mata Isabella. Sebegitu mudah Karl Eskandar menerimanya sebagai bakal isteri? Lelaki ini tak perlu fikir tujuh hari tujuh malam ke?

“Wait…”

“Why? You tak nak accept? Tak mungkin, kan? Kalau bukan nak jadi my wife, buat apa you datang sini hari ni?” soal Karl Eskandar tenang tapi mengusik ego Isabella.

“Tapi… kenapa semudah ni?” Isabella bersuara jujur. Dia duduk baru sepuluh minit, lelaki di hadapannya ini sudah buat keputusan paling besar dalam hidup.

“I dah jumpa calon sesuai. Buat apa nak buang masa? You sepatutnya jadi first candidate, bukan last. Kalau dari awal I pilih you, I tak perlu hadap ramai perempuan dan buang masa berhari-hari.”

Isabella terdiam. Segala senarai jawapan yang dia sediakan untuk ‘temuduga’ itu terasa sia-sia.

“Hujung minggu ni I datang jumpa parents you. Hujung bulan, kita nikah.”

“What??” Hampir terlepas jerit Isabella. Terkejut bukan kepalang dengan perancangan drastik itu.

Karl Eskandar mengangkat wajah, matanya tenang menikam pandangan Isabella. “Why you terkejut sangat? I ajak you kahwin je pun. Bukan ajak buat benda lain.”

Isabella mengetap bibir. Timbul syak dalam hatinya. Kenapa lelaki ni tiba-tiba sangat?

“You ada penyakit ke?” soaln Isabella secara terus terang.

Karl Eskandar hampir tersedak. “Apa you merepek ni?”

“Yalah… pelik. Kat club dulu, tak pernah pun nampak you try mana-mana perempuan walau ramai nak approach you. Tiba-tiba hilang, sekali dengar you nak cari future wife. Mana tahu you ada penyakit kronik ke… sebab tu nak kahwin cepat-cepat. At least ada zuriat sebelum terlambat.” Panjang lebar andaian Isabella.

Rahang Karl hampir jatuh. “I tak sangka… perempuan elegan macam you pun boleh jadi kaki merepek?” perlinya. “And one more thing… I tak cari future wife kat club. Not my taste.”

“Habis tu? You cari kat masjid?” balas Isabella berbaur sindiran.

Karl Eskandar menahan senyum.

“I pun you jumpa kat club juga. So, apa beza?” soal Isabella, cuba melawan logik Karl Eskandar.

“Bezanya… I tak pernah offer you jadi my wife kat club. You datang sini as one of the candidates. That’s the difference,” balas Karl Eskandar selamba, nadanya seperti mematahkan hujah Isabella tanpa ruang bantahan.

Isabella terdiam seketika. Akalnya ligat bermain, cuba mencari alasan lain untuk melengahkan masa.

‘Eh Belle, jangan banyak songeh. Hujung bulan pun hujung bulanlah. Accept je. At least, selain gaji hujung bulan, kau dapat sekali duit hantaran.’ bisik hatinya, cuba menenangkan diri. Namun, lidahnya masih gatal untuk membantah.

“Dalam tempoh tiga minggu ni, sempat ke nak buat preparation? And… macam mana dengan family you? Boleh ke diorang terima I?” soal Isabella dengan wajah masih ragu.

Karl Eskandar tidak berfikir lama. “I yang nak kahwin. Jadi, tak ada siapa boleh bantah pilihan I,” ujarnya tegas.

Isabella terkedu. Saat itu jelas kelihatan sisi dominan Karl Eskandar. Jenis lelaki yang hanya mahu ikut kata hati sendiri sahaja.

“You akan jumpa my family masa akad nikah je, sebab I tak ada masa nak bawa you berkenalan awal-awal,” sambung Karl Esakandar tanpa sebarang riak.

Sekali lagi Isabella terkejut. “Oh, dengan family I ada masa pula you nak jumpa?”

Karl Eskandar mengangkat wajahnya, memandang tepat ke arah Isabella. “I nak kahwin dengan anak dara orang. So, of course I kena jumpa family you. Takkan main kahwin macam tu saja. You perempuan, kena ada wali.”

Di situlah Isabella mula berhelah. “Pasal tu, you don’t have to worry. I come from a broken family. Parents I dah berpisah sejak I sekolah menengah, and sejak tu memang tak ada siapa pedulikan I. So, you tak perlu jumpa dorang untuk minta izin apa-apa. Pasal wali… I’ll settle it myself.”

Isabella tidak menipu tentang perceraian ibu bapanya. Hakikatnya, ayahnya benar-benar tidak pernah peduli tentang dia dan adiknya setelah berkahwin baru. Namun yang dia sembunyikan adalah hal ibunya, Puan Isma. Isabella terpaksa berbohong kerana dia tahu ibunya pasti tidak akan mengizinkan perkahwinan ini yang dibuat terburu-buru. Lebih baik dia rahsiakan dahulu, biarlah selepas semuanya selesai baru dia berterus terang.

Isabella tidak mahu menambahkan beban rasa bersalah pada Puan Isma yang selama ini sudah cukup sengsara melihat anak perempuannya terpaksa menanggung kos rawatan mahal demi dirinya.

“Any question?” tanya Karl tiba-tiba, nada datarnya membuat Isabella sedikit terganggu.

“I nak tanya pasal…”

“Apa kata you simpan dulu semua soalan tu. Lepas nikah, I jawab semuanya,” potong Karl Eskandar tanpa kompromi.

Isabella mencebik kecil. ‘Eh, mamat ni. Tadi dia yang tanya, sekarang suruh tunggu lepas nikah pulak?’

“Kejap! Apa maksud you lepas nikah? Maksudnya kita memang takkan jumpa sampai hari nikah? Preparation semua tu macam mana? Nak kahwin koboi kat Siam pun kena ada plan tau,” bentak Isabella, kini lebih berani bersuara.

Karl Eskandar hanya mengangkat bahu. “Orang-orang I akan uruskan semuanya. You just wait for the call. I’m a busy man. Lepas nikah, baru kita ada masa untuk dating.”

Isabella hampir tersandar. ‘Kalau sibuk sangat, kenapa tak postpone je sampai hujung tahun?’

“Macam mana kalau tiba-tiba you ubah fikiran? I tak nak kena scam. Kalau berani scam I… siaplah. I akan pastikan netizen satu negara ni kecam you sampai lunyai,” ugut Isabella dengan nada separa serius, separa geram.

Karl Eskandar hanya mengulum senyum sinis, matanya masih menusuk Isabella. “You tu… kalau nak ubah fikiran, baik lari dari awal. So… think about it.”

Suasana jadi sepi. Karl masih dengan wajah dinginnya, Isabella pula membisu seribu bahasa. Kata-kata lelaki itu bagaikan cabaran terbuka sama ada dia berani melangkah ke depan, atau lari sebelum semuanya bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience