"YOU bastard!!" jerit seorang wanita berbaju merah lantang, suaranya bergema di ruang eksklusif itu. Tangannya menghentak meja bar club VIP dengan geram yang membuak.
Beberapa pengunjung yang sedang leka berbual dan menikmati muzik live terhenti seketika, mata mereka terus menoleh. Suasana hingar-bingar tiba-tiba seperti melambat, hanya kerana seorang wanita yang kelihatan marah hingga hilang kawalan meski gelas di tangannya cuma berisi mocktail tanpa alkohol.
Dalam kepala mereka, cuma satu persoalan. Apa yang buat wanita secantik ini sampai terbakar amarah?
Namun tidak semua pandangan yang dilemparkan penuh tanda tanya. Hampir semua lelaki di situ seolah-olah ternganga, menelan liur saat mata mereka terpaku pada tubuh wanita itu. Dress merah yang melilit tubuhnya jelas menampakkan lengkung badan yang menawan. Rambut hitamnya yang panjang, lebat bak malam pekat, disanggul tinggi dengan kemas. Kulitnya pula berwarna kuning langsat, membuatkan wajah cantik dan leher jinjangnya semakin menyerlah. Pendek kata, pesona Isabella mampu buat ramai lelaki hanyut dengan sekali pandang.
Club VIP yang terletak di tingkat paling atas pusat beli-belah terkenal di tengah ibu kota itu sememangnya menjadi tumpuan golongan elit dan orang asing. Setiap hujung minggu, tempat ini sentiasa penuh dengan pengunjung yang mahu melepaskan penat selepas seharian bekerja. Malah, setiap malam Rabu, pihak pengurusan mengadakan ‘Ladies Night’ khas untuk wanita berkerjaya dengan promosi harga separuh bagi semua minuman dan hidangan ringan.
Wajah Isabella bukan asing di sini. Beberapa bulan kebelakangan ini, wajahnya kerap muncul. Bukan untuk bersuka-ria tapi dengan satu tujuan iaitu memburu seorang lelaki bernama Jefri. Bekas kekasih yang menjadi punca hidupnya porak-peranda.
Isabella percaya, cepat atau lambat, dia akan jumpa Jefri di sini kerana inilah tempat kegemaran lelaki itu. Lelaki yang dahulu pernah dia letakkan seluruh kepercayaan, kini hanya tinggal bayangan penipu. Beberapa bulan lalu, Jefri licik memperdaya, membawa lari simpanannya bertahun-tahun. Duit yang sepatutnya digunakan untuk rawatan ibunya dan pengajian adiknya, lesap sekelip mata.
“Dasar penipu! Katanya nak jaga aku tapi rupa-rupanya kau cuma nak habiskan duit aku.” Isabella mendengus, bibirnya diketap kuat, matanya berair tapi penuh bara menyala.
Kata-kata manis Jefri masih bergema dalam kepalanya. “We will get married and have a honeymoon in Bali, sayang…”
Isabella meniru nada itu dengan sinis, gelas mocktail diangkat tinggi sebelum diteguk rakus.
“Honeymoon konon… modal yang aku ‘labur’ pun beranak dalam poket kau!”
Gelak kecil terdengar di beberapa meja, ada yang menggeleng, ada yang cuba mendekat tetapi Isabella tidak peduli. Dendam lebih menguasai dari segalanya.
Jefri, lelaki yang pernah dia sangka penyelamat, sebenarnya pemusnah. Kalau bukan kerana kos rawatan ibunya dan pengajian adiknya, mungkin Isabella sudah reda kehilangan itu. Tapi sekarang, setiap sen bermakna. Dan setiap sen sudah pun dicuri.
Dia menyandar tubuh ke kerusi tinggi, menutup wajah dengan telapak tangan. Bibirnya bergetar, namun bisikan kecil keluar penuh penyesalan.
“Kau bodoh, Belle… memang bodoh sebab percaya dia.”
Namun, jauh di sudut hati, Isabella berjanji satu perkara. Apa pun yang berlaku, dia tidak akan biarkan Jefri bebas begitu saja. Lelaki itu perlu membayar balik sama ada dengan wang atau dengan sesuatu yang lebih pedih.
“SO, you jangan jadi bodoh and lepaskan peluang besar lain, beb.” Suara Anita, kawan baik Isabella, kedengaran tiba-tiba sambil dia menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
Isabella mengangkat kening. Riak wajahnya jelas tidak faham maksud Anita.
Anita yang tersenyum-senyum penuh rahsia mula bersuara dengan nada teruja. “You still remember Karl Eskandar?” tanyanya sambil senyum nakal tidak lekang di bibir.
“Karl Eskandar?” ulang Isabella, keningnya bertaut.
“Come on la, beb. Takkanlah you sibuk nak ingat penyangak tak guna tu sampai lupa Mr. Right yang pernah teman you lepak sini dulu. The young and handsome businessman in town, ring a bell?”
Sekelip mata, wajah lelaki kacukan Melayu-Sweden itu terbayang di fikiran Isabella. Perkenalan mereka sebenarnya hanya kebetulan, memandangkan Karl Eskandar juga sering datang ke kelab ini seorang diri. Isabella sempat berbual dengannya cuma dua, tiga kali. Itu pun singkat. Sejak kebelakangan ini, dia langsung tidak nampak kelibat lelaki itu walaupun namanya tidak pernah lekang daripada bibir pengunjung wanita di situ.
“Kenapa dengan dia?” soal Isabella, nada suaranya malas, seakan tidak berminat.
“I dengar…” Anita merapatkan muka, matanya bersinar-sinar, “…dia tengah cari future wife. Maybe you boleh calonkan diri you. Tak pun, terus tackle dia!”
“What??” Hampir terkeluar biji mata Isabella mendengar cadangan gila itu. Dia lebih terkejut memikirkan dari mana Anita dapat berita sebegitu. “Are you crazy? I tengah sibuk nak kejar Jefri, nak tuntut balik semua yang dia kebas. Hati I ni pun belum sembuh lagi dari luka yang Jefri hadiahkan. Now you expect I to play around with another man yang I baru jumpa dua tiga kali? Jefri yang bertahun-tahun I kenal pun sanggup permainkan I. Ni pulak lelaki asing yang I hardly know?”
Anita mendengus kecil, lalu bersuara dengan penuh keyakinan.
“You baru kenal dia secara peribadi. But come on, Belle… semua orang tahu about Karl Eskandar. Pernah ke you dengar gossip buruk pasal dia? Even his background famliy pun orang susah nak kupas sebab dia jenis privacy. Lagi pun, you nak tunggu Jefri tu macam bulan jatuh ke riba? Cuba fikir… kalau you berjaya tangkap Jefri sekalipun, belum tentu duit you dapat balik. So why waste time? Daripada buang masa, lebih baik you grab peluang depan mata. At least kalau dapat kahwin dengan lelaki kaya macam Karl Eskandar, hidup you terjamin.”
Isabella terdiam. Benar, dia tidak mahu terus hidup dalam kesempitan duit tetapi mahu membina hidup senang dengan cara kahwin lelaki kaya? Itu memang tak pernah masuk dalam fikirannya.
“Dia tu Karl Eskandar, okey. Kitorang macam langit dengan bumi. Lagi satu, you fikir tak ramai ke perempuan yang dah beratur nak calonkan diri jadi wife dia? Silap hari bulan, first stage pun I tak lepas,” balas Isabella, nadanya sarat dengan kurang keyakinan diri.
Senyuman Anita semakin lebar. Tanpa berkata apa-apa, dia menyeluk beg tangannya lalu mengeluarkan sesuatu.
“You tak payah risau pasal first stage, Belle… sebab you dah pun terus masuk final stage.”
Berkedut dahi Isabella, tidak faham.
Dengan penuh gaya, Anita menolak sekeping kad nama ke hadapan, meletakkannya tepat di atas meja. Isabella terpinga-pinga, menatap kad itu dengan dahi berkerut.
“What is this?” tanya Isabella, nada suaranya makin keliru.
“Kad nama ni PA Karl Eskandar sendiri yang bagi. Dia suruh I pass pada you… kalau you berminat,” balas Anita penuh keterujaan, matanya bersinar nakal.
Bulat mata Isabella menatap kad itu. Nafasnya seakan tertahan.
“So… you tahu kan apa maksud semua ni?” sambung Anita, hampir terjerit kerana terlalu teruja. “This is your chance, Belle. Your golden ticket.”
Isabella ternganga. Tidak mungkin. Mustahil! Dia fikir Karl Eskandar mungkin sudah lama melupakannya. Lagipun, sudah lama mereka tidak bertemu. Tapi sekarang… peluang itu muncul di depan mata tanpa disangka.
“WHO’S next?”
Karl Eskandar bersuara tanpa mengalih pandangan dari iPad di tangannya. Dari tadi dia tekun membaca laporan syarikat, seolah-olah tidak terusik walaupun sedang bertemu janji atau lebih tepat, menemuduga calon-calon wanita yang mahu merebut tempat sebagai suri hatinya.
Amar, orang kepercayaan Karl Eskandar, menilik jam di tangan. Matanya meleret ke arah pintu restoran mewah itu, menunggu dengan penuh harapan agar seseorang muncul.
“Anyone else? Kalau tak, I’m done here. I nak balik,” ujar Karl Eskandar dingin, masih tidak mengangkat muka.
Amar serba salah. Dia mengangguk kecil, sebelum bersuara perlahan. “But… I’m not sure dia nak datang atau tak.”
Karl mengangkat kening, seulas senyum sinis terukir di wajahnya.
“Siapa yang berani jual mahal dengan I? But it’s okay… I don’t care. Masa I jauh lebih berharga.”
“Tuan… boleh tak kita tunggu lagi five minutes saja?” pinta Amar, hampir merayu. Dia cuba menahan majikannya daripada bangun meninggalkan restoran. Walaupun keyakinannya tipis, dia benar-benar berharap wanita yang dinanti akan tiba juga. Amar sudah letih melihat terlalu ramai wanita kecewa dan berlinang air mata setiap kali Karl Eskandar menolak mereka bulat-bulat dalam misi gila mencari bakal isteri ini.
Amar sendiri tak faham. Kenapa tiba-tiba Karl Eskandar beria-ia mahu mencari calon isteri dalam masa terdekat?
“Siapa yang you tunggu sangat ni? Berbaloi ke five minutes I bazir masa tunggu dia?” Karl Eskandar menyoal, nada penuh ego.
Amar menelan liur, lalu menguatkan hati.
“Sangat berbaloi, tuan… sebab dia… Cik Isabella.”
Jantung Karl Eskandar seperti terhenti seketika. Dia tersentak tapi cepat-cepat menutup riak wajah, cuba mengawal perasaannya.
“Isabella? Belle?”
Amar mengangguk laju, berkali-kali.
“Dia… dia berminat sekali?” Karl Iskandar bertanya, nadanya teruja namun disembunyikan dengan wajah selamba.
“Err… actually, I yang approach kawan Cik Isabella. I bagitahu pasal tuan sedang cari future wife dan I minta kawan dia pujuk Cik Isabella,” jelas Amar teragak-agak, separuh menunduk.
“What?” Nada Karl Eskandar naik satu oktaf, membuat Amar tersentak.
“I mean… I tak rasa ada wanita lain lebih sesuai dengan tuan selain Cik Isabella. Sebab tu I cuba ‘kenenkan’. Lagi pun… tuan selalu ke club tu sebab Cik Isabella jugak, kan?” suara Amar makin kelam-kabut, namun matanya tetap berani menatap majikan itu.
“Nonsense!” potong Karl Eskandar kasar.
Namun Amar tahu. Dia nampak dengan jelas walaupun Karl tidak mengaku, pesona Isabella sudah lama menarik perhatian majikannya tapi dia pelik kenapa tetap mencari calon isteri, sedangkan Karl Eskandar sendiri sedar siapa calon paling sesuai selama ini.
“I VIP member club tu. Rugi kalau tak guna. Bukan sebab orang lain,” Karl Eskandar menepis, nadanya tegas tetapi jelas defensif.
Amar hanya mendiamkan diri. Dalam hati, dia sudah mula menghitung baki masa. Dua minit saja lagi.
‘Come on, Cik Isabella… jangan tolak rezeki.’
Karl Eskandar tersenyum sinis bila detik hampir tamat. Dia tidak menyangka Isabella sanggup menolak peluang yang sudah terbentang. Baginya, itu tanda Isabella langsung tidak berminat.
Namun sebaik sahaja jarum jam menginjak minit terakhir, Amar tiba-tiba bersuara kuat dengan mata membulat.
“Haa… tu pun Cik Isabella dah sampai! Heroin memang selalu muncul last minute, right?”
Seketika, pandangan Karl Eskandar beralih ke pintu masuk.
Langkah Isabella yang penuh elegan menjelma, bagaikan memperlahankan detik waktu. Setiap lenggok tubuhnya menari bersama degupan dada Karl Eskandar yang kian rancak.
Share this novel